Rumah oh rumah...

Bila bercerita tentang rumah memang seronok. Sememangnya orang-orang Malaysia patut bersyukur kerana peluang untuk memiliki rumah memang terbuka luas dengan harga yang amat murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Inilah antara topik yang selalu dibincangkan sesama surirumah, cerita betapa sukarnya orang negara lain untuk memiliki sebuah rumah untuk berteduh. Ramai yang memilih untuk merantau semata-mata ingin memiliki sebuah rumah untuk keluarga. Sampai bila ingin menyewa, sedangkan keadaan kewangan tidak mengizinkan mereka memiliki rumah.

Kemudian apa akan jadi kepada generasi seterusnya? Ramai yang terpaksa membina rumah diatas rumah sedia ada, dengan kata lain menyambung tingkat atas rumah ibubapa mereka. Akan tetapi berapa ramai yang berpeluang untuk berbuat begitu? Rumah adalah keperluan asas setiap keluarga, disitulah kenangan anak-anak.

Namun anak-anak kami tidak berpeluang mengecapi keadaan begitu kerana kami adalah perantau, berpindah dari satu rumah ke rumah lain, hinggalah berpeluang memiliki flat sendiri, yang terpaksa ditinggalkan juga. Kesian anak-anak yang amat berharap untuk berada dirumah sendiri.

Alhamdulillah disini rumah kami disediakan oleh majikan suami, walaupun serba sederhana tetapi kami tidak perlu membayar kos sewa rumah. Keperluan rumah disini begitu tinggi, akan tetapi harga sewa rumah terlalu tinggi berbanding ketika kami baru sampai 4 tahun dulu. Bayangkan harga sewa flat dua bilik sekarang mencecah r.o 400 , lebih kurang 4000 ringgit Malaysia sedangkan suatu ketika dulu cuma r.o 150. Manakala sewa bilik adalah sekitar r.o130 yang terpaksa dikongsi dengan tuan rumah.

Ramai orang Oman sendiri yang terpaksa menyewa bilik kerana tidak mampu menyewa flat yang bersesuaian. Ada yang terpaksa meninggalkan anak-isteri dikampung kerana sewa rumah yang tinggi dibandar-bandar. Bayangkan apa yang akan jadi beberapa tahun akan datang sekiranya masalah ini tidak diatasi? Suami isteri tinggal berasingan, anak-anak pula terpisah daripada bapa.

Ramai pasangan mengeluh kerana tidak mampu membina rumah walaupun suami isteri bekerja sedangkan itulah impian setiap pasangan. Memang kerajaan disini memberi lot tanah percuma kepada rakyat negeri ini, tetapi kos untuk membina rumah amat mahal.

Manakala kawan-kawan Arab lain juga mengeluh perkara yang sama, betapa susahnya untuk memiliki sebidang tanah untuk membina rumah. Itu belum difikirkan tentang perbelanjaan untuk membina rumah.

Oleh sebab itu bila saya ceritakan bahawa di Malaysia harga rumah agak rendah, jika dibandingkan dengan negara mereka, mereka amat terkejut. Bertuahnya kita kerana peluang untuk memiliki rumah terbuka luas, walaupun ia hanya sebuah flat kos rendah, ia lebih bererti daripada menyewa. itulah rumah kita...

Bila balik kampung, saya seronok melihat kawan-kawan memiliki rumah yang agak selesa. Adik-beradik juga memiliki rumah yang selesa hinggakan anak-anak saya bertanya "bilakah kita akan ada rumah seperti mereka?". Jadi saya tumpang gembira diatas kegembiraan orang lain.

Namun begitu saya bersyukur kerana berkesempatan berkongsi cerita dengan akhawat lain, kalau tidak saya tidak akan terfikir bahawa kita sebenarnya bertuah. Bersyukurlah dan terus bersyukur....


Ulasan

Naa..a berkata…
za, bak kata pepatah melayu.hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri. tapi pengalaman yang za tempuhi itu juga amat bernilai.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas