Lambat Sedikit...
Setiap hari mengikuti perkembangan terbaru di Mesir, hati selalu berkata 'kenapa lambat sangat revolusi ni nak berjaya?'.
Tak sanggup melihat umat Islam disana dalam keadaan macam tu, moga Allah memudahkan urusan mereka. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui.
Sekarang seluruh dunia memandang ke Mesir, banyak pengajaran dan motivasi yang boleh kita kutip dari situ. Sekurang-kurangnya umat Islam yang lena ditempat lain akan terjaga, apakah mereka akan terus hidup dizalimi?
Alhamdulillah beberapa berita positif dilaporkan berlaku dinegara-negara Arab lain iaitu Yaman dan Iraq. Di Yaman, pimpinannya menyebutkan bahawa dia tidak akan melepaskan pimpinan di sana kepada anak beliau. Manakala di Iraq pula bantuan kewangan berjuta-juta dollar ditaburkan kepada rakyat. Itulah diantara rahsia lambat sikit kejayaan umat Islam Mesir dalam tuntutan mereka.
Dalam masa yang sama keadaan di Mesir juga perlu diperbaiki lagi, ketiadaan pimpinan yang betul-betul boleh mendokong perjuangan mereka selepas kejatuhan Mubarak. Sepatutnya sudah dekat dua minggu mereka berkumpul disitu, sudah jelas siapakah bakal pengganti Mubarak, sayangnya sampai sekarang tidak jelas siapakah yang akan naik.
Semalam pula pimpinan Ikhwanul Muslimin memberitahu bahawa mereka tidak berharap untuk mendapatkan kuasa di Mesir. Jika bukan pimpinan Ikhwanul Muslimin, siapakah yang akan mampu membawa umat Islam Mesir mengharungi perjuangan selepas ini?
Jadi mereka menuntut agar pemimpin yang ada meninggalkan tampuk pemerintahan, akan tetapi mereka tidak jelas siapakah yang akan memimpin mereka selepas ini.
Moga-moga kelambatan ini sempat membuka mata umat Islam diseluruh dunia, juga mampu membuatkan orang-orang kafir kecut-perut melihat kekuatan azam umat Islam Mesir.
Sama-samalah kita doakan agar mereka berjaya mencapai impian mereka...bak kata seorang rakan 'biarlah perjuangan yang sudah dimulakan ini berakhir dengan kejayaan, janganlah ada yang berhenti separuh jalan, sayangnya jika tiba-tiba mereka berubah hati serta menerima saranan Mubarak'.
Saya masih lagi tertunggu-tunggu apakah ketetapan seterusnya...حسبي الله ونعم الوكيل
Ulasan