Slogan Berhantu
الشعب يريد اسقاط الحكومة
الشعب يريد اسقاط النظام
الشعب يريد اسقاط الرئيس
الشعب اسقاط الرئيس
Inilah slogan yang menjadi sebutan ramai dinegara-negara Arab hari ini. Bermula dengan keinginan menjatuhkan kerajaan di Tunisia, kemudian ditukarkan kepada 'ingin menjatuhkan sistem pemerintahan' di Mesir...
Slogan tersebut menjadi ikutan ramai dan menjadi seolah-olah zikir yang diulang-ulang oleh orang yang menyebutkannya, tanpa sedar ia kekal dalam memori mereka.
Slogan tersebut menjadi ikutan ramai dan menjadi seolah-olah zikir yang diulang-ulang oleh orang yang menyebutkannya, tanpa sedar ia kekal dalam memori mereka.
Ada yang menyatakan bahawa slogan tersebut menggunakan bahasa Arab fushah kerana ia bermula di Tunisia, kemudian digunakan oleh orang-orang Mesir.
Bila slogan menggunakan bahasa Arab fushah, ia senang berkembang ke mana-mana negara Arab, dan ternyata ia menjadi 'slogan berhantu' serta berjaya mempengaruhi orang-orang Arab kini.
Bila slogan menggunakan bahasa Arab fushah, ia senang berkembang ke mana-mana negara Arab, dan ternyata ia menjadi 'slogan berhantu' serta berjaya mempengaruhi orang-orang Arab kini.
Lihatlah perjuangan penduduk Bahrain, Yaman, Libya serta beberapa negara Arab lain, ternyata mereka menganggap apa yang berlaku dinegara mereka juga sama, sedangkan realitinya amat berbeza. Malah kejayaan di Tunisia dan Mesir menjadikan mereka begitu yakin bahawa mereka juga akan memperolehi kejayaan.
Slogan tersebut menjadi ikutan kanak-kanak, almaklumlah setiap hari menonton TV yang menyiarkan laporan revolusi tersebut, terutamanya semasa revolusi di Mesir.
Semasa program ibu-ibu di sekolah semalam, guru sekolah memberitahu bahawa murid sekolah menggunakan slogan tersebut dengan menukarkan perkataan mengikut keinginan mereka. Malah mereka juga mengulang-ulangnya beramai-ramai tanpa memahami positif atau negatifnya.
Memang betul slogan tersebut menjadi 'slogan berhantu' di negara-negara Arab...menjadi ikutan serta mampu membuatkan insan berfikir bahawa mereka juga perlu berbuat sesuatu untuk mengubah ketidakadilan yang berlaku ditempat mereka. Fikir-fikirkanlah...
Ulasan