Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Santunilah Ibubapamu

Bila banyak berjalan kita akan sempat melihat pelbagai ragam manusia. Ramai yang menganggap setiap apa yang berlaku berkait dengan adat dan budaya setempat, biarpun kadang-kadang ia bertentangan dengan akhlak seorang muslim.Namun begitu sebelum kita menghukum sesuatu selidikilah dahulu. Apa yang pasti, bila wujud perasaan kasih terhadap seseorang kita akan sanggup meluangkan masa kita untuk menyediakan sesuatu yang istimewa buat insan tersebut. Bila layanan dibuat sambil lewa, itu bermakna kasih itu hanyalah dibibir mulut saja.Berbalik kepada tajuk 'santunilah ibubapamu', ia adalah hasil pengamatan terhadap amalan yang berlaku didalam beberapa masyarakat yang pernah saya saksikan sendiri.Meskipun berlainan adat dan budaya, ajaran agama kita adalah satu serta tidak berubah. Ajaran Islam menitikberatkan tentang berbuat baik kepada ibubapa, terutama bila mereka sudah berusia lanjut. Dalil-dalil daripada al quran dan al sunnah amat jelas tentang berbuat baik kepada ibubapa.Namun k…

Musim Panas 2013

Cuti musim panas kali ini sudah hampir ke penghujung, apa yang nyata kami sudah bersedia untuk meninggalkan tempat ini.Mungkin cuti ini adalah cuti yang paling tidak bermakna buat kami, apa-apapun kami redha menerimanya. Kadang-kadang kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kami.Jika kita menerima ketetapan itu dengan redha, kita akan berasa tenang. Ia lebih baik daripada mengharapkan sesuatu di luar kuasa kita. Sesungguhnya cuti kali ini mengajar diri ini banyak perkara tentang hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Sebelum meletakkan kesilapan kepada orang lain, lebih baik memperbaiki diri sendiri. Ini kerana kita tidak mampu mengawal sesuatu diluar diri kita. Apatah lagi bila kita berada di suatu tempat yang begitu jauh berbeza daripada adat dan budaya kita sendiri. Apa yang boleh dikata...redhalah menerimanya.Bila cuti berakhir, maka anak-anak akan memulakan kembali perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Bagi anak lelaki, kembali ke sekolah bermakna me…