Pengisian Ilmu 2018 -1

Alhamdulillah mulai hari ini saya akan berkongsi tentang perjalanan 2018 yang saya rasa amat berbeza daripada sebelum ini.

Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sepanjang tahun ini, ada yang dirancang lama dan ada yang berlaku tanpa dirancang. Namun semuanya berkisar tentang belajar.

Belajar dan mengutip ilmu daripada coach-coach yang berlegar di alam maya. Bila membaca review daripada pengikut mereka, maka saya juga terikut sekali. Alhamdulillah seronok juga bila mengisi masa dengan menghadiri kelas-kelas online.

Saya memilih untuk mengikuti mereka kerana ingin memahami situasi yang berlaku dikalangan orang melayu di Malaysia ketika ini. Alhamdulillah kesannya amat positif dan saya rasa lebih yakin untuk menyelesaikan masalah diri sendiri.

Saya masih teringat ketika membaca posting-posting di fb, terlintas iklan tentang group "Kembali Bercinta" dibawah bimbingan Coach Diyana Tahir. Bermula sekadar klik link, akhirnya saya mendaftar untuk menyertai grup itu.

Alhamdulillah saya beroleh banyak manfaat selama mengikuti perkongsian percuma didalam grup tersebut. Kebetulan saya berada jauh dari tanahair, jadi waktu kelas live amat sesuai dengan waktu saya disini.

Ya, saya mestilah mula memperbaiki diri, memenuhkan diri dengan stok cinta sebelum memberi kepada insan disekeliling saya. Jika saya muflis kasih sayang mana mungkin saya gembira dengan diri saya, dan memberi kepada suami dan anak-anak. Saya mula memahami konsep menyintai tanpa syarat.

Saya mesti belajar menerima diri serta menyayangi diri sendiri, tanpa memgharapkannya daripada orang disekeliling saya. Saya juga mesti memaafkan diri atas kekurangan dan kesilapan selama ini.

Ia satu teknik yang mudah tetapi memerlukan fokus dan kesungguhan untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, saya berpeluang membaca perkongsian wanita-wanita yang turut menyertai grup tersebut. Alhamdulillah semua yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.

Bermula dari situ saya gigih mengikuti perkongsian Puan Diyana Tahir, tanpa mengetahui bahawa beliau adalah adik kepada sahabat saya semasa di UIAM.

Bagi saya konsep yang beliau bawa amat sesuai untuk dikongsi dengan wanita-wanita yang bermasalah dalam perkahwinan, dan tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui.

Apa yang penting, konsep yang beliau bawa bukanlah konsep menjual agama, tetapi lebih fokus kepada ilmu kaunseling dan membaiki diri.

Bermula daripada mengikuti kelas "kembali bercinta", saya membeli buku Ajari Hatiku dan CD. Ya saya semakin fokus untuk memperbaiki diri agar 2018 lebih baik daripada sebelumnya.

Membeli buku secara online amat mudah tetapi saya terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk menerima dan membaca buku tersebut. Alhamdulillah buku tersebut selamat sampai ke tangan saya pada bulan April.

Sebenarnya melalui kelas itu juga saya memahami bahawa konsep pengiklanan online amat berjaya memberi kesan kepada saya. Mungkin juga kepada wanita lain yang turut mencari teknik memperbaiki diri agar lebih bahagia.

Apa-apapun saya masih lagi mengikuti perkongsian online dari masa ke semasa. Ia banyak mengubah diri saya ke arah yang lebih positif.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas