Cerita Anak-anak Palestin dan Iraq

Cerita anak-anak Palestin dan Iraq adalah cerita yg tidak berpenghujung kerana penderitaan mereka berterusan. Mereka teramat tabah dan kuat, namun disebalik ketabahan dan kekuatan itu ada penderitaan yg amat hebat.

Bila berpeluang menonton cerita2 mereka, saya merasakan bahawa anak-anak kita bertuah kerana menikmati keamanan dan beroleh apa sahaja yg dihajati. Oleh sebab itu, kita sepatutnya sentiasa mengingatkan anak-anak kita supaya bersyukur dengan apa yg diperolehi dan berusaha untuk membentuk hidup yg lebih baik.

Namun anak-anak ini memang hebat, ciri-ciri fitrah masih kekal dalam diri mereka, mereka tahu bahawa hanya perpaduan sahaja yg mampu menyelamatkan mereka. Dalam siri "anak-anak Palestin: Haqq Ya'ba Nisyan", bermacam-macam cerita anak-anak ini, namun apabila ditanya apakah harapan mereka, jawapan mereka sama "orang2 Palestin mesti bersatu, Fattah dan Hamas mesti bersatu". Keamanan hanya mampu dicapai jika umat Islam bersatu, kerana perpecahan merekalah punca kelemahan mereka. Mengapa kanak-kanak lebih tahu? Ini kerana mereka lebih dekat dengan fitrah kejadian manusia.

Anak lelaki Palestin di Gaza terpaksa menjadi nelayan untuk menyara keluarga kerana itulah satu-satunya punca pendapatan mereka mampu lakukan walaupun terpaksa berdepan dengan tentera Israel di tengah lautan. Namun kata-kata mereka "kami juga mahu belajar, mahu jadi orang berilmu namun apakan daya kami" benar-benar menyentuh hati saya.

Disebabkan keegoan orang dewasa, kanak-kanak yg menjadi mangsa, berbagai perbincangan diadakan termasuklah perbincangan di Makkah juga tidak memberikan hasil yg positif dalam hubungan sesama mereka. Jadi apakah orang dewasa perlu duduk dan menerima pandangan kanak-kanak dalam hal ini...wallahua'lam.

Kanak-kanak Iraq juga menghadapi masalah yg sama, ramai yg tidak mampu bersekolah dan terpaksa menjadi pelarian di negara jiran. Masalahnya umat Islam Iraq juga tidak boleh bersatu, pergaduhan antara Sunni dan Syiiah berleluasa, sehinggakan mereka sanggup memisahkan pasangan suami isteri yg kahwin berlainan mazhab aqidah. Inilah kejahilan umat Islam sekarang, mereka terlalu

Anak-anak yg dididik dengan membezakan warna kulit, bangsa, dan parti akan membesar menjadi orang yg taksub, akan tetapi anak-anak yg dididik mengenal diri sebagai hamba Allah akan membesar menjadi penolong Agama Allah, dan akan mampu menguatkan hubungan sesama manusia di dunia ini. Akhirnya mereka akan mampu hidup dengan aman. Jadi sama-samalah kita mendidik anak-anak kita agar mampu menyebarkan salam ukhwah di alam ini, serta mampu memelihara hubungan dengan alam sekitar mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat