Ketentuan Allah

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada diri ini untuk bersama-sama sahabat lama di bumi Oman, walaupun hanya sekejap.

Apabila Allah menetapkan kita tidak dapat mengubahnya. Begitulah yang terjadi dua hari lepas.

Apabila saya selesai menunaikan solat fajar pada pagi Jumaat 2/11/2018, saya melihat ada miss call di telefon dan whatsapp call daripada sahabat lama.

Saya terus membalas whatsapp mesej tersebut dan terus mendapat balasan. Ketika itu beliau akan melangkah masuk ke dalam kapalterbang.

Alhamdulillah kami sempat berbalas mesej seketika. Saya diberitahu ada kesilapan teknikal dalam jadual penerbangan beliau, yang mana beliau akan transit selama 26 jam di Muscat Airport. Saya diminta agar mencari homestay ataupun penginapan yang sesuai untuk beliau dan ahli rombongannya. Kami tidak dapat bercerita panjang kerana beliau perlu masuk ke dalam pesawat.

Saya cuba mendapatkan sedikit maklumat daripada rakan di Muscat tentang prosedur dan tempat yang sesuai untuk sahabat saya. Alhamdulillah saya mendapat respon yang positif, semoga Allah mempermudahkan urusan kami.

Selepas solat Jumaat saya dan suami bertolak ke Lapangan Terbang Muscat untuk menyambut ketibaan sahabat tercinta. Alhamdulillah saya tidak perlu menunggu lama, dan masalah sahabat ini diselesaikan oleh Oman Air dengan menyediakan penginapan mereka di hotel berdekatan.

Itulah yang dikatakan perancangan Allah swt itu yang terbaik untuk kita. Kami berpeluang membawa sahabat kami melawat beberapa tempat menarik di Muscat pada petang itu dan pagi esoknya.

Alhamdulillah itulah kurniaan Allah yang terbaik untuk kami yang sudah lama tidak bercerita dan berkongsi berita. Semoga ada kebaikan yang akan beliau sebarkan untuk ummah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas

Mampukah Kita Menjadi seperti Ummul Mukminin Khadijah?