Pengisian Ilmu 2018 -3
Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berkongsi perjalanan mencari ilmu sepanjang tahun ini. Perkongsian seterusnya ialah pengisian secara offline yang saya hadiri di Kuala Lumpur setelah menjejaki kaki ke tanahair. Percutian kami pada tahun ini banyak dihabiskan di Kuala Lumpur. Kami berpeluang menghabiskan masa dirumah sendiri yang ditinggalkan agak lama. Sebelum bertolak balik ke Malaysia, saya mencari peluang untuk menghantar anak-anak remaja saya mencari ilmu. Alhamdulillah saya berjaya berhubung dengan MFR untuk mengajar anak-anak saya melukis komik. Ini kerana anak sulung dan ketiga saya amat berminat melukis komik. Jadi saya mengambil peluang mendedahkan mereka kemahiran ini ketika singgah di Kuala Lumpur. Saya juga mendaftarkan mereka untuk mengikuti dua program dibawah Coach Zuhairi Nopiah. Insya Allah saya akan berkongsi secara ditil dalam tajuk seterusnya. Kelas Melukis komik diadakan pada 6/7/2018 di UIAM. Saya memilih UIAM kerana kelas diadakan pada har...