Fenomena Berhutang

Dalam dunia sekarang, berhutang adalah perkara biasa, malah ramai yang memilih untuk berhutang dalam memenuhi keinginan duniawi mereka sama ada berhutang dengan bank, koperasi ataupun along. Apapun jenis hutang tersebut ia tetap hutang yg mesti dilunaskan mengikut hukum Islam.

Amalan berhutang memang berleluasa dalam masyarakat kita, malah orang Islam tidak memikirkan lagi kesan hutang tersebut. Kalau dulu orang berhutang kerana kemiskinan tapi hari ini kita berhutang untuk bermewah-mewah. Terlalu susah untuk kita cari keluarga yg tidak berhutang, paling tidak pun hutang barangan rumah seperti peti sejuk, television, sofa, set bilik tidur dan pelbagai lagi. Malah menjadi amalan biasa untuk berhutang untuk memiliki kenderaan, menukar kenderaan baru, memiliki beberapa buah rumah dan sebagainya, atas alasan mereka mampu membayarnya setiap bulan.

Apakah pandangan Islam mengenainya? Mengapa pemikiran sebegini berleluasa? Apakah ia elok untuk jangkamasa panjang hidup mereka?Apakah kita berhutang kerana terpaksa atau kerana inginkan kemewahan hidup didunia ini? Inilah persoalan yang perlu kita jawab sebelum membuat keputusan untuk berhutang.

Sabda rasulullah: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan".Riwayat Al-Tirmidhi, Imam Ahmad dan Ibn Hibban.

Menjawab persoalan mengapa fenomena ini terjadi, mengapa pemikiran begini berleluasa dan diamalkan oleh kebanyakan orang Islam termasuk ustaz dan ahli agama. Ini kerana kita tidak lagi memikirkan persoalan mati, ramai menganggap dengan pendapatan yang stabil setiap bulan memungkinkan mereka berhutang, malah mereka tidak lagi memikirkan persoalan riba'. Sikap ambil mudah inilah yang menyebabkan ramai yang berhutang, tambahan lagi promosi yang dijalankan untuk melariskan jualan mereka. Juga ramai yang bersikap inginkan kemudahan lengkap sejurus memiliki rumah, sudahlah rumah dibeli secara berhutang kemudian barangan dalam rumah juga berasaskan hutang. Apa nak jadi dengan kita dan salah siapa?

Bila bercerita tentang hutang, ia amat memeritkan bagi golongan yang berhutang, kerana terpaksa memikirkan pasal barangan yang dibeli, dah lunas ataupun tidak hutang tersebut. Silap-silap barang ditarik balik oleh penjual. Masalahnya ramai yang mengira budget mereka dengan memasukkan sejumlah hutang didalamnya tanpa mengira faedah yang perlu dibayar oleh mereka. Faedah inilah yang dinamakan riba, kerana peniaga meletakkan bayaran yang berbeza bagi belian secara tunai dan secara berhutang. Malangnya ramai yang tidak memahaminya dan terlibat dengan riba sedangkan Rasulullah SAW telah mengingatkan kita agar tidak terlibat dengan riba dalam sabda baginda : "Dilaknat Allah orang yang memberi dan menerima riba."

Oleh itu cubalah fahami ajaran agama kita sebaik-baiknya agar kita terhindar dari terlibat dengan riba, terutama dalam membeli barangan rumahtangga seperti perabut rumah dan barangan dapur. Kuatkan diri kita agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang ditonjolkan oleh peniaga agar kita terselamat dari berhutang, serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan membeli barangan yang menarik hati kita, apakah kita betul-betul memerlukannya atau tidak. Sekiranya perlu berjimat-cermat dengan perbelanjaan kita serta kumpulkan duit secukupnya dan belilah secara tunai, kerana itu lebih menguntungkan kita, malah kita dapat tawar-menawar harganya.

Dalam keadaan terdesak, seperti memiliki rumah atau kenderaan, pilihlah pinjaman cara Islam dari institusi-intitusi yang mengamalkan pinjaman secara Islam. Walaupun kita terpaksa membayar faedahnya tapi menurut sistem jual-beli yang tidak berasaskan riba.

Namun cara terbaik dalam hidup kita adalah mengelakkan berhutang, hiduplah dengan kemampuan kita, walaupun rumah kecil, kita tidak terlibat dengan hutang, walaupun kereta buruk kita bebas hutang. Biarlah perabut rumah lusuh dan berharga murah tapi hati kita bahagia. Jangan difikirkan apa orang kata tapi fikirkan hubungan kita dengan Allah, Allah lebih mengetahui hati kita daripada orang yang mengata.

Inilah tugas surirumah, kepandaian mengurus kewangan rumahtangga, kepandaian memilih barangan dalam rumah yang bersesuaian dengan pendapatan suami. Jadilah isteri yang qanaah, isteri yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang disediakan oleh suami, bukan isteri yang mendesak suami menyediakan apa yang diluar kemampuannya. Jadikan keluarga kita bebas hutang, pasti hidup lebih tenang dan bahagia.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Sekiranya aqad belian barang tersebut dinyatakan jumlah terakhir harga barang, dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli, maka lebihan harga tidak dikira riba, walaupun orang lain membeli dalam harga yg lebih murah.Yang dikira sbg riba ialah bayaran yg lebih dari harga yg dipersetujui oleh pembeli. Sebagai contoh: harga barang RM1000 tapi bila dibayar ansuran bulanan didapati jumlah harga barangan tersebut meningkat kepada RM1200. Inilah yg banyak berlaku ketika berhutang (terutama bila berbelanja di kedai2 Cina dan India) krn kebanyakan penjual tidak menyatakan harga akhir barangan tersebut tapi cuma menyebut jumlah bayaran bulanan. Bagi pembeli yg tidak prihatin, akan terlibat dengan riba tanpa disedari. Jadi berhati-hati bila berbelanja, supaya dapat mengelakkan terlebih bayar@ riba.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman