Pengisian Ilmu 2018 -3

Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berkongsi perjalanan mencari ilmu sepanjang tahun ini.

Perkongsian seterusnya ialah pengisian secara offline yang saya hadiri di Kuala Lumpur setelah menjejaki kaki ke tanahair.

Percutian kami pada tahun ini banyak dihabiskan di Kuala Lumpur. Kami berpeluang menghabiskan masa dirumah sendiri yang ditinggalkan agak lama.

Sebelum bertolak balik ke Malaysia, saya mencari peluang untuk menghantar anak-anak remaja saya mencari ilmu. Alhamdulillah saya berjaya berhubung dengan MFR untuk mengajar anak-anak saya melukis komik.

Ini kerana anak sulung dan ketiga saya amat berminat melukis komik. Jadi saya mengambil peluang mendedahkan mereka kemahiran ini ketika singgah di Kuala Lumpur.

Saya juga mendaftarkan mereka untuk mengikuti dua program dibawah Coach Zuhairi Nopiah. Insya Allah saya akan berkongsi secara ditil dalam tajuk seterusnya.

Kelas Melukis komik diadakan pada 6/7/2018 di UIAM. Saya memilih UIAM kerana kelas diadakan pada hari Jumaat. Ia akan memudahkan anak-anak lelaki saya menunaikan Solat Jumaat di Masjid UIAM. Dalam masa yang sama saya mengambil peluang untuk bertemu rakan-rakan disana.

Alhamdulillah jadual anak-anak bertepatan dengan Seminar di Kuliyyah IRKHS. Jadi saya sempat mengikuti perkongsian Prof Syed Arabi Aidid, Prof Majdi Ibrahim dan Prof Solehah Yaacob.

Diantara perkongsian Prof Aidid ialah kepentingan kita meletakkan target penulisan kita setiap tahun, berapa banyak penulisan yang akan kita buat. Berapa artikel dan buku yang akan ditulis disamping tugasan mengajar.

Disamping itu beliau juga menekankan tentang kepentingan mengikuti apakah kajian terbaru dalam bidang masing-masing. Dari situ kita dapat memilih kajian yang berkaitan dengan minat kita, seterusnya menjadi pakar dalam kajian tersebut.

Manakala Prof Solehah berkongsi perkembangan kajian beliau setelah menamatkan PhD 12 tahun lalu. Saya seronok mendengar cerita kejayaan beliau serta mendoakan agar beliau terus berjaya. Inilah pertemuan bermakna dengan sahabat lama dan seperjuangan dari Matrik UIAM. Setelah 12 tahun menamatkan phd beliau bergelar professor.

Sebenarnya ada pelbagai rasa hadir ketika mendengar perkongsian mereka. Dimana aku ketika ini? Apakah aku akan terus hanyut atau akan bangkit semula?
Alhamdulillah perkongsian mereka menyuntik semangat juang dalam diri ini, agar mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna kepada ummah.

Insya Allah saya akan teruskan perjuangan ini, semoga Allah memudahkan untuk saya fokus kepada misi tahun 2019. Aamiin.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas