Main Pasir di Wahiba Sands

Alhamdulillah kami sempat mengikuti percutian di Padang Pasir yang lebih dikenali sebagai Wahiba Sands disini. Percutian kali ini disertai oleh 8 buah keluarga Malaysia, satu pasangan Singapura dan satu keluarga Libya.
 
Perjalanan kami bermula jam 8.30 pagi, akhirnya sampai ke tempat tujuan selepas waktu asar. Ini kerana kami terpaksa menumpang kenderaan lain setelah sampai ke kawasan berdekatan tempat perkhemahan.

 Menikmati Kesejukan Pagi di Padang Pasir

Kenderaan Padang Pasir Dulu
Alhamdulillah percutian kali ini begitu bermakna, inilah pertama kali kami berpeluang sampai ke kawasan gurun yang amat luas dan hanya ditumbuhi oleh rumput-rumput gurun.
 
Ini kerana sekarang masih lagi musim sejuk, jadi rumput-rumput masih menghijau, dan cuacapun agak sejuk. Bayangkan jika kami ke sini pada musim panas, semestinya rumput-rumput ini mati kekeringan, dan kawasan yang kering-kontang ini hanyalah dipenuhi oleh pasir. Subhanallah...
Keunikan Padang Pasir

Kenderaan Padang Pasir Sekarang yang tersekat
Jika dulu-dulu kita hanya mendengar unta adalah kenderaan padang pasir, zaman sekarang wujud pelbagai jenis kenderaan baru padang pasir, yang ternyata begitu hebat meluncur di atas pasir, mengatasi kehebatan si unta.
 
Begitulah zaman berubah dan manusia juga berubah...kitalah pemandu kehidupan ini, apakah perubahan yang ingin kita pilih?
Berehat Sewaktu Mengurangkan Angin Kereta
Inilah peluang pertama menjejaki kehalusan dan kebersihan pasir di Padang Pasir, subhanallah...Kadang-kadang kita perlu melakukan apa yang kita inginkan tanpa memikirkan kata-kata orang lain, serta melupakan fikiran negatif yang sentiasa ingin menyekat kemampuan kita.

Bersama Anak-anak di Puncak Tertinggi berdekatan Kawasan Perkhemahan
Alhamdulillah, akhirnya saya juga mampu sampai ke puncak bukit dengan mendaki bukit pasir yang curam, serta menuntut kekuatan azam untuk sampai ke atas. Jadi sempatlah bergambar dengan anak-anak yang terlebih dahulu tiba ke atas sana.
 
Terima kasih buat semua sahabat yang turut sama dalam pengembaraan kali ini. Moga ukhwah akan terus bertaut sesama kita serta makin utuh.
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat