Pengisian Ilmu 2018 -2

Alhamdulillah saya ingin menyambung lagi perkongsian tentang kelas-kelas yang saya ikuti sepanjang tahun ini sama ada secara online atau offline.

Setelah mengikuti kelas "kembali bercinta", ada tawaran untuk mengikuti kelas berbayar online iaitu kelas "ehati love renewal".

Pada mulanya saya memohon untuk mengikuti kelas tersebut tetapi saya tidak menulis secara ditil masalah saya. Ini menyebabkan permohonan saya tidak dilayan. Ini kerana mereka menfokuskan kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah serius dalam hubungan rumahtangga.

Setelah kelas bermula dua minggu baru lah saya menghubungi semula admin, memohon untuk mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya untuk mengikuti kelas itu. Bayarannya agak mahal tetapi berbaloi untuk saya.

Pada mulanya saya kurang bersemangat untuk menyiapkan tugasan kerana banyak ketinggalan kelas, akan tetapi saya pastikan diri tidak terlepas kelas online bersama-sama sahabat dalam grup.

Dalam masa yang sama, saya tidak mampu untuk melakukan tugasan yang melibatkan suami. Saya hanya fokus untuk perbaiki diri sendiri. Alhamdulillah ia banyak membantu saya lebih positif.

Kelas online ELR  bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan May. Alhamdulillah dengan mengikuti kelas ini masa saya terisi dengan satu aktiviti tetap dua kali seminggu. Setelah tamat kelas ELR, umat Islam mula menyambut Ramadan.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana memilih untuk mengikuti kelas elr, kerana saya belajar banyak perkara baru. Saya mula sedar bahawa ujian hidup saya amat sedikit jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang sama-sama mengikuti kelas tersebut. Sesungguhnya Allah menguji hamba-hamba- Nya yang mampu sahaja.

Bila diimbas kembali kenangan semasa mengikuti kelas elr saya, selepas modul ketujuh saya menjadi àmat bersemangat untuk menyiapkan tugasan dengan segera dan cuba menjadi diantara 100 peserta terawal menyiapkan tugasan. Akhirnya saya mampu melakukannya.

Setelah berjaya menamatkan kelas online kedua, saya mula memikirkan untuk mendaftarkan anak-anak saya mengikuti program motivasi atau apa-apa saja program pada cuti musim panas 2018.

Setelah meneliti dan mencari di alammaya, alhamdulillah saya bertemu program yang agak sesuai untuk keempat-empat orang anak saya. Akhirnya saya juga turut serta bersama-sama mereka. Ikuti sambungan cerita pengisian ilmu 2018....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman