Perang Berita

Bermula awal Januari lepas, saya fokus mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di negara-negara Afrika Utara, bermula dengan Tunisia sekarang Mesir, selepas ni negara apa pula?

Macam-macam berita boleh diikuti, kita yang memilih berita mana kita ingin terima. Mungkin di negara kita tidak banyak perkhabaran tentang berita-berita ini, terutama laporan daripada rakyat tempatan. Alhamdulillah kemudahan disini memungkinkan kami mendapatkan berita daripada stesen-stesen TV tempatan negara tersebut juga.

Semasa revolusi jalanan di Tunisia, kami sempat mengikuti laporan TV Tunisia iaitu Tunis 7 dan Hannibal, kemudian mengikuti perbincangan lain daripada TV-TV luar Tunisia. Macam-macam berita dan perbincangan yang disebarkan, terasa seolah-olah perang berita diantara TV kerajaan dan TV swasta.

Namun begitu akhirnya selepas kejatuhan Ben Ali, TV Tunis 7 menukar stail laporan mereka serta menukarnya kepada TV Nasional Tunisia. Begitu mudahnya mereka mengubah pendirian mereka, bersama arus pertukaran presiden.

Begitu juga bila mengikuti perkembangan semasa di Mesir, ada pelbagai laporan dari dalam dan luar Mesir. Bak kata seorang pemanggil daripada Mesir hari ini, semua saluran TV diluar Mesir memaparkan berita benar mengenai apa yang berlaku disana sedangkan TV Mesir cuba menipu penonton mereka.

Jadi saya masih tertunggu-tunggu untuk melihat apakah yang akan terjadi seterusnya diarena laporan berita di Mesir.

Ketika ini kebanyakan saluran TV di luar Mesir menyiarkan laporan berdasarkan laporan TV Al-Jazeera, ini termasuklah TV Hiwar, Al-Mustakillah dan lain-lain. Ini kerana kesukaran mereka untuk mendapatkan berita daripada Mesir. Jadi tidak banyak perbezaan perkongsian yang dapat dilihat mengenai Mesir.

Dalam suasana begitu mudahnya kita untuk mendapatkan maklumat hari ini, kita mestilah berhati-hati agar tidak mudah mempercayai segala apa yang disampaikan kerana bukan semua maklumat yang kita dengar itu benar. Jangan sampai ia menguasai pemikiran kita.

Suasana diarena penyampaian berita menjadikan apa yang berlaku menjadi begitu berkesan pada penonton mereka, kadang-kadang perkara yang tidak terukpun boleh menjadi begitu serius hanya kerana kepandaian penyampai berita. Jadi berhati-hatilah selalu.

Sebagai peringatan buat kita semua, ingatlah firman Allah swt: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". Al-Hujurat:6.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat