Menulis Kembali
Bismillah.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan pelbagai kurniaan yang begitu indah buat kami sekeluarga sepanjang percutian di Malaysia. Sesungguhnya kami hanya merancang tetapi rancangan Allah begitu indah dan tidak tergambarkan. Bila ada yang bertanya, apa perasaan anda ketika berada di tanahair? Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Allah yang tiada bandingannya, alhamdulillah... Soalan saya kembali ialah: Apakah yang anda inginkan setelah bertahun-tahun merantau, terpisah daripada kedua ibubapa tercinta dan sanak-saudara? Tentu sekali ingin kembali berada disisi mereka ketika mereka masih hidup. Ikhlas saya katakan betapa saya begitu jauh terpisah daripada ahli keluarga sendiri, meskipun kami masih berhubung tetapi saya jauh daripada mereka disaat mereka amat memerlukan diri ini. Saya teramat jarang berada bersama-sama adik-adik ketika mereka membesar, kerana saya begitu sibuk dengan urusan diluar ketika masih belajar, manakala set...