Mengapa Saya Menulis?

Alhamdulillah akhirnya saya beroleh kekuatan untuk menulis walaupun perasaan was-was sentiasa menganggu. Bukan senang untuk beroleh kekuatan meluahkan isihati kita jika kita tidak kuatkan hati.

Apatah lagi jika kita ingin menulis tentang satu area yang tidak diambilberat oleh orang lain. Tapi itulah perjuangan...menulis untuk meluahkan isihati agar boleh dijadikan panduan oleh orang lain.

Walaupun dah lebih 5 bulan berlatih menulis (Alhamdulillah), tapi persoalan 'mengapa saya menulis?' masih berlegar-legar difikiran saya. Untuk apa saya menulis? Apa manfaat yang orang lain dapat perolehi serta pelbagai lagi persoalan juga sentiasa berputar-putar dalam fikiran. Kadang-kadang terfikir buat apa menulis, bukannya boleh dapat pendapatan dari sini. Tapi kepuasan yang diperolehi dari sini lebih berharga dari wang ringgit.

Dulu-dulu saya nak boikot 'internet' sebab tak boleh nak tahan minat membaca, malah saya tidak benarkan suami masukkan line internet di rumah kerana takut masa saya habiskan dengan membaca pelbagai maklumat di internet ni. Silap-silap kerja rumah terabai.

Tapi akhirnya saya akur bila mendengar cerita bahawa sahabat-sahabat yang amat saya sayangi akan berpindah ke tempat lain. Keberangkatan serentak keluarga-keluarga yang amat rapat dengan saya disini menunjukkan bahawa 'ada perancangan Allah yang lebih hebat yang tidak mampu saya fahami'. La haula wala quwwata illabillahi 'aliyyil adzim'.

Memang pedih menerima ketentuan itu, tapi itulah ketetapan Allah swt. Bila kita menerimanya dengan positif, jalan-jalan positif juga terbentang dihadapan kita, alhamdulillah.

Dari situ saya berfikir, apakah perancangan baru misi baru disini? Alhamdulillah satu demi satu misi bermula ke arah yang lebih baik. Moga-moga saya dapat memantapkan diri dengan perancangan ini.

Jadi mengapa saya menulis?
Kepada siapa saya menulis?

Penulisan ini hanya sekadar meluahkan isihati agar segala isu-isu yang difikirkan selama ini dikeluarkan dari fikiran saya kerana bila diluahkan ia akan meringankan fikiran saya yang memang suka berfikir.

Ini tidak lebih daripada 'terapi' kepada saya, dan sebagai penyambung ukhwah dengan sahabat-sahabat yang sentiasa dekat dengan hati saya walaupun ada yang dah bertahun-tahun tidak bertentang mata.

Alhamdulillah bila dah menulis di sini, saya diketemukan kembali dengan teman yang makan nasi sebungkus, teman yang mengajar saya menguatkan rohani, teman yang memilih untuk berkahwin dengan warga asing seperti saya serta ramai lagi sahabat. Itulah ketetapan Allah yang amat manis untuk dikenang.

Hanya mereka yang dekat dengan saya dapat memahami perasaan kasih yang Allah ikat antara kita. Itulah harga persahabatan yang ikhlas, getaran kasihnya akan terasa dihati walaupun berada jauh beribu batu. Subhanallah...

Terima kasih Sahabat...Moga Allah mengeratkan ukhwah diantara kita bak kata seorang sahabat 'za kita berkawan hingga akhir hayat ya.'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas