Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

2017 Penuh Kenangan

Imej
Alhamdulillah kita melangkah ke tahun baru 2018, meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis sepanjang tahun 2017. Semoga tahun baru bakal menjadi tahun yang lebih baik daripada yang lepas. Bila diimbas semula tahun yang berlalu, banyaknya nikmat yang telah dilalui, walaupun hati selalu terasa gelisah ketika menghadapi ujian. Sesungguhnya Allah swt amat mengasihi hamba-Nya, Rahmat-Nya mengatasi segalanya. Bila masa berlalu barulah kita menghargai segala nikmat tersebut. Ya...begitu banyak nikmat yang seharusnya kita syukuri setiap saat. Alhamdulillah. Begitu banyak kenangan manis sepanjang tahun. 2017 mengajar diri ini agar lebih konsisten menjaga kesihatan diri, menjaga hubungan dengan insan sekeliling juga menjaga hubungan baik dengan alam sekitar. Sebahagian pertama 2017 dipenuhi aktiviti riadah. Terimakasih kepada rakan yang begitu mengambilberat tentang diri ini. Kemudian berpeluang menghabiskan cuti ditanahair bersama ibu ayah, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang dekat dih