Pengisian Ilmu 2018 - 5

Alhamdulillah cerita kembara mencari ilmu pada tahun ini akan diteruskan. Semoga ia tercatat sebagai rujukan kemudian hari.

Minggu pertama bulan Julai penuh dengan berbagai aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Minggu kedua cuti, tiga orang anak saya mengikuti kelas bahasa inggeris komunikasi di UIAM. Alhamdulillah mereka seronok belajar bersama-sama pelajar UIAM. Kami sebenarnya amat bertuah kerana kelas itu dimulakan bersesuaian drengan percutian kami kali ini.

Yuran yang dikenakan untuk orang luar juga amat murah jika dibandingkan dengan bayaran pusat tuisyen bahasa Inggeris diluar. Bayangkan bayaran RM 120 seorang untuk tempoh satu semester pendek iaitu 7 minggu.

Kelas tersebut berjalan selama dua jam sehari dan empat hari seminggu anjuran SMART IIUM. Ia memang kelas intensif yang banyak membantu anak-anak saya agar lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Pada mulanya saya turut serta anak-anak ke UIAM, setelah yakin anak-anak mampu pergi sendiri saya hanya menunggu dirumah bersama-sama anak no 3. Beliau enggan mengikuti kelas kerana yakin bahawa bahasa Inggerisnya sudah amat baik. Beliau ingin menghabiskan masa dengan projek lukisan animasinya yang sudah beberapa tahun dimulai.

Anak ketiga saya terlalu fokus dengan bakat beliau, iaitu melukis. Bakat itu telah dikenalpasti oleh guru lukisannya ketika darjah satu. Semenjak dari itu beliau sentiasa melukis sebagai latihan dan juga terapi.

Pada 21/7/2018 kami berlima berpeluang mengikuti bengkel Dream Board anjuran Coach Zuhairi Nopiah di Bangi Gateway.

Apabila kita fokus untuk melakukan sesuatu yang baik untuk anak-anak, bantuan Allah sentiasa ada. Ketika saya sibuk mencari jalan mudah dari Gombak ke Bangi, rupa-rupanya ada kawan rapat juga mendaftar bengkel yang sama. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dengan bantuan sahabat tercinta.

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami pada pagi itu, meskipun kami sampai ke Bangi agak lewat, iaitu selepas bengkel bermula setengah jam.

Bengkel kali ini amat menarik perhatian anak-anak walaupun sebelum ke sana, masing-masing menunjukkan perasaan tidak senang. Sepanjang perjalanan ada saja yang mengeluh dan tidak puashati kerana terpaksa pergi belajar pada hujung minggu.

Alhamdulillah ketika bengkel tamat mereka begitu gembira serta tidak sabar menunggu program seterusnya iaitu Seminar Percaya Sebelum Berjaya.
Anak no 3 berkata "Saya rasa sekejap saja kelas tu, tiba-tiba dah tamat, best la."

Setelah bengkel tamat, sahabat saya membawa kami mengenali bandar Bangi serta melawat sahabat lama sepersekolahan yang tinggal berhampiran. Tujuan berbengkel kini berubah menjadi program ziarah.

Alhamdulillah...nikmat mana lagi yang ingin kau dustai? Semoga Allah merapatkan lagi ukhwah kami hanya kerana-Nya. Aamiin.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman