Genap 13 Tahun

Alhamdulillah...thumma alhamdulillah

Syukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada kami untuk berada di bumi Muscat. Bumi yang penuh ketenangan dan keberkatan.

Sesungguhnya saya tidak pernah terfikir akan sampai ke sini, dan merantau sebegini lama. Sesungguhnya ketentuan Allah swt itulah yang terbaik.

Bila diimbas balik sudah beberapa kali kami merancang ingin berubah angin, tetapi akhirnya kami tetap disini. Ada hikmah dan ketentuan yang tidak kami ketahui tersimpan disini. Semoga segalanya yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Bila dikenang kembali, alhamdulillah dibumi ini kami sempat berkenalan dan bertemu pelbagai ragam manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang sekadar menyapa dipertemuan dan ada yang akrab dengan kami. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Sesungguhnya kami redha dengan ketentuan ini, dan mengharapkan yang terbaik di sini dan di sana. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman