Bagaimana Mereka Menyelesaikan Masalah?
Lihatlah gambar diatas....apakah yang anda fikirkan? Agak-agaknya apa ye?
Kemudian lihat pula gambar dibawah, anak-anak saya lebih senang melintas kawasan tersebut di atas timbunan tanah.
Dua gambar diatas pula, tempat dimana kita boleh gunakan untuk melintas kawasan becak tersebut untuk ke kawasan lain ditaman tersebut.
Ini pula keadaan tempat takungan air tersebut.

Kadang-kadang rasa tergelak setiap kali melintasi kawasan ini, kadang-kadang rasa nak marah melihatkan betapa daifnya pemikiran insan dalam menyelesaikan masalah takungan air.
Tetapi inilah yang berlaku disini semenjak beberapa tahun lepas, iaitu selepas Saiklon Phet melanda Oman. Apakah penyelesaian yang dipilih adalah pilihan terbaik? Itulah cara mereka menyelesaikan masalah.
Jika anda seorang yang mampu berfikir secara bijaksana, apakah cara diatas mampu menyelesaikan masalah yang berlaku?
Sebenarnya kawasan tersebut agak rendah, menyebabkan air yang mengalir dari laut mengalir ke kawasan tersebut, yang seolah-olah kolam besar tetapi cetek. Bagi mengelakkan air mengalir ke kawasan laluan awam, mereka menimbun tanah sebagai benteng, kemudian terpaksa ditimbun lagi apabila timbunan awal mendap.
Inilah cara mereka berfikir, jika kita berada ditempat mereka apakah kita akan terikut dengan cara mereka ataupun kita mencari penyelesaian lain yang lebih sesuai, fikir-fikirkanlah...
Ulasan