Mendidik Emosi

Kemahiran mengendalikan emosi amat penting dalam kehidupan manusia, sebijak manapun manusia, mereka tetap tidak boleh lari dari kebijaksanaan mengendalikan emosi mereka agar mampu hidup aman damai dalam masyarakat. Ia perlulah diterapkan sedari kecil, agar anak-anak kita membesar sebagai insan yang tahu mengendalikan emosi mereka, terutama untuk menjaga keheningan, kesabaran, keikhlasan dan keredhaan mereka.

Kemahiran mengawal emosi tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kerana ia lah puncak kebahagiaan hidup seseorang. Apa gunanya anak-anak kita bijak dari segi intelektual tapi kurang bijak dari segi mengawal emosi. Kalau dulu kita dikira bijak jika IQ kita tinggi, tapi hari ini kita akan dikira bijak sekiranya kita mampu menyeimbangkan antara IQ dan EQ kita.

Bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak EQ? Bukan susah untuk menjadi seorang manusia yang bijak emosi kerana agama kita telah menggariskan banyak perkara untuk kita ikuti dan amalkan. Sekiranya kita telah didedahkan dengan ilmu-ilmu ini sedari kecil maka kita sebenarnya telah mempunyai asas kemahiran emosi yang hebat. Ia berbeza dengan orang-orang bukan Islam yang tidak mempunyai asas agama yang betul tapi masih mampu mengekalkan kemahiran menjaga emosi.

Sebenarnya kemahiran emosi dalam Islam ialah kemahiran untuk berakhlak mulia berpandukan ajaran Rasulullah SAW, kerana bagindalah contoh teladan manusia yang mempunyai kebijaksanaan mengawal emosi yang tinggi. Betapa cantiknya akhlak Rasulullah yang digambarkan oleh Sahabat-sahabat baginda sehinggakan setiap orang yang bertemu baginda akan merasa sayangkan baginda.Begitu juga betapa hebatnya gambaran akhlak orang-orang Islam terdahulu yang digambarkan dalam buku-buku warisan Islam, tapi berapa banyakkah ilmu dan cerita-cerita ini yang sampai ke telinga kita.

Sesungguhnya ilmu ini semakin hari semakin dilupai oleh manusia, begitu juga amalan-amalan ini juga semakin dilupai oleh orang-orang Islam. Jadi bagaimanakah kita ingin merasa dihormati oleh orang bukan Islam sekiranya kita tidak tahu tentang segala ilmu-ilmu ini.Carilah ilmu dari orang yang berwibawa dan tahu tentang apa yang disampaikannya, serta mengamalkannya. Itulah sikap dan amalan para salafussoleh yang menolak daripada berguru kepada orang-orang yang tidak mengamalkannya sebagaimana yang diceritakan dalam sejarah hidup Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tarmidhi, Al-Nasaii dan lain-lain ulama besar. Mereka menguji guru-guru mereka sebelum menerima riwayat mereka, namun mereka tetap menguji secara beradab, bukannya dengan kezaliman sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Jadi kemahiran emosi amat penting untuk dididik sedari kecil,agar anak-anak kita membesar sebagai seorang Islam yang berakhlak tinggi dan menjadi contoh dalam masyarakat mereka. Didiklah mereka untuk faham tentang kepentingan menjaga hubungan sesama manusia, dengan haiwan dan alam sekitar mereka, sebagaimana yang ditunjukkan dalam syiar Islam yang terbesar iaitu Ibadah Haji.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
The best ways to create emphaty is to always look at the poors,hw their days go by without any essential tht we always took for granted.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas