Libya Juga Menarik

Bila berlaku revolusi, maka terbukalah minda kita untuk melihat apa yang ada ditempat tersebut. Ini juga berlaku kepada saya, tiba-tiba jadi berminat untuk mengetahui sedikit-sebanyak maklumat mengenai Libya.

Dari situ tergerak untuk menonton TV Libya, untuk melihat apa yang ada disitu. Sememangnya Libya adalah sebuah negara Arab Afrika yang kaya, serta mempunyai saiz yang amat besar jika dibandingkan dengan Tunisia. Libya mempunyai bilangan penduduk yang agak sedikit, jika dibandingkan dengan keluasan tanahair mereka serta kekayaan hasil bumi mereka.

Mereka juga berbeza dari Mesir yang mempunyai penduduk lebih daripada 80 juta. Iaitu bilangan yang amat besar dan hidup dalam kawasan yang agak terhad. Ini kerana sebahagian daripada negara Mesir adalah padang pasir, begitu juga Libya.

Sepatutnya rakyat Libya mampu hidup mewah kerana bilangan mereka yang sedikit, serta nilai hasil bumi yang banyak, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Muammar berkata "saya tidak fikir bahawa rakyat Libya memerlukan kekayaan tersebut". Jadi kemana mengalirnya semua kekayaan itu?

Corak pemerintahan diktator ini, juga sama dengan corak pemerintahan jiran-jirannya, iaitu menjalankan pembangunan yang tidak sekata, yang mana ada kawasan dibangunkan, manakala sebahagian lagi dibiarkan tanpa bantuan sewajarnya termasuklah perhubungan jalanraya, serta kemudahan asas yang lain.

Corak sebegitu jugalah yang menyebabkan ramai penduduk Libya terpaksa mendapatkan khidmat perubatan yang cekap daripada Tunisia.

Malah kedudukan Tripoli yang dekat dengan Tunisia juga menjadikan hubungan kedua-dua negara tersebut agak rapat. Kawasan yang berpenduduk padat di Libya terletak bersebelahan dengan Tunisia, ini menyebabkan bilangan pelarian yang agak ramai sampai ke Tunisia, jika dibandingkan dengan pelarian Libya di Mesir.

Bila terjadi revolusi seperti sekarang, kekurangan tersebut amatlah dirasai oleh mereka, yang mana jika sebelum ini mereka bebas keluar masuk ke Tunisia, tetapi sekarang, mereka terkurung disana sambil mengharapkan bantuan perubatan sampai kepada mereka.

Bila ditambah dengan bilangan orang cedera yang begitu ramai, maka kekurangan tersebut amatlah dirasai. Itulah yang digambarkan oleh panelis forum 'Nida' Wafa' iaitu sebuah NGO yang menguruskan bantuan kemanusiaan ke Libya. Sila kunjungi http://www.wafarelief.com/ untuk mendapat maklumat lanjut.

Dalam masa yang sama jika ada kelapangan layarilah http://www.alhiwar.net/ , untuk mendapatkan maklumat terkini serta membaca perkongsian pendapat daripada ramai ulama Islam yang berada diluar tanahair mereka.

Moga Allah memberi Rahmat kepada semua Umat Islam serta membuka jalan keluar daripada mehnah yang dihadapi selama ini.
حسبي الله ونعم الوكيل


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas