Catatan

Tahun Baru 2018

Imej
Alhamdulillah kita akan melangkah ke tahun baru 2018. Semoga tahun ini lebih baik daripada yang lepas dan kejayaan berpihak kepada kita.  Setiap detik berlalu tidak akan kembali semula, oleh itu pastikan setiap detik yang dilalui diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Dalam masa yang sama bersyukurlah atas kurniaan Allah swt kepada kita. Pandanglah sisi positif kurniaan itu, agar hati sentiasa tenang. 

Hanya Tempat Persinggahan

Imej
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas segala kurniaan- Nya kepada kami disini. Alhamdulillah, syukur juga kerana Dia memberi peluang untuk saya bertemu insan senegara disini, meskipun hanya sekadar pertemuan. Kadang-kadang hati terasa hiba mengenangkan apa yang ditempuhi tetapi Dia memberi kekuatan lain. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Bila hati redha dengan apa yang berlaku, kita akan lebih tenang dan bahagia. Sesungguhnya Dia mengurniakan apa yang terbaik untuk kita, meskipun kita tidak memahaminya. Syukurlah dan redhailah apa yang berlaku. Itulah saja cara untuk memujuk hati. Bila dikenang kembali, sepanjang bermastautin disini saya berjumpa pelbagai kategori manusia, ada yang hanya menyapa ketika inginkan sesuatu, ada yang sekadar berhubung ketika diperlukan, ada yang rapat dan begitu menyentuh hati serta ikhlas bersahabat. Namun setiap kali ada insan yang disayangi, yang betul-betul ikhlas bersahabat, mereka akan berpindah ke tempat baru. Begitulah hidup diperantaua...

12 Tahun di Oman

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberi kekuatan untuk berkongsi disini. Masih terbayang-bayang kali pertama meninggalkan Tanahair tercinta, pelbagai rasa ketika itu...bermula dengan kerisauan pertama kali menaiki kapalterbang dalam jarak jauh, apakah kemungkinan yang bakal ditempuhi disebuah negara asing, sendirian tanpa sanak saudara dan rakan taulan. Sesungguhnya bila memilih untuk mengikut suami pindah ke tempat baru, saya sepatutnya bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan ditempuhi ditempat baru. Pejam celik hari ini genap 12 tahun kami merantau, bumi ini menjadi tanah bermastautin, dan tanahair sendiri cuma menjadi tempat menghabiskan masa cuti. Ketika itu saya tidak menyediakan apa-apa bekal untuk hidup ditempat baru, dalam hati berharap semoga apa yang ditemui nanti baik-baik dan sesuai dengan hati ini. Apa yang dibawa cuma dua buah beg sederhana besar berisi pakaian saya dan empat orang anak kecil. Alangkah mudahnya hidup ini jika kita mempermu...

Perjalanan di Rantauan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih lagi mampu berkongsi fikiran disini. Alhamdulillah sekali lagi atas nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah kepada kami sekeluarga diperantauan. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah swt begitu cantik dan terbaik untuk kami. Bayangkan perancangan kami hanya ingin tinggal di Oman selama tiga tahun. Ya tempoh cuti tanpa gaji yang dibenarkan kepada staf UIAM. Itulah yang diberitahu kepada saya sebelum kami ke sini. Bagi kami tiga tahun cukup untuk kami sekeluarga mempraktikkan bahasa Arab, dan anak-anak kembali mengikuti sistem pembelajaran di tanahair. Ketika bahagian kelulusan cuti tamat, iaitu setahun setengah berada disini, tiba-tiba saya diberitahu bahawa cuti tanpa gaji tidak boleh disambung dan saya mesti kembali bertugas semula. Apa yang kami dapat disini dalam tempoh setahun setengah belum cukup. Anak-anak masih terlalu kecil untuk hidup berjauhan daripada bapa. Bagi saya anak-anak lelaki mesti dididik oleh b...

Sekadar Berfikir

Alhamdulillah hari ini terbuka hati untuk berkongsi sedikit pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku dalam dunia hari ini. Bagi saya, ulama menyebarkan ilmu bersesuaian dgn zaman mereka kerana mereka lbh arif apa yg masyarakat perlukan. Jadi setiap amalan yg diajarkan disesuaikan dgn keperluan setempat. Sbg contoh zaman dulu masyarakat 'ummi', tak ramai yg tahu membaca dan menulis, jadi Tok-tok guru menjadikan amalan berkumpulan sbg satu cara mendidik masyarakat. Satu contoh, zikir slps solat beramai2 sbg satu pengisian bg org kampung Bayangkan seorang guru agama perlu mengumpulkan org kampung untuk mengajar agama, kemudian mendidik mereka untuk mengamalkan zikir-zikir tertentu. Bagi memudahkan tugas ini mereka jadikan waktu lps solat acara berzikir dan berdoa beramai-ramai. Suasana zaman mereka tidak sama dgn zaman kita, jadi tidak adil jika kita menuduh Tok guru dulu mengadakan bidaah. Itulah cara mereka mendidik masyarakat zaman mereka, yg terhasil dr ilham Allah swt....

Peraturan Sendiri

Alhamdulillah...hari ini saja nak berkongsi satu situasi yang saya tempuhi ketika membuat pembayaran di Lulu Hypermarket pada hujung minggu lepas. Saya suka berbelanja barangan dapur pada waktu pagi setiap kali hujung minggu. Ini kerana bilangan pengunjung tidak begitu ramai dan ada promosi barangan dapur dan buah-buahan setiap kali hujung minggu. Memandangkan sekarang ini masih di penghujung musim panas, harga sayur-sayuran dan buah-buahan lebih tinggi daripada biasa. Itulah kejutan yang biasa kami hadapi setiap kali pulang daripada bercuti. Sebenarnya itu bukan isu yang ingin diceritakan. Hanya sekadar memberi gambaran keadaan di Oman ketika ini. Cerita yang saya ingin kongsikan adalah peristiwa yang berlaku ketika saya beratur untuk membayar barangan yang dibeli. Ketika itu agak ramai pelanggan yang juga ingin membayar barangan mereka. Jadi saya memilih kaunter hujung sekali, yang mana orang yang beratur hanya membeli beberapa barang sahaja. Ketika itu troli saya agak penuh. T...

Kenangan Cuti 2017

Imej
Alhamdulillah thumma alhamdulillah... Syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada kami mengumpul kenangan manis di kampung halaman sepanjang cuti musim panas 2017. Percutian kali ini lebih pendek daripada biasa, iaitu cuma 68 hari. Kami terpaksa balik awal ke Oman seminggu sebelum sesi persekolahan bermula. Ini kerana sudah beberapa tahun anak-anak terlewat  seminggu daripada hari pertama persekolahan bermula. Pada tahun ini hari pertama persekolahan   bermula pada 27/8/2017, iaitu 4 hari sebelum cuti hari raya haji bermula. Dalam masa yang sama kami perlu mencari rumah sewa baru yang lebih selesa. Alhamdulillah...syukur kepada Allah swt kerana kami berpeluang mengisi cuti kali ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah, terutama bagi anak-anak remaja saya. Selepas cuti raya puasa, saya mendaftarkan keempat-empat orang anak saya untuk mengikuti kelas Public Speaking Bahasa Inggeris One Malaysia. Alhamdulillah kesemuanya lulus ujian bahasa Inggeris dan diterima ...