Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Persahabatan di Perantauan...

Alhamdulillah seronok bila dapat bercuti bersama anak-anak, lebih-lebih lagi bila berada diperantauan. Siapakah yang akan bersama-sama kita, jika bukan suami dan anak-anak? Jadi inilah peluang untuk kami mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Inilah kelebihan merantau, yang tidak akan kita perolehi jika berada dikampung halaman sendiri. Ini kerana lingkungan sosial kita adalah lebih kecil, jadi tumpuan dapat kita berikan kepada keluarga sendiri. Malah aktiviti sosial juga dapat kita aturkan mengikut kesesuaian keluarga kita. Alhamdulillah. Namun begitu fitrah manusia adalah ingin bersosial, jarang ada orang yang sanggup bersendirian bak 'katak bawah tempurung'. Jadi bila kita berada dirantau, kita mestilah pandai mencari teman yang betul-betul ikhlas bersahabat kerana Allah swt. Alangkah bertuahnya jika kita berpeluang mendapat sahabat yang betul-betul ikhlas, tanpa ada niat lain disebaliknya. Kadang-kadang kita terlalu mudah menghulurkan persahabatan tanpa mengenali da

Bersyukur dan Terus Bersyukur

Satu amalan mulia yang patut kita amalkan selalu ialah bersyukur. Alhamdulillah sebagai Muslim, terutama yang menunaikan solat setiap waktu, kita selalu mengucapkan syukur berulang-ulang kali setiap hari. Sama ada kita sedar atau tidak, bacaan al-fatihah (pembukaan ayat) itulah ucapan kesyukuran kita, semakin banyak diulang makin banyaklah kita mengucapkan syukur. Ia adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah swt. "Sekiranya kamu bersyukur, maka Kami akan menambahkan lagi..." diantara maksud ayat Quran yang menggambarkan kelebihan bersyukur, iaitu jika kita bersyukur, Allah swt akan melipatgandakan nikmat-Nya kepada kita. Subhanallah... Apakah kita hanya bersyukur kepada perkara-perkara yang memberi kesan positif kepada kita sahaja? Ataupun kita hanya teringat untuk mengucapkan syukur bila beroleh kejayaan sahaja? Jika begitu betapa sempitnya pengertian syukur bagi kita. Sebaik-baiknya kita amalkan bersyukur setiap waktu, susah ataupun senang. Ini kerana setiap perkara yan

Musim Panas 2010

Alhamdulillah musim panas tahun ini di Oman tidaklah sepanas tahun lepas, inilah Rahmat Allah kepada kami sekeluarga yang terpaksa menghabiskan cuti sekolah tahun ini disini. Anak-anak masih belum mendapat paspot yang diperbaharui akhir April lepas. Bermula dengan cyclone phet pada awal Jun, perubahan cuaca amat ketara disini. Jika sebelum itu bahang panas sentiasa ada tetapi selepas itu cuaca agak sejuk, malah air yang selalunya panas menggelegak pada waktu tengahari hanyalah sekadar suam alhamdulillah. Teringat pula semasa Oman dilanda cyclone Gonu 2007, kami juga menghabiskan cuti musim panas disini dalam suasana cuaca yang tidak sepanas biasa. Menurut suami yang menghabiskan cuti musim panas disini tahun lepas, cuaca kali ini teramat sejuk jika dibandingkan dengan tahun lepas. Jadi dapatlah kami keluar menghabiskan cuti diluar, bukan sekadar terkurung dirumah. Namun begitu menghabiskan cuti tiga bulan lebih dalam suasana kawan-kawan senegara dan jiran-jiran semuanya pulang ber

Sekadar Berkongsi...ibu sibuk bekerja, anak-anak?

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi tentang kesibukan ibu-ibu bekerja diluar, apa akan jadi pada anak-anak? Ini berdasarkan satu artikel yang saya baca dalam akhbar "Al-Yauum Assabiq" yang menyatakan ketiadaan ibu dirumah memberi kesan negatif kepada anak-anak. Betul atau tidak semuanya bergantung kepada situasi keluarga tersebut. Bagi yang amat mementingkan keluarga, mereka akan mencari waktu-waktu untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak. Mungkin juga pernyataan tersebut berdasarkan pemerhatian penulis kepada keadaan yang berlaku disini. Di antara kesan utama ialah anak-anak tidak mampu bercakap Arab, malah tidak mampu menggunakan bahasa yang betul, kerana sepanjang hari mereka dilayan oleh pengasuh yang berbahasa asing sama ada Filipina, India, Sri Lanka, Indonesia dan lain-lain. Penulis menganggap fenomena pembantu rumah warga asing, adalah penyebab utama kesan negatif kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak didedahkan dengan adat dan budaya pembantu tersebut, iaitu

Menulis atau membaca?

Semenjak beberapa bulan ini saya lebih fokuskan kepada membaca, kurangkan menulis. Alhamdulillah pelbagai buku dan e-book yang mampu dibaca dalam tempoh ini, terutama buku-buku motivasi diri. Orang kata, catatlah sesuatu apabila kita membaca, akan tetapi saya terasa sukar untuk melakukannya kerana saya lebih suka menganalisis fakta yang saya baca, terutama apabila membaca buku-buku tulisan orang bukan Islam. Kadang-kadang terfikir untuk berkongsi disini, tapi selalu tertangguh. Nampaknya ada penyakit yang menular dalam diri saya, iaitu penyakit tangguh kerja. Masalah juga bila tiada sesiapa yang menyuruh saya berbuat sesuatu, gerakerja saya menjadi begitu perlahan. Buat masa sekarang saya tengah mencari ubatnya dengan menyertai program "Optimal Living 101", sekadar mendengar rakaman kelas sebab tak mampu nak menyertai secara online. Ya lah disini semua saluran perhubungan melalui internet disekat, telefon atau video melalui messenger, skype dan lain-lain semuanya disekat.