Program Hujung Minggu


Hadiqa Qurm - tempat rehat di hujung minggu

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik seminggu berlalu.
Alhamdulillah hari ini bermula lah rutin harian setelah berehat dihujung minggu iaitu Khamis dan Jumaat. Hujung minggu ini program kami seperti biasa, berkumpul ditaman dengan kawan-kawan Arab, ditambah pula piknik dengan kawan-kawan Malaysia di sini menyebabkan ia menjadi agak padat.

Seronok juga bila berpeluang berkumpul dengan kawan-kawan, cakap Arab ke Melayu ke semuanya sama. Yang penting ada kawan-kawan untuk bersembang dan meluahkan isihati. Tapi seperti biasa, saya lebih suka mendengar dan menyampuk sekali-sekala. Itulah sebabnya tak mahir cakap Arab lagi.

Alhamdulillah pertemuan hujung minggu ini dihadiri oleh lebih banyak keluarga, menyebabkan suasana menjadi sangat meriah. Yang sangat seronok adalah anak-anak, kerana mereka berpeluang untuk bertemu dan bermain dengan kawan-kawan mereka.


Air Terjun buatan yang amat menarik bila dilihat dari atas bukit.

Anak-anak saya yang sudah biasa dengan kawan-kawan Arab, memang menghadapi masalah apabila bertemu dengan anak-anak orang Malaysia. Ini kerana kami amat jarang bertemu orang Melayu, namun begitu mereka masih mampu bercakap Melayu alhamdulillah.

Inilah kehijauan taman yang amat menyejukkan mata memandang. Subhanallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas