Catatan

Blog Berhabuk

Alhamdulillah terjumpa balik bloggers link di telefon lama. Jadi kita tulis la sesuatu untuk mencuba kembali adakah blog ini masih berfungsi seperti biasa. Last post 2019...lamaaa sangat dah. Tuan punya blog dah bercuti 7 bulan di Malaysia, kemudian ke Oman pada 11 Januari 2020 dan tersekat disana semasa Covid 19 mula tersebar. Ya...tersekat disana bersama suami dan dua orang anak. Pada hari pertama Lapanganterbang Muscat dibuka semula 1 Oktober 2020 kami bertolak balik ke Malaysia. Saya dan dua orang anak memilih untuk berkuarantin di ILKAP Bangi selama 14 hari. Pada hari kami keluar PKP dijalankan di Selangor, jadi kami terkurung lagi di rumah. Pada hujung bulan 10 kami memohon surat perjalanan merentas negeri untuk balik kampung. Ketika itu Kelantan masih bebas, boleh berjalan dan membuat pelbagai aktiviti. Namun begitu, saya sibuk dengan urusan keluarga. Allah memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada kedua orangtua yang tidak sihat. Jadi saya berulangalik ke HUSM beberapa h

Balik Kampung November 2019

Alhamdulillah saya sempat meluangkan masa untuk balik kampung serta menghabiskan masa bersama kedua orang tua. Saya mengambil peluang ketika berada ditanahair untuk menghabiskan masa bersama mereka, semoga saya masih berpeluang untuk berbakti kepada keduanya. Kebetulan dua orang anak lelaki juga ada cuti seminggu. Bukan mudah untuk memujuk dua anak remaja ini untuk balik kampung. Ini kerana mereka sudah terbiasa berada jauh daripada sanak saudara dan menguruskan diri sendiri. Namun begitu mereka perlu didedahkan kepada suasana keluarga besar, ada datuk dan nenek, bapa dan ibu saudara serta sepupu. Itulah kekurangan anak-anak semasa kecil. Ya berada diperantauan menjadikan mereka memiliki sifat yang berbeza daripada saya. Saya mahu mendidik mereka agar menghargai keluarga besar mereka, menjaga hubungan silaturrahim dengan saudara- mara jauh dan dekat, namun suasana hari ini amat mencabar. Setiap orang sibuk dengan urusan masing-masing. Semoga Allah permudahkan urusan ini. Ketika mer

Sebulan Sudah Berlalu

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan untuk menulis disini lagi. Terasa sekejap masa berlalu, hari ini kita dipenghujung Januari. Alhamdulillah bulan yang bermula dengan kesibukan anak-anak menduduki peperiksaan semester pertama. Sekarang mereka masih lagi bercuti. Alhamdulillah saya masih lagi bersemangat melakukan aktiviti berjalan pada waktu pagi, walaupun belum mampu melakukannya setiap hari. Setakat ini paling kurang empat kali seminggu alhamdulillah atas kejayaan kecil ini. Biasanya saya menunggu sehingga terbit matahari sebelum keluar berjalan. Ini kerana cuaca masih sejuk pada awal pagi. Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ini saya fokuskan untuk berkongsi kemahiran menulis khat dengan anak-anak jiran sebanyak dua kali seminggu. Alhamdulillah seronok melayani kerenah mereka, ada yang begitu semangat membuat latihan, ada juga yang seolah-olah dipaksa oleh ibu mereka. Apa-apa pun semua terpulang kepada mereka. Semoga semuanya beroleh manfaat. Semala

