Bila diuji...Kembalilah kepada Allah
Dunia ini tempat ujian, bila kita lulus ujian tersebut insya Allah kita akan berjaya naik ke peringkat seterusnya. Sama ada kita suka ataupun tidak, kita akan tetap menempuh ujian tersebut.
Kemudian kita akan ditimpakan dengan ujian semula, mungkin lebih hebat daripada ujian sebelumnya. Begitulah kitaran hidup insan dialam ini.
Sekiranya kita gagal, maka kita akan kembali mengulangi ujian tersebut hinggalah kita berjaya. Inilah yang dinamakan sekolah kehidupan.
Kadang-kadang kita boleh merasa bahawa aku sudah merasai ujian sebegini, tetapi bagaimanakah cara aku menyelesaikannya?
Akan tetapi kadang-kadang kita terlupa ujian ini, kerana semenjak kecil kita hanya diperkenalkan dengan ujian disekolah, seolah-olah kehidupan diluar sekolah bukanlah ujian.
Kita jarang diajar bagaimana untuk menangani ujian sekolah kehidupan, tiada skill dan cara menyelesaikan masalah yang diperkenalkan. Semuanya kita dapat daripada teknik 'try and error', kerana ujian bagi setiap insan adalah berbeza-beza. Itulah tanda kehebatan Pencipta kita, subhanallah.
Oleh kerana tiada teknik yang jelas, maka kita perlulah menggunakan manual yang diberikan (Al-Quran dan Sunnah) sebagai panduan kepada kita dalam hidup ini.
Jadi bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam, kita tidak perlu lagi tercari-cari teknik penyelesaian masalah sebagaimana orang-orang bukan Islam.
Walau apapun bentuk ujian yang kita hadapi, kembalilah kepada Allah, sujudlah kepadanya tanda kesyukuran kita, juga tanda betapa kita hanyalah insan yang hina, tiada tempat mengadu selain kepada-Nya.
Jadikanlah teknik ini sebagai cara utama kita lakukan setiap kali kita diuji...kembalilah kepada-Nya, kerana tiiada daya dn upaya kita selain berserah dengan penyerahan sepenuhnya kepada Pencipta kita.
لا حول ولا قوة إلا بالله

Ulasan
saya mohon untuk share post ustazah nie yer... :)