12.12.12 - 15 tahun berlalu.

Alhamdulillah...

Tarikh 12.12.12 dibicarakan sebagai satu tarikh cantik, moga kecantikannya zahir dan batin.
 
Tarikh ini amat bererti buat saya, kerana ia adalah tarikh saya menukar status 'Cik' kepada 'Puan' lima belas tahun lalu.
Satu tarikh yang dicadangkan oleh seorang sahabat, dan diterima tanpa memikirkan bahawa ia tarikh cantik, hari ini ia menjadi satu tarikh yang diperkatakan dimana-mana.
 
Bagi saya, apapun tarikh tersebut, kita tetap mesti meneruskan kehidupan kita, hinggalah suatu ketika kita dipanggil balik oleh-Nya.
 
15 tahun juga segala suka-duka diharungi bersama...moga Allah merahmati hubungan kami, serta ia menjadi jalan untuk kami mendekatkan diri pada-Nya
 
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat