2012 - Pelbagai Kenangan

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah kerana diberi nikmat merasai hidup setahun lagi, yang akan berakhir beberapa jam saja lagi.

Bila di kenang kembali, banyaknya nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya sepanjang tahun ini...manis, masam, pahit semua ada...Alhamdulillah 'ala kulli hal.
 
Kadang-kadang kita merancang tapi sebenarnya rancangan Allah begitu unik dan sesuai untuk kita. Tugas kita ialah untuk memilih yang mana kita ingin laksanakannya...apabila sudah terlaksana, tinggallah kenangan yang boleh jadi pengajaran untuk perjalanan hidup selepasnya.

Bila berfikir sekali lagi, kita merancang, orang lain juga merancang, Allah juga merancang...tapi kita perlu sedar bahawa Allah adalah Perancang yang paling Hebat, kerana DIAlah yang akan menentukan kejayaan sesuatu rancangan kita.
 
Bila digabungkan rancangan kita, dengan rancangan orang lain, ia akan melengkapkan perjalanan hidup kita, menjadikan perjalanan hidup kita lebih bermakna dan meriah.
 
Alhamdulillah 2012 bermula dengan perubahan baru dalam kehidupan saya dirantauan, kelas-kelas ilmu dan aktiviti lain anjuran kedutaan dan persendirian berjalan dengan lancar. Kemudian ditengah-tengahnya disulam dengan keindahan balik bersama ibubapa tercinta selama tiga bulan, mencari kekuatan dan ketenangan di tanah asal saya.
 
Alhamdulillah bila balik ke sini semula, saya mampu terlibat dalam pelbagai aktiviti yang lebih tersusun, menjadikan ia kenangan yang tersendiri dalam perjalanan hidup saya disini.
 
Moga Allah memudahkan niat suci ini untuk berbakti kepada masyarakat disekeliling saya.
 
Pengajaran penting ialah: 
1. jaga hubungan sesama manusia, masing-masing saling lengkap-melengkapi, untuk perjalanan hidup kita dialam ini.
2. kita tidak mampu mengubah orang lain, apa yang mampu kita lakukan ialah ubah diri kita ke arah yang lebih baik.
3. bila kita buka hati kita untuk menerima kekurangan dan kelebihan insan lain, kita akan rasa teramat bahagia hidup didunia ini.
4. Sentiasalah berdoa agar Allah membuka hati sahabat-sahabat kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.
5. Setiap insan ada kelebihan tersendiri, terokailah kelebihan tersebut serta manfaatkannya untuk diri sendiri dan orang lain.
6. Jangan terlalu mudah memandang negatif kepada orang lain, kerana kita tidak tahu bagaimana kesudahan hidup kita sendiri.
7. Jangan terlalu angkuh dan megah dengan pencapaian diri, kembalikannya kepada Yang Maha Pencipta..
 
Moga tahun baru bakal mendatangkan pelbagai rahmat, serta lebih baik daripada sekarang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Tujuan Belajar Khat