Sambutan Hari Ibu 2011

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang sekali lagi menghadiri sambutan hari Ibu di sekolah anak-anak belajar. Pelbagai gelagat pelajar-pelajar serta guru-guru yang mampu dilihat.

Sesungguhnya saya amat kagum dengan cara guru-guru disini mendidik pelajar, kasih-sayang ditunjukkan tanpa memilih kasih. Anak tempatan, anak rantau semua mendapat perhatian yang sama.

Diantara acara yang tidak ketinggalan ialah persembahan pelajar serta penyampaian hadiah buat ibu-ibu pelajar contoh disekolah tersebut. Kami ingatkan jemputan rasmi hanya sebagai penonton persembahan anak-anak, rupa-rupanya ibu juga diberi penghargaan yang sama.

Seingat saya ibu saya serta ibu-ibu lain di Malaysia jarang merasa diberi penghargaan sebegitu oleh pihak sekolah walaupun anak mereka menunjukkan pencapaian yang baik. Inilah budaya yang seharusnya disemai agar ibu-ibu memainkan peranan sebaik-baiknya.

Alhamdulillah disini saya belajar melihat bagaimana  pihak sekolah memberi penghargaan kepada ibu-ibu yang kebanyakannya adalah surirumah sepenuh masa serta pekerja bawahan sempena sambutan tersebut.

Alhamdulillah Penghargaan kedua dalam tempoh lima tahun berada disini...bukan hadiah yang diinginkan tetapi hadiah yang lebih berharga ialah mereka mengajar saya bagaimana mereka menghargai jasa dan peranan ibu-ibu dalam membantu kerjaya mereka sebagai guru disekolah.

Apa yang paling menarik ialah pekerja-pekerja tukang sapu dan budak pejabat diberi hadiah yang paling besar, serta pelajar-pelajar disuruh memberikan tepukan paling gemuruh untuk menghargai mereka. Moga anak-anak belajar menghargai insan yang selalu tidak dihargai, juga tidak dihormati ditempat lain ini.

Secara ikhlas saya katakan bahawa saya teramat kagum dengan cara mereka mendidik, alhamdulillah 'ala kulli hal. Terasa seolah-olah saya juga menjadi pelajar disitu, belajar melihat cara pendidikan berlangsung disini.

Alhamdulillah diatas kurniaan ini...mengutip pengalaman dibumi asing, belajar menghargai setiap insan disisi kita tanpa melihat status mereka. Fikir-fikirkanlah...


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah!!!! Jauh berjalan luas pandangan...
zulaikha megat berkata…
kenapa perkara yg serupa jarang sekali ataupun x pernah di lakukan di Malaysia.klu ada pun guru2 hanya menyuruh murid2 membuat kad ucapan dan diberikan pada ibu apabila pulang dari sekolah..
Aliza Yunus berkata…
Terimakasih Mommyfara, tanpa nama dan puteri zulaikha kerana berkongsi disini.
Realitinya sekolah-sekolah dinegara kita kurang menghargai kebaikan, apa yang ada hanyalah komen negatif.
Jika anak bermasalah, barulah ibu-bapa dijemput ke sekolah, bagi ibubapa yang memiliki anak-anak yang berkelakuan baik, bila lah agaknya akan mendapat penghargaan? Moga-moga suatu ketika, akan ada sekolah yang memulakannya...hargai yang baik, banyak lagi kebaikan lagi akan menyusul.
Aliza Yunus berkata…
maaf...bila kita menghargai kebaikan, banyak lagi kebaikan lain akan menyusul.
Cuba-cubalah usulkan pd pihak PIBG sekolah. Bestkan jika ia menjadi realiti.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas