Kejadian Manusia dalam Al-Quran
Manusia adalah kejadian terakhir dialam ini selepas Allah menjadikan bumi, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Asal kejadian manusia terbahagi dua, manusia asal, ADAM a.s, dan manusia cabang (furu’) zuriat keturunan Adam sampai hari kiamat.
Kejadian Nabi Adam sebagaimana yang digambarkan dalam Quran, berasal daripada 7 terjadi dari tujuh unsur:
1. turaab @ unsure-unsur zat-zat organis.
2. thiin dalam surah al-sajdah:7 (tanah yg bercampur zat air @ hydrogenium),
3. hama’im dalam surah al-hijr:28 (tanah bercampur udara atau netrogenium),
4. shalshal dalam surah al-rahman: 14, (bangunan tanah yg seperuh kering yakni zat pembakar atau oxigen),
5. lazib dalam surah al-safaat:11, (tanah yg sempurna adunannya dan sudah dibentuk @ zat besi, ferum),
6. Fakhhkaar (tanah yg sempurna bentuknya dan mempunyai kekuatan panas) dan digambarkan sebagai zat arang atau carbonium.
7. Ditiupkan ROH dalam surah al-hijr; 29.[1][6]
Jadi itulah proses kejadian Adam, tubuh jasmani (visible) dan badan halusnya (invisible) sehingga wujud manusia.
* Setiap Roh manusia melalui kehidupan dalam 4 alam, iaitu 1. alam arwah @ dzar, 2. alam arham@ rahim, 3. alam dunia dan 4. alam barzakh, sebelum dibangkitkan semula di alam akhirat.
Manusia juga telah berjanji kepada Allah untuk mentaatiNya dan mentauhidkanNya sebagaimana firman Allah;
{وإذ أخذ ربُّك من بني ءادمَ من ظهوِرهِم وذُرِّيَتِهِم وأشهدهم على أنفسهم ألست بِرِّبكُم قالوا بلى شهدنا أن تَقُولُوا يوم القيامة إنا كنا عن هذا غافلين{172} أو تقولوا إنما أشرك ءابآؤنا من قبل وكنا ذرية من بعدهم أفتهلكنا بما فعل المبطلون{173} وكذلك نفصل الآيات ولعلهم يرجعون }
“Dan ingatlah wahai Muhammad ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun dari tulang belekang mereka sambil berfirman: Bukankah aku tuhan mu? Mereka menjawab: Benar kami menjadi saksi….tapi kami lalai.”
Itulah hakikat kejadian kita! Kita telah berjanji untuk mentauhidkan Allah tapi kita lalai. Banyak perkara yg perlu kita kaji semula untuk menguatkan tauhid kita kepada Allah swt.
Selepas perjanjian tersebut, ruh-ruh itu dikembalikan ke tulang belakang Adam untuk saat dan tempat yang tertentu, akan dilahirkan dan dikeluarkan ke dalam dunia
Janji tersebut adalah senang: Allah bertanya: Bukankah aku tuhanmu?
Kita menjawab: Benar, kami naik saksi. Tetapi amat sulit untuk melaksanakannya.
Manakala manusia furu’ pula telah dijelaskan terjadi daripada 7 peringkat kejadian sebagaimana berikut:
1. sekelumit dari tanah semacam Lumpur.
2. Nutfah, setitis air mani
3. Alaqah merupakan darah yang beku,
4. mudghah segumpalan daging
5. Izham telah mempunyai tulang belulang,
6. Lahm telah diselaputi daging-daging,
7. khalqan akhar berbentuk dan berupa.
Ini adalah pendapat Ali bin Abi Talib dan disokong oleh Umar bin Al-Khattab dengan kata beliau; Anda yang benar.[2][7]
Jadi kita wajib bersyukur dilahirkan di dunia ini, alam ke 3, dan hendaklah sentiasa ingat janji-janji kita kepada Allah suatu masa dahulu.
Anak-anak yang dilahirkan digambarkan sebagai tidak mengetahui apa-apa, seumpama komputer kosong yang belum diprogramkan lagi, sebab itu kita diajar oleh Nabi Muhammad untuk terus memprogramkan anak-anak yang lahir dengan azan dan iqamah, supaya program itulah yang berlangsung sepanjang hayat mereka.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam Surah al-Nahl: 78
{والله أخرجكم من بطون أمهاتكم لا تعلمون شيئا وجعل لكم السمع
والأبصار والأفئدة لعلكم تشكرون}[3][8]
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
Jadi dengan tiga pancaindera utama itulah kehidupan kita berjalan sebagaimana ditetapkan oleh Allah swt. 1. pendengaran, 2. penglihatan 3. kekuatan akal dan berfikir, Maka sejalan dengan pertumbuhan dan perkembangan kekuatan-kekuatan itu secara beransur-ansur Allah berikan kepadanya ilmu pengetahuan lain melalui pancaincera tersebut.
Ayat ini menunjukkan tentang kepentingan deria pendengaran, penglihatan dan hati dalam membantu pembelajaran, juga dapat kita fahami bahawa hatilah merupakan organ yg membantu kita berfikir, ia dapat menjelaskan kepada kita tentang kesilapan yg telah dilakukan oleh orang-orang Barat tentang otak dan berfikir.
[1][6] Muhammad Baihaqi, Perjalanan Roh Manusia melalui 4 alam, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 1999, p.7-8.
[2][7] Muhammad Baihaqi, Perjalanan Roh Manusia melalui 4 alam, p.53.
[3][8] Surah al-Nahl: 78

Ulasan
Subhanallah. Manusia ialah sebaik-baik kejadian sehingga apabila hendak digambarkan kesempurnaan itu, gambarannya sungguh sempurna. Kesempurnaan itu tidak dapat diperolehi melainkan dengan kuasa yang amat agung.