Tujuan Belajar Khat
Seni Khat adalah satu seni yang abstrak, tapi mudah untuk dipelajari kerana ia mempunyai kaedah yang jelas. Walaupun ia semakin dilupai, ia tetap dipelajari oleh orang-orang yang meminatinya. Cuma ramai yang tidak jelas tentang tujuan mempelajarinya, termasuklah saya suatu ketika dulu.
Di Oman, pelajaran seni khat mula diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Arab semenjak darjah tiga asasi. Akan tetapi ia tidak menitikberatkan sistem yang tersusun, menyebabkan ia tidak dapat menarik minat pelajar. Pelajar cuma dibekalkan dengan buku khat yang memfokuskan tulisan kata-kata hikmah, tanpa asas menulis yang jelas. Bermula darjah lima pelajar akan diberi buku khat riqaah, juga tanpa kaedah yang jelas.
Begitulah kedudukan seni ini, walaupun keperluannya amat meluas untuk ditulis di semua papan tanda. Memandangkan urusan ini boleh dilakukan dengan komputer, jadi seni ini dianggap tidak memberi erti lagi. Malangnya tulisan khat yang dihasilkan melalui komputer tidak memaparkan kesenian ini kerana ia nampak kaku dan tidak berseni. Ini berlainan dengan hasil tulisan tangan yang memaparkan kehalusan tulisan tangan penulisnya.
Jadi apakah sebenarnya objektif belajar seni khat, apakah semata-mata untuk memenangi pertandingan ataupun kerana seni ini? Sekiranya kita tidak didedahkan dengan kelebihan mempelajari ilmu ini, para pelajar cuma beranggapan seni khat hanya untuk pertandingan. Apabila memenangi pertandingan, mereka akan dikenali di kalangan penulis khat sebagai seorang "khattat hebat". Inilah kesilapan kita dalam memahami hakikat ilmu ini, dan inilah punca ilmu ini semakin kurang mendapat tempat di hati-hati pelajar.
Kita kurang didedahkan tentang kelebihan mempelajarinya. Apakah sama orang yang mampu menulis dengan cantik dan orang yang menulis macam cakar ayam? Tentu sekali tidak sama. Sepanjang pengalaman mempelajari ilmu ini, saya dapati ia amat membantu saya dari banyak segi, terutama pengurusan masa dan kekemasan hasil kerja.
Ia juga memberi kelebihan kepada penulis apabila menduduki peperiksaan, tangan yang sentiasa dilatih untuk menulis akan lebih pantas menulis apa saya idea yang terlintas, serta kemampuan menyusun fakta, menghubungkait fakta-fakta yang diketahui dengan lebih cepat. Ditambah lagi tulisan yang kemas dan elok, maka pemeriksa akan terhibur apabila membaca kertas jawapan, dan membantu pelajar untuk mendapat markah yang lebih tinggi.
Seni ini juga ternyata mampu menjadi benteng kekuatan diri penulisnya. Ini kerana penulisan seni khat memerlukan tumpuan dan penghayatan yang lebih tinggi. Jadi ia didapati mampu membantu penulis untuk cemerlang dalam bidang lain juga. Selain dari itu kemahiran seni khat dapat menguatkan self-esteem orang yang mahir menulisnya. Apa taknya tidak ramai orang yang sanggup menghabiskan masa mempelajarinya, malah tidak ramai yang pakar dalam ilmu ini.
Jadi penggiat seni khat seharusnya meletakkan Islam sebagai motif asas mereka menulis khat, untuk menjadikan khat sebagai satu cabang dakwah Islam. Dengan itu dia menulis khat bukan sekadar untuk mendapat anugerah atau dikenali sebagai "khattat" sahaja. Lebih dari itu, kita mampu menulis dan menyusun ayat-ayat Quran dengan tulisan yang menarik, seterusnya menarik orang untuk menghayati tulisan tersebut.
Sememangnya manusia sukakan benda-benda yang cantik, sekiranya ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi dan kata-kata hikmah ditulis dengan cantik dan tersusun, maka ia akan sentiasa dilihat dan dibaca oleh orang yang melihatnya. Sepatutnya itulah yang diperjuangkan, kerana setiap ayat yang kita lihat berulang kali akan melekat dalam minda kita, dan akan meninggalkan kesan pada diri pembaca tersebut.
Setiap penggiat dalam seni khat seharusnya meletakkan misi dan visi tertentu dalam bidang dakwah, agar setiap huruf yang ditulis dikira sebagai ibadah kepada Allah SWT.
Jadikanlah seni ini sebagai jalan untuk kita mendekatkan diri pada Allah, bukan untuk bermegah-megah dengan pencapaian kita. Maka tidak timbul siapa hebat dan siapa yang lebih baik khatnya.
Masalahnya apabila khat yang dihasilkan terlalu abstrak, dengan bentuk yang berlapis-lapis sehingga sukar untuk dibaca, ia cuma mempunyai nilai seni tapi tidak dapat meninggalkan kesan kepada orang yang melihatnya. Ia memang hebat dan orang yang mampu menghasilkannya sememangnya hebat, malah ia menuntut pengorbanan dan masa yang amat lama untuk menghasilkannya.
Sebaik-baiknya kita dapat imbangkan segala hasil usaha kita, agar ia tetap berseni dan dalam masa yang sama dapat memberi kesan kepada orang yang melihatnya.

Ulasan