Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Genap 10 Tahun di Oman

Alhamdulillah hari ini 11.11.2015 genaplah 10 tahun kami berada di bumi Oman. Pada tarikh ini 10 tahun lalu, kami tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Seeb selepas seminggu menyambut hariraya Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan untuk mengutip pengalaman di bumi yang amat indah ini. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi peluang mengenali dan bersahabat dengan pelbagai golongan manusia di sini. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt yang mengurniakan rezeki kepada kami sekeluarga disini, satu tempat yang tidak pernah terlintas dalam fikiran ini. Inilah ketetapan Allah untuk kami. Apa yang masih saya ingat, beberapa bulan sebelum berpindah ke Oman, saya sempat melawat pameran International Week di UIA, tempat saya bekerja. Di situ saya melihat gambar pemandangan yang sangat cantik serta terdetik dihati, subhanallah cantiknya tempat ini. Akan tetapi tidak terlintas yang saya akan sampai ke situ. Rupa-rupanya itulah gambaran p