Keindahan Seni Khat Al-Quran
Satu seni yang dah sebati dengan saya semenjak sekolah menengah lagi ialah seni khat. Saya memang minat sangat dan sempat berguru dengan pakar seni khat di Kelantan alhamdulillah. Kalau pergi ke mana-mana dan terjumpa tulisan khat saya akan cuba hayatinya, kalau yang berbunga-bunga tu memang mengambil masa untuk membacanya tapi hati akan rasa puas.
Masa saya banyak dihabiskan untuk menulis dan belajar khat, dan dari situ saya belajar untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam apa-apa urusan. Ini kerana menulis khat memerlukan tumpuan yang amat tinggi agar tulisan nampak cantik dan kemas, sekiranya tidak berhati-hati hasilnya akan mengecewakan diri sendiri. Begitu juga pernafasan mesti dijaga sebaik-baiknya agar tangan tidak terketar-ketar semasa menulis. Pendek kata banyak faedah yang saya dapati daripada minat ini walaupun dulu-dulu tidak saya sedari.
Begitulah seni yang berkaitan dengan Al-Quran, penulisannya berkembang dan diperbaiki dari satu generasi ke satu generasi lain. Sekiranya kita mengkaji penulisan Al-Quran, kita akan dapati perkembangan yang jelas tentangnya, bermula dengan bentuk-bentuk tanpa titik, kemudian ditambah titik, kemudian baris dan pelbagai lagi kaedah untuk memudahkan kita membacanya. Alhamdulillah generasi hari ini mampu mengaji Al-Quran dengan mudah hasil ketekunan para penulis khat terdahulu.
Oleh itu jika anda ingin menatap tulisan yang tersusun indah, tataplah Al-Quran. Ini kerana seni penulisan yang digunakan memang indah, dihasilkan oleh orang yang memang pakar dalam tulisan Arab.
Sememangnya bagi penggemar tulisan khat Arab, Al-Quran menjadi sumber inspirasi mereka. Menatap huruf-huruf yang ditulis dalam Al-Quran memberi ketenangan minda kepada sesiapa saja. Itulah antara mukjizat al-Quran yang dapat kita hayati hari ini. Ada pelbagai versi tulisan Al-Quran, ia berkembang daripada zaman Rasulullah SAW sehinggalah bentuk tulisan yang boleh kita lihat hari ini.
Apakah semua orang mampu menghasilkan tulisan sebegini? Apakah kemahiran menulis khat itu anugerah Allah ataupun ia boleh dipelajari secara sistematik?
Sebenarnya ia satu seni yang boleh dipelajari oleh sesiapa saja yang berminat, dengan syarat rajin membuat latihan menulis dan tidak mudah putus asa. Malah ia amat mudah untuk ditulis kerana ia setiap huruf mempunyai kaedah yang jelas dengan penggunaan titik-titik mengikut saiz mata pena anda.
Bila melihat laporan tunjuk perasaan tentang perang Gaza saya tidak lepaskan peluang untuk melihat pelbagai jenis tulisan yang ternyata amat indah. Mungkin ada yang mengatakan ada juga orang yang terfikir untuk melihat tentang tu, begitulah manusia...melihat sesuatu dengan cara yang berbeza-beza.

Ulasan