Mengapa Terlalu Lambat?

Bermacam-macam urusan terpaksa disiapkan bila berada di kampung, biasanya urusan yang tertangguh selama setahun. Begitulah adat perantau...

Bila ingat balik peristiwa yang dilalui sepanjang balik kali ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang terlalu lambat. Terfikir juga apakah dalam dunia canggih sebegini, kita masih perlu menjadi mangsa perkhidmatan yang tidak cekap.

Bermula dengan perjalanan balik ke kampung dari KL. Memandangkan anak-anak ingin merasa naik keretapi maka kami sepakat untuk menaiki Ekspres Wau ke Kelantan. Namun begitu kami amat terkejut dengan perkhidmatan yang diberikan, bayangkan tempoh perjalanan yang teramat panjang. Kami bertolak pada pukul 8.30 malam tetapi cuma tiba di stesen Pasir Mas pada pukul 11.15pagi. Rupa-rupanya perkhidmatan ekspres tersebut telah ditukar kepada perkhidmatan antara bandar. Nasib badan...

Teringat pula semasa belajar dulu, lebih kurang 18 tahun lalu saya pernah menaiki keretapi dari KL yang tidak mengambil masa seperti hari ini. Ketika itu kami akan tiba di Stesen Wakaf Baharu selepas Subuh. Apakah dalam keadaan manusia terkejar-kejar mencari masa, menyediakan perkhidmatan yang terpantas, masih ada lagi perkhidmatan yang mengundur ke belakang, malah lebih teruk daripada sebelumnya. Moga mereka mampu berubah ke arah yang lebih baik.

Kesianlah kepada rakyat yang terpaksa menggunakan perkhidmatan sebegini, jangan biarkan mereka terpaksa menghabiskan masa semalam setengah, berbanding tempoh 6 -8 jam sahaja apabila menggunakan jalanraya.

Kemudian beberapa hari lepas saya terpaksa melalui lagi ujian sebegini, kali ini di Pusat Kesihatan. Nasib lah terpaksa menunggu daripada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang hanya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah semua ok.

Memang sudah terlalu lama saya tidak ke Pusat Kesihatan Daerah, kerana biasanya kami menggunakan perkhidmatan swasta (klinik panel) untuk mendapatkan khidmat yang lebih cepat. Tapi kali ini setelah bergelar surirumah, terpaksalah beratur menunggu giliran seperti orang lain, dan inilah pengalaman yang terpaksa dilalui.

Banyaknya pelajaran yang diperolehii sepanjang menunggu giliran, yang akhirnya saya yang kalah. Memang saya tidak mampu bersabar lebih dari itu, sedangkan surirumah lain mampu bersabar. Habis seharian ku diluar rumah.. Namun begitu saya bersyukur kerana membuat pilihan menggunakan masa menunggu untuk ke bank, apabila giliran dipanggil saya baru sampai semula ke klinik itu.

Bayangkan apa yang nak dibuat dalam tempoh menunggu selama 3 jam pertama tanpa berbuat apa-apa. Apakah cuma bercakap dengan pesakit-pesakit lain selama tempoh tersebut? Bayangkan berapa lama masa yang terpaksa dihabiskan oleh golongan berpendapatan rendah hanya untuk mendapatkan perkhidmatan percuma. Kesian mereka.... Bayangkan juga apa perasaan surirumah yang terpaksa menunggu dan menunggu setiap kali memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Ketika itu juga saya berpeluang mendengar luahan rasa staff yang bekerja di situ, menyatakan bahawa kelewatan tersebut berpunca daripada bilangan pelanggan yang terlalu ramai jika dibandingkan dengan seorang HA dan Doktor. Malahan sistem baru yang diperkenalkan juga menyumbang kepada pertambahan bilangan pelanggan mereka, sedangkan bilangan doktor tidak ditambah. Begitulah keadaan yang berlaku dalam dunia yang cepat diluar sana, masih ada orang yang terpaksa membuang masa kerana urusan yang sepatutnya dapat diselesaikan dalam masa yang sedikit.

Alhamdulillah bila berdepan dengan keadaan sebegini, barulah saya menyedari betapa banyak kemudahan yang telah saya perolehi selama ini. Namun begitulah keadaan yang terpaksa dihadapi oleh orang lain.

Bermacam-macam lagi urusan yang masih perlu diperbaiki agar rakyat mampu merasai perkhidmatan yang cekap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas