Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Pengalaman Baru

Alhamdulillah...esok akan genap seminggu kami berada ditempat baru, bersama-sama keluarga di benua lain. Macam-macam cerita yang ingin dikongsikan...mungkin suatu masa nanti. Pengalaman pertama ialah menempuh kesesakan transit ketika di Doha, ketika itu terasa betapa ramainya orang yang mengambil peluang bercuti. Kemudian pelbagai cerita bersama-sama penumpang Arab ketika menuju ke sini, satu suasana yang belum pernah dirasai selama berulang-alik dari Oman ke Kuala Lumpur. Tambahan pula penerbangan tersebut akan diteruskan ke Casablanca, selepas berhenti sebentar di Lapangan terbang Tunis. Satu kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah kisah seorang ibu muda yang meletakkan bayi kecil beliau dikaki kerana pesawat hari itu penuh. Beliau yang pada mulanya mengamuk kerana tidak dapat tempat duduk yang membolehkan beliau meletakkan bayi ditempat bayi, bertindak meletakkan bayinya dibawah hinggalah terpaksa ditegur oleh pramugari bertugas. Tindakan terakhir ialah pramugari menyediak

Luahan Hati...

Perkenalan dialam maya membuatkan saya tersalah menilai seseorang. Bagi saya 'dia' cukup baik, tulisan dan chat yang begitu unik, cukup membuatkan saya menerima kehadirannya dalam kehidupan saya. Malah hati ini begitu teringin untuk bertemu dengan dia yang saya anggap sebagai 'adik' di alam maya. Sayangnya...hubungan yang sepatutnya menjadi lebih erat, kerana disusuli dengan ikatan yang lebih kuat luntur, bila kali pertama melihat layanan yang diberikan bila bertemu. Itulah kali pertama saya dilayan sedemikian rupa sebaik sahaja kaki ini menjejaki tanahair tercinta...hanya Allah yang mengetahui apakah motif disebalik semua kejadian itu. Ini membuatkan saya terfikir, apakah salah saya? Segala impian manis yang ingin saya rasai pada kepulangan kali ini, bermula dengan kesedihan. Apa yang manisnya ialah saya bakal bertemu dengan tiga orang adik ipar serentak. Tapi ketentuan Yang Maha Esa adalah jauh berbeza... Rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan oleh keluarga da

Buat Baik Dibalas Baik

Sepanjang berada dikampung, saya sempat mendengar beberapa cerita yang disampaikan tentang majlis perkahwinan yang negatif, yang mana akhirnya mengakibatkan rumahtangga yang baru dibina berkecai. Bila melihat trend majlis perkahwinan hari ini, terasa banyak sangat pembaziran yang dilakukan, yang mana kadang-kadang ia mampu mengugat kedamaian sebuah mahligai yang baru dibina.  Pelbagai tema dan persiapan rapi dilakukan agar majlis yang dianjurkan berjaya menepati citarasa pasangan 'raja sehari'. Apa yang dipentingkan ialah penampilan luaran, hingga kadang-kadang mereka terlupa bahawa penampilan dalaman lebih mampu mengikat keutuhan sesebuah keluarga. Mungkin pada awal perkahwinan segalanya masih belum terasa kerana segalanya masih manis. Orang yang selalunya merasai kesusahan mengatur majlis tersebut ialah ibubapa kedua-dua belah pihak, yang mana selalu dipandang sebelah mata oleh pasangan baru tersebut. Diantara kisah yang diceritakan ialah layanan yang diberikan kepada pih

Kahwin tanpa Mertua

Alhamdulillah saya sempat menghabiskan dua minggu cuti di kampung sambil menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Majlis kahwin dan majlis sambut menantu, macam-macam adat dan gelagat pasangan baru dapat dilihat. Macam-macam cerita dan berita yang didengari..tetapi satu situasi yang belum pernah saya alami ialah hidup dengan mertua. Walaupun pernah bertemu selama 20 hari, tetapi belum pernah merasa berkunjung ke rumah Ibu Mertua. Moga rancangan untuk berkunjung ke rumah mertua minggu depan akan berjalan lancar, serta impian saya untuk merasai berada dirumah mertua menjadi kenyataan. Banyak cerita negatif dikaitkan dengan mertua, membuatkan hati saya agak takut dan gerun. Tapi hati tetap berdoa agar ibu mertua saya tidaklah seperti yang digambarkan oleh sesetengah surirumah. Saya pernah rasai perasaan itu tujuh tahun lepas, iaitu kali pertama bertemu dengan ibu mertua...alhamdulillah beliau begitu penyayang, serta jauh bezanya daripada cerita-cerita yang pernah saya dengari. Ini meny

Bercuti di Kampung

Alhamdulillah hari ini genaplah dua minggu saya bercuti dikampung halaman, dua hari lagi akan bertolak balik ke Oman semula, untuk menemui suami dan anak-anak yang ditinggalkan disana. Selepas itu kami akan meneruskan program ziarah ke tempat baru buat saya dan anak-anak. Moga segala rancangan berjalan lancar serta mendapat Rahmat Ilahi. Dua minggu berada bersama-sama keluarga setelah dua tahun meninggalkan tanahair adalah tempoh yang terlalu singkat. Alhamdulillah suami begitu memahami serta menggalakkan saya untuk kembali ke tanahair serta bertemu keluarga disini. Bagi beliau "dua tahun adalah terlalu lama bagi saya untuk berpisah daripada keluarga." Macam-macam program yang sempat dihadiri, termasuklah program reunion bersama-sama rakan lama, yang sudah lebih 20 tahun terpisah. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis sempat dirasai kepulangan kali ini. Ini termasuklah majlis kenduri kahwin adik serta jiran tetangga disini. Alhamdulillah..syukur pada Allah diatas kesempat