Cerita di Tempat Baru - Tunisia

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke enam kami berada ditempat baru, serta mula bercuti musim panas. Insya Allah tahun ini kami akan menghabiskan cuti serta berpuasa dan berhari raya di negara kelahiran suami di Tunisia.
 
Setelah beberapa hari tidak menggunakan internet, apabila mendapat peluang hari ini, saya terus cuba semak email dan segala urusan yang dilakukan pada hari saya akan bertolak ke sini.
 
Ketika ini baru terasa bahawa pengendali internet ni agak prihatin juga, kerana pelbagai soalan dan password diperlukan sebelum dapat masuk ke ruangan yang saya selalu gunakan sebelum ini, termasuklah blogger ini.
 
Inilah kali pertama saya melalui keadaan ini, kerana pada tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah wujud soalan-soalan sebegitu, walaupun saya menggunakannya daripada Malaysia.
 
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya kembali berkongsi cerita disini.
 
Apa yang dapat saya ceritakan bahawa sepanjang perjalanan ke sini, saya mendengar pelbagai cerita tentang Malaysia diperkatakan oleh orang-orang disekeliling saya.
 
Bila berjumpa dengan saudara-mara suami, semuanya memperkatakan tentang kehebatan negara kelahiran saya. Bagi saya ia adalah satu suasana yang baru, kerana sewaktu kunjungan saya pada tahun 2011, selepas berlakunya Revolusi Tunisia, tiada sesiapapun bercerita sebegini, malah bila diceritakan bahawa saya orang Malaysia, orang hanya melihat sebelah mata.
 
Jika sebelum ini, saya melihat tanah kelahiran dikaca mata orang-orang Oman, hari ini saya melihat dan mendengar pula dari kaca mata orang-orang Tunisia.
 
Apa yang dapat saya katakan, kita sebenarnya begitu bertuah kerana dilahirkan dinegara Malaysia, yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Perasaan ini hanya kita dapat rasainya apabila kita berada jauh darinya, makin jauh kita merantau maka tanah kelahiran itu menjadi begitu bermakna buat kita.
 
Maka peringatan buat diri sendiri, cintailah tanahair kita, lakukanlah apa yang sepatutnya kita lakukan apabila kita mencintai sesuatu. Apa yang pasti, apabila kita mencintai sesuatu kita akan berusaha untuk menjaganya sebaik mungkin, kita tidak akan sanggup merosakan benda yang kita cintai.
 
Moga Allah memelihara tanahairku dari kerakusan tangan insan-insan yang tidak bertanggungjawab, serta mengekalkan kedamaiannya, agar apa yang dinikmati sekarang akan berterusan, serta mampu menjadi contoh buat umat Islam di negara-negara lain.
  

Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
aliza berkata…
Buat zana fahmi...maaf kerana komen anda terdelete tanpa sedar, ini kerana kejahilan pentadbir blog.
Terima kasih kerana berkongsi idea disini.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat