Siapa Teman Kita?
Alhamdulillah akhirnya dapat menulis disini, walaupun tahun baru sudah masuk hari kelima. Selamat datang tahun baru 2012, moga impian tahun ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya insya Allah.
Mengapa saya memilih tajuk "siapa teman kita?"
Apakah kepentingan teman dalam memastikan kejayaan hidup kita didunia dan diakhirat?
Apakah teman mampu mempengaruhi perjalanan hidup kita?
Bagi saya, pastikan siapa teman kita, teman yang bermotivasi akan sentiasa mengingatkan kita agar terus termotivasi.
Teman yang lemah dalam mengatur hidup mereka akan meninggalkan kesan negatif kepada kita. Kadang-kadang kita akan terikut gaya mereka secara tanpa sedar.
Jika kita inginkan kehidupan yang teratur dan terancang, mulakan dengan memilih teman-teman yang mampu mengingatkan kita tentang tujuan hidup kita.
Itulah azam baru saya, moga Allah memudahkan segala urusan ini serta menemukan saya dengan insan-insan yang sentiasa bermotivasi tinggi.
Tahun ini adalah tahun ketujuh kami merantau disini, moga ada sinar baru dalam kehidupan kami disini.
Bila diimbas kembali, pelbagai kisah suka duka, pahit manis dikecapi selama tempoh tersebut. Disinilah saya belajar mengenal erti teman, belajar mengenal tabiat dan sikap manusia ciptaan Allah subhanallah...
Kini saya tekad, mahu berubah ke arah yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Moga tahun ini menjadi titik mula dalam usaha saya menghidupkan kembali kekuatan diri ini.
Dan semuanya saya ingin mulakan dengan memilih teman. Moga Allah merahmati impian ini...Amin.
Ulasan