Catatan

Banjir: Rahmat atau Musibah?

Alhamdulillah berkesempatan lagi menulis disini, ruang tempat luahan hati. Hari ni sudah seminggu hati dan fikiran berada bersama-sama keluarga, sanak saudara dan rakan senegeri yang menerima musibah banjir tahun ini. Setiap waktu hati memikirkan bagaimanakah keadaan mereka disana? Bukan mudah untuk menghadapi musibah besar seperti apa yang sedang berlaku sekarang. Sebagai anak bumi Kelantan yang membesar dengan pelbagai kisah banjir, meskipun kampung sendiri tidak pernah terlibat tetapi sanak saudara mengalaminya berulangkali. Sewaktu kecil saya selalu ditemani pelbagai kisah banjir yang diceritakan oleh nenek sebelah ibu. Ini kerana kampung mereka berada di kawasan lembah, iaitu Tanjung Stan. Cerita bah merah, bah besar tahun 1967 yang sampai ke rumah beliau menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi. Mereka memberitahu tanda aras sebagai ingatan kita hari ini. Ketika musim banjir juga kami adik beradik akan berkunjung ke rumah nenek untuk bermain ba...

Pening dengan Teknologi Baru

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah akhirnya mampu menulis kembali disini selepas lama mendiamkan diri. Sebenarnya niat untuk menulis selalu ada tetapi asyik bertangguh hingga idea yang diperolehi hilang begitu saja. Bila sekali sekala menjenguk ke langit terbuka ini, ternyata perkembangannya terlalu cepat...begitu laju mereka berfikir, mencipta produk baru hinggakan kita sebagai pengguna terkial-kial untuk menggunakannya. Kadangkala terfikir betapa hebatnya aqal anugerah Allah kepada manusia hingga berjaya mencipta pelbagai alat-alatan elektronik, kecil dan besar. Namun begitu kesemuanya didalam kawalan 'mereka', orang-orang Islam masih kekal sebagai pengguna, cuma sekali sekala timbul dengan konsep baru dalam masa yang sama tetap menggunakan hasil ciptaan 'mereka'. Betapa hebatnya mereka kerana mampu menarik umat manusia daripada segenap pelusuk alam terarah kepada mereka. Apakah rahsia mereka? Begitulah kurniaan Allah kepada insan yang mahu berfikir dan ...

Mula Berkongsi...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kepada kami. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi kekuatan untuk menulis semula...moga perkongsian kali ini akan lebih konsisten dan berterusan. Setelah memulakan perjalanan dari kampung tercinta pada 1 September lepas, kami selamat kembali semula ke Bumi Muscat pada awal pagi 2 September 2014. Boleh dikatakan inilah perjalanan yang amat mencabar minda setelah saban hari dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kemalangan kapalterbang MH17 dan MH 370 semasa di Malaysia. Sesungguhnya berita-berita tersebut mengingatkan diri ini agar tidak lalai serta selalu mengingati Allah swt. Akan tetapi dalam masa yang sama perasaan risau dan bimbang sentiasa datang menganggu fikiran ini. Begitu juga keluarga dikampung tertunggu-tunggu berita apakah kami sudah selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi ini semula, selamat menduduki rumah baru berdekatan tempat kerja suami selepas 8 tahun berada ditengah-tengah...

Macam-macam cerita

Alhamdulillah bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Lama betul tidak mencoret sesuatu disini, meskipun ada pelbagai cerita dan peristiwa yang dilalui semenjak berada ditanahair. Sudah dua bulan lebih saya balik ke Malaysia bersama anak-anak, iaitu ketika bermula cuti sekolah anak-anak pada awal bulan Jun lepas. Cuti ditanahair kali ini hanya berbaki dua minggu lebih. Kami akan memulakan kembali pengembaraan kami di bumi Oman pada awal September nanti insya Allah. Alhamdulillah cuti kali ini begitu bererti pada saya meskipun kebanyakan masa dihabiskan dirumah dengan kedua ibubapa tercinta. Sesungguhnya inilah rahmat Allah kepada saya, meskipun berada begitu jauh tetapi Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai hari-hari bersama mereka ketika mereka dihujung usia. Kali ini juga saya peluang berpuasa dan berhariraya dikampung. Sesungguhnya orang yang patut dihormati dan diucapkan terima kasih ialah Sang Suami yang memberi kebenaran untuk saya dan anak-anak berpisah ...

Ibuku Guruku

Alhamdulillah hari ini 16 Mei 2014, Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tahun ini pelbagai ragam sambutan hari guru dikongsi bersama-sama. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru dan professor yang telah berjaya mendidik diri ini hingga ke tahap ini. Namun penghargaan yang teristimewa buat Bonda yang menjadi guru pertama dan terhebat. Sesungguhnya saya telah dididik dengan cara yang begitu hebat, menggunakan method yang sangat unik, yang belum pernah saya terbaca dalam mana-mana buku. Moga Allah memberkati kehidupan bonda dan ayahanda saya, memberikan ketenangan kepada kedua-duanya serta memberi kekuatan untuk mereka melalui ujian hidup ini. Bonda bukanlah insan terpelajar, beliau belajar hanya di peringkat rendah sahaja, tamat darjah enam seterusnya berada dirumah. Sejarah hidup beliau jauh berbeza daripada saya, namun beliau tidak pernah merungut kesukaran hidup beliau. Ujian demi ujian dihadapi tetapi beliau begitu tabah. Moga Allah terus memb...

Ajar Anak Bersalam

Alhamdulillah...syukur kerana berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini. Moga ia menjadi peringatan buat diri dalam mendidik anak-anak. Setiap anak mempunyai sikap tersendiri, kadang-kadang agak sukar untuk difahami, namun begitu ada adab-adab asas yang mesti kita terapkan dan bertegas mengenainya, kerana ia menunjukkan kecantikan agama kita. Adab-adab asas ini mesti dipupuk oleh ibubapa, kerana ibubapa banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Diantara adab-adab asas ini ialah adab bersalam dan memberi salam. Ia bukanlah suatu perkara sukar untuk dipraktikkan tetapi memerlukan nasihat yang berulang-ulang, agar ia melekat dan terukir dalam diri anak-anak kita. Saya amat mengagumi sikap anak-anak orang Arab yang saya temui, kerana begitu mudah untuk bersalaman dan memberi salam. Kadang-kadang terasa kekurangan diri dalam mendidik. Dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimanakah cara mereka mendidik anak-anak, hinggakan anak-anak kecil begitu mudah untuk bersalaman bila bertem...

Sebarkan yang Elok

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi apa yang saya fikirkan disini. Di antara kegemaran saya ialah memerhati dan meneliti apa yang berlaku disekeliling saya. Oleh kerana berada jauh dari tanahair, saya memilih untuk membaca komen dan perkongsian rakyat Malaysia di facebook dan internet. Kadang-kadang saya mula dengan membaca komen, sekiranya komen dan pendapat itu menarik, barulah saya membaca berita tersebut. Mungkin anda menganggapnya pelik, tetapi dari situ saya dapat menilai cara rakyat Malaysia berfikir. Hasil pemerhatian saya dapat disimpulkan bahawa generasi kini agak lemah dari segi adab, serta kurang berhati-hati ketika berkongsi maklumat. Apakah puncanya? Dalam masa yang sama, mereka banyak menggunakan perkataan-perkataan negatif, seolah-olah ucapan tersebut adalah biasa. Kutukan dan sindiran begitu banyak digunakan, menghilangkan adab melayu yang begitu hebat suatu ketika dulu. Dalam hati terfikir apakah generasi ini tidak dididik? Apakah mere...