terimaksih ingatkan nah, za semenjak nah link ke blog za ni senang kit nak berinteraksi. nampaknya liza menulis hari-hari yek.. baguslah tu, ada ilmu curahkan, kalu za rajin pergi blogsimantan guru, kat blog nah, nah dah link, dia pun byk menulis, penulisannya pun bagus. dia tu Mantan pengetua sekarang dah pencen.
Tanpa Nama berkata…
Terimakasih krn berkunjung ke sini. Moga silaturrahim yang lama terjalin diteguhkan lagi.
Insya Allah bila ada masa nanti, za jenguk le blog mereka tu. Cikgu-cikgu memang manusia hebat, kerana mereka berjaya mendidik pelajar untuk menjadi insan yg berguna.
Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman Bismillah ...Alhamdulillah... Hari ini saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai Surat Rasulullah SAW yang dihantarkan kepada Raja Oman sebagai satu surat rasmi untuk menyebarkan agama Islam. Sebenarnya saya pernah menulis tentang surat ini selepas kami melawat Musandam, tempat pertama saya melihat surat tersebut dipamerkan. Surat tersebut dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Oman yang memerintah pada ketika itu melalui utusan baginda iaitu Amr ibn 'As. Menurut sejarah Oman, kedua-dua raja mereka ketika itu menerima baik utusan Rasulullah saw serta memeluk agama Islam, seterusnya mengarahkan agar agama Islam disebarkan diseluruh ceruk Oman. Namun begitu, orang pertama yang menerima Islam di Oman adalah Mazin bin Ghadubah, yang mendengar tentang Islam daripada peniaga2 Arab, kemudian beliau bertemu sendiri dengan baginda Rasulullah saw, serta meminta agar baginda mendoakan kesejateraan kepada Oman. Hadis-hadis...
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan untuk menulis disini lagi. Terasa sekejap masa berlalu, hari ini kita dipenghujung Januari. Alhamdulillah bulan yang bermula dengan kesibukan anak-anak menduduki peperiksaan semester pertama. Sekarang mereka masih lagi bercuti. Alhamdulillah saya masih lagi bersemangat melakukan aktiviti berjalan pada waktu pagi, walaupun belum mampu melakukannya setiap hari. Setakat ini paling kurang empat kali seminggu alhamdulillah atas kejayaan kecil ini. Biasanya saya menunggu sehingga terbit matahari sebelum keluar berjalan. Ini kerana cuaca masih sejuk pada awal pagi. Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ini saya fokuskan untuk berkongsi kemahiran menulis khat dengan anak-anak jiran sebanyak dua kali seminggu. Alhamdulillah seronok melayani kerenah mereka, ada yang begitu semangat membuat latihan, ada juga yang seolah-olah dipaksa oleh ibu mereka. Apa-apa pun semua terpulang kepada mereka. Semoga semuanya beroleh manfaat. Semala...
Bismillah....Alhamdulillah.... Adakah diantara pembaca yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkahwinan dengan orang Arab? Apakah pengalaman sepanjang perkahwinan tersebut, suka-duka dan pahit-manis yang dilalui? Apakah ia sesuai dikongsikan sebagai panduan insan lain ataupun ia hanya dikongsikan dengan insan-insan tertentu sahaja? Banyaknya persoalan yang timbul bila tersebut kisah 'berkahwin dengan orang Arab'... Ada orang yang begitu seronok menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab, manakala ramai lagi yang lebih selesa berdiam diri. Apakah ini menandakan bahawa orang yang menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab amat bahagia dengan pilihan mereka, manakala yang memilih untuk berdiam diri, kurang bahagia? Ia berbalik kepada persepsi kita melihat hubungan ini. Apabila saya memilih untuk berkahwin dengan orang Arab, saya ditemukan juga dengan ramai lagi rakan senegara yang turut berk...
Ulasan
Insya Allah bila ada masa nanti, za jenguk le blog mereka tu. Cikgu-cikgu memang manusia hebat, kerana mereka berjaya mendidik pelajar untuk menjadi insan yg berguna.