Menulis Di Tahun Baru

Alhamdulillah akhirnya dapat menulis disini pada tahun baru ini. Bulan Januari sudah hampir ke penghujung, anak yang bercuti dari universiti akan memulakan pengajiannya bagi Semester kedua bermula pada hari Ahad ini. Anak yang masih bersekolah masih bercuti sehingga bulan Febuari ini. Seorang baru habis peperiksaan diploma Umum hujung minggu lepas, seorang lagi sudah lama bercuti dan berkurung dirumah. Semalam anak kedua yang berada di Malaysia selamat sampai ke kampung di Kelantan untuk bercuti selama sebulan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Begitulah keadaan keluarga kami bila kesemua anak-anak sudah besar. Ujian dan cabarannya berbeza. Setiap tahun, awal tahun baru disambut dengan musim peperiksaan mengikut takwim persekolahan disini. Apabila peperiksaan tamat, pelajar sekolah akan bercuti selama lebih kurang sebulan, sebelum memulakan semester kedua. Tahun ini ada perbezaan cuti antara universiti dan sekolah lebih kurang dua minggu, jadi agak sukar untuk kami mengatur pr

Pengisian Ilmu 2018 - 6

Alhamdulillah hari ini saya akan menyambung kembali kisah pengisian ilmu sepanjang tahun 2018 ini. Kelas offline yang saya hadiri seterusnya adalah Seminar Percaya Sebelum Berjaya dibawah bimbingan Coach Zuhairi Nopiah yang berlangsung pada 28/7/2018 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur. Pada awalnya saya mendaftarkan anak-anak saya untuk menghadiri program ini, akhirnya saya turut serta bersama-sama mereka. Ini kerana saya juga berminat untuk mengetahui teknik-teknik terbaru yang digunakan dalam program motivasi terkini diMalaysia. Alhamdulillah program sehari ini berjaya menarik minat anak-anak saya yang belum pernah menghadiri sebarang bentuk program motivasi. Mereka amat teruja untuk menghadirinya selepas tamat bengkel dreamboard pada minggu sebelumnya.

Pengisian Ilmu 2018 - 5

Alhamdulillah cerita kembara mencari ilmu pada tahun ini akan diteruskan. Semoga ia tercatat sebagai rujukan kemudian hari. Minggu pertama bulan Julai penuh dengan berbagai aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Minggu kedua cuti, tiga orang anak saya mengikuti kelas bahasa inggeris komunikasi di UIAM. Alhamdulillah mereka seronok belajar bersama-sama pelajar UIAM. Kami sebenarnya amat bertuah kerana kelas itu dimulakan bersesuaian drengan percutian kami kali ini. Yuran yang dikenakan untuk orang luar juga amat murah jika dibandingkan dengan bayaran pusat tuisyen bahasa Inggeris diluar. Bayangkan bayaran RM 120 seorang untuk tempoh satu semester pendek iaitu 7 minggu. Kelas tersebut berjalan selama dua jam sehari dan empat hari seminggu anjuran SMART IIUM. Ia memang kelas intensif yang banyak membantu anak-anak saya agar lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pada mulanya saya turut serta anak-anak ke UIAM, setelah yakin anak-

Pengisian Ilmu 2018 - 4

Alhamdulillah kisah pencarian ilmu bersambung lagi. Kali ini bersempena Sambutan Hariraya CVT  di Shah Alam pada 7/7/2018. Ia kisah perjalanan saya bersama dua orang anak lelaki menyusuri Tasik Shah Alam, singgah di Masjid Shah Alam serta Bilik Pameran Yayasan Restu. Kami bertolak awal pagi ke Shah Alam dengan menaiki komuter. Kemudian menyambung perjalanan dengan menaiki bas percuma Smart Selangor. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur kepada anak-anak. Akan tetapi dua orang lagi keletihan serta enggan mengikuti program kali ini. Berjalan kaki dari Dataran Shah Alam, kemudian menyusuri Tasik Shah Alam mengingatkan saya nostalgia lama hampir 30 tahun lalu, iaitu pada tahun 1989/90 ketika saya belajar di Matrik UIAM dan tinggal di Asrama Seksyen 8 Shah Alam. Shah Alam ketika itu yang gersang dan masih baru dibuka, pokok-pokok disekeliling Tasik juga masih kecil. Ketika kunjungan kali ini kebanyakan pokok amat tua dan besar, begitu jau