Kisah Perantau...
Dah beberapa bulan suasana bersebelahan rumah ini sentiasa sibuk, memang bising pada awal pagi dan lepas asar, maklumlah bangunan ini terletak bersebelahan dengan Kementerian Tenaga Kerja.
Buat masa sekarang mereka bekerja siang malam untuk menyelesaikan masalah perantau disini, yang kebanyakannya datang daripada India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan lain-lain.
Maka macam-macam cerita tersebar, ada yang tiada paspot, tiada permit kerja, paspot dilarikan oleh penaja ke negara lain. Ada yang dah berbelas-belas tahun bekerja disini, ada yang baru datang, kini semua memilih untuk memastikan status mereka adalah sah mengikut undang-undang di sini.
Memang kadang-kadang kesian melihat betapa ramai insan yang hidup melarat di negara orang, bekerja dengan gaji yang amat kecil, namun itulah kehidupan. Dalam masa yang sama kagum melihat kegigihan mereka yang tidak pernah berputus asa bekerja, walaupun hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan.
Mungkin mereka ke sini kerana diberitahu bahawa disinilah lubuk wang, mereka mampu memperolehi pendapatan yang tinggi untuk menanggung keluarga mereka. Walaupun realitinya ramai yang bekerja seperti hamba kepada insan yang tidak berhati perut.
Bayangkan betapa gembiranya mereka apabila diberikan bantuan, walaupun ia kecil pada pandangan kita, tapi jumlah tersebut begitu besar pada mereka.
Ada yang memohon bantuan untuk membiayai perbelanjaan mereka pulang ke tanahair mereka, ada pula yang sengaja mencari peluang untuk meminta sedekah, menggunakan alasan yang sama dengan mereka yang betul-betul tersepit.
Beginilah situasi disini, amat susah untuk kita membezakan mana yang betul-betul berhak untuk dibantu dan mana satu yang menangguk di air keruh.
Mungkin kami juga perantau, berbeza daripada penduduk asal negara ini yang boleh mengenali, dan tidak mudah tertipu dengan lakonan perantau ini....
Mungkin kami juga perantau, berbeza daripada penduduk asal negara ini yang boleh mengenali, dan tidak mudah tertipu dengan lakonan perantau ini....
Ulasan