Kalimah Allah
Orang kata;
"banyak berjalan luas pengalaman".
"banyak berjalan luas pengalaman".
Alhamdulillah itulah peluang yang diberikan Allah swt kepada kami sekeluarga di sini, setiap minggu ada saja program berjalan untuk mengenali lebih dekat kawasan tempat tinggal kami.
Tambahan pula anak-anak yang amat berminat untuk menambah maklumat mereka, jadi ada saja permintaan mereka untuk menziarahi tempat-tempat yang mereka pelajari semasa di sekolah.
Sememangnya kami cuma menziarahi kawasan dekat-dekat sahaja kerana masih banyak rahsia yang tersimpan disini.
Alhamdulillah minggu lepas kami sempat berkunjung ke Muthaf Tarikh Tabi'i (Muzium Sejarah) disini, dimana kami dapat melihat beberapa benda tinggalan sejarah termasuklah tulang ikan paus yang besar, serta bermacam-macam fosil yang berusia berjuta-juta tahun.
Macam tak percaya bila melihat fosil-fosil tersebut, betulkah ia berusia berjuta-juta tahun? Itulah hasil kajian manusia.
Sebenarnya banyak ilmu yang mampu kita perolehi bila melawat tempat-tempat sebegini, dan itulah yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak kami. Masa mereka mengumpulkan maklumat kemudian menceritakan kepada kawan-kawan dan guru semasa di kelas.
Di antara benda yang menarik perhatian saya di situ ialah 'tulisan kalimah Allah' pada batu-batu karang yang dipercayai berusia berjuta-juta tahun. Ia ditemui di kawasan tengah Oman, yang dipercayai kawasan laut suatu ketika dulu. Macam percaya dan tidak bila melihatnya...subhanallah amat cantik sekali.
Ada beberapa tulisan yang agak sama terdapat pada beberapa batu karang tersebut yang digubah semula untuk pameran di situ. Anak-anak pula bertanya "Umi...ini khat Thuluth ya".
Sebenarnya masih terdapat begitu banyak rahsia kejadian Allah yang amat menarik untuk kita fikirkan, moga ia mampu mendekatkan kita dengan Pencipta kita.
Ulasan