Ujian dan Peperiksaan

Alhamdulillah pagi-pagi lagi anak-anak bersedia untuk menduduki ujian akhir semester yang akan bermula pagi ini.

Anak yang paling kecil, akan merasai pengalaman pertama kali menduduki peperiksaan sepanjang tempoh pengajian beliau. Setelah darjah lima barulah pelajar akan melalui pengalaman  "apa itu periksa?"
 
Anak yang ketiga berkata: "Inilah kali ketiga saya akan mengadapi ujian peperiksaan, barulah saya tahu macammana susahnya nak hadapi peperiksaan, dua kali masa saya darjah lima, sekarang ni sekali lagi".
 
Sebelum keluar rumah kakak yang sulung mengingatkan adik-adik: "jangan lupa baca ayat kursi dulu sebelum buka soalan periksa". Saya tertanya-tanya, "dari mana pulak dia mendapat teknik tu?".
 
Alhamdulillah, suasana pembelajaran disini agak tenang, anak-anak begitu bersemangat setiap kali ingin ke sekolah, serta sentiasa seronok belajar.
 
Bagi anak-anak, ujian bulanan ataupun peperiksaan sentiasa dianggap waktu penting, kerana ketika itulah mereka akan diuji. Mungkin anak-anak saya agak terkebelakang dari segi ujian di sekolah, jika dibanding dengan anak-anak rakan di Malaysia dan saudara-mara mereka di Tunisia.
 
Mereka kurang pengalaman menduduki peperiksaan, kerana sistem pendidikan disini yang menekankan penilaian sepanjang semester, dalam kata lain semua penglibatan pelajar diambil kira, termasuklah menyiapkan kerja sekolah dan projek lain.

Apa yang nyata, cara pembelajaran mereka agak kurang stress, dan mereka agak lebih releks. Ini menyebabkan ramai rakan-rakan (Mesir, Sudan, Tunisia), menyifatkan sistem pendidikan disini tidak semantap pendidikan di negara mereka.
 
Bagi saya, selagi anak-anak berminat untuk belajar dan mencuba, serta tidak takut menghadapi ujian, itu bermakna sistem pendidikan ini telah berjaya, terutama ia banyak mencungkil bakat yang terpendam dalam diri anak-anak.
 
Ujian ataupun peperiksaan hanyalah sebahagian daripada proses untuk anak-anak kita belajar, ia bukanlah penentu segala-galanya. Apa yang penting anak-anak memahami serta mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari mereka.
 
Namun begitu anak-anak sentiasa ceria bila memberitahu keputusan ujian setiap kali diadakan, terutama jika mereka merupakan pelajar yang mendapat markah tertinggi bagi keseluruhan kelas, dan kelas-kelas yang sama dengan mereka. itulah kepuasan mereka. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
 
Moga Allah memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita dalam menuntut ilmu, serta mengamalkannya. Amiin.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat