Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Seronok Belajar

Semasa membaca beberapa artikel secara rawak, tiba-tiba saya terjumpa satu web yang bertajuk "seronok belajar". Tajuk yang digunakan menimbul perasaan seronok belajar, terasa seronok untuk membacanya. Kemudian aqal pun mula memutar kembali kisah-kisah lama sepanjang belajar.

Sememangnya saya sentiasa seronok belajar, rasanya tidak pernah timbul rasa tak ingin ke sekolah atau ke kelas, saya sentiasa seronok ingin ke sekolah. Maklumlah budak tak pernah jumpa tadika, masuk sekolah terus darjah satu, dari situlah belajar segala-galanya. Walaupun demam masih sanggup ke sekolah hinggakan mak ayah risau dengan sikap saya. Alhamdulillah perasaan seronok belajar ini masih berterusan, malah sekarang ingin belajar menulis dalam bahasa Malaysia. Moga Allah memudahkan segalanya.

Sebenarnya perasaan seronok belajar inilah yang mendorong saya menyambung pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. Ini kerana pengalaman bekerja sekejap sebagai guru sekolah tidak mampu menarik minat saya u…

Idea Bersimpang-siur

Setiap orang memiliki cara pemikiran yang berbeza. Sebab itulah kita dapat melihat keunikan alam ini. Sekiranya semua manusia cuma memiliki cara berfikir yang sama tak adalah apa yang dikatakan kehidupan. Tak adalah orang yang berdebat untuk menegakkan pendapat mereka, semua dapat hidup dengan aman, kerana semua berfikir dengan cara sama.

Corak pemikiran yang berbeza-beza inilah yang memberi warna kepada kehidupan ini. Kadang-kadang kita tidak sanggup menghadapinya terutama apabila berdepan dengan orang yang 'cakap tak serupa bikin', 'orang yang dihadapan cakap lain dibelakang lain cerita', serta pelbagai lagi sifat-sifat negatif. Walauapapun corak pemikiran kita, tujuan hidup kita hanya satu "mengharap keredhaan dan rahmat Allah swt".

Saya pula selalu mempunyai idea yang bersimpang siur, banyak idea yang nak dikaitkan. Semua tajuk nak disatukan, kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya mengapa aku berfikir begini. Nak buat macammana dah tabiat dari kecil, sus…

Musim Bunga

Musim bunga adalah musim yang amat saya sukai semenjak dulu, walaupun tidak pernah mengalaminya di Malaysia. Bagi saya gambaran musim bunga saja sudah cukup menenangkan jiwa, apatah lagi jika berkesempatan untuk menikmatinya. Bila ditambah dengan gambaran bunga-bungaan memenuhi setiap kawasan, dengan rerumput hijau memang amat cantik dan indah.

Teringat pula hadis Rasulullah saw:
"Sesungguhnya Allah indah dan menyukai keindahan, dan ingin melihat kesan-kesan nikmat-NYA kepada hamba-hambaNYA".

Dulu-dulu saya gambarkan kecantikan bila dilorek ayat-ayat itu dalam bentuk khat yang tersendiri, namun ia tidak dapat mengatasi kecantikan alam yang dijadikan oleh Allah swt. Pertukaran musim yang silih berganti dengan pelbagai ciri-ciri unik, hanya DIA yang mampu mengaturkannya. Pertukaran musim ini amat menguji keimanan kita, terutama dalam menunaikan ibadah kepada-NYA.

Berada dalam negara-negara bermusim memerlukan kita sentiasa sedar tentang perubahan waktu, terutama waktu solat. Ini k…

Tujuan Belajar Khat

Seni Khat adalah satu seni yang abstrak, tapi mudah untuk dipelajari kerana ia mempunyai kaedah yang jelas. Walaupun ia semakin dilupai, ia tetap dipelajari oleh orang-orang yang meminatinya. Cuma ramai yang tidak jelas tentang tujuan mempelajarinya, termasuklah saya suatu ketika dulu.

Di Oman, pelajaran seni khat mula diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Arab semenjak darjah tiga asasi. Akan tetapi ia tidak menitikberatkan sistem yang tersusun, menyebabkan ia tidak dapat menarik minat pelajar. Pelajar cuma dibekalkan dengan buku khat yang memfokuskan tulisan kata-kata hikmah, tanpa asas menulis yang jelas. Bermula darjah lima pelajar akan diberi buku khat riqaah, juga tanpa kaedah yang jelas.

Begitulah kedudukan seni ini, walaupun keperluannya amat meluas untuk ditulis di semua papan tanda. Memandangkan urusan ini boleh dilakukan dengan komputer, jadi seni ini dianggap tidak memberi erti lagi. Malangnya tulisan khat yang dihasilkan melalui komputer tidak memaparkan kesenian ini ker…

Ada Apa di Tangan?

Banyaknya ilmu yang boleh kita dapat dari tangan kita. Sekiranya nak dikaji satu persatu boleh tulis sebuah buku. Begitulah hebatnya ilmu yang Allah kurniakan pada manusia.

Mengapa saya pilih tangan? Sebab tangan inilah yang menaip huruf-huruf di keyboard ni. Kalau tak ada tangan, nak menaip dengan apa ye? kaki kot...wallahua'lam. Oleh itu bersyukurlah kerana kita dijadikan sempurna kejadian, ada tangan boleh menulis, memasak, makan, pegang anak, basuh baju serta pelbagai kerja lain. Boleh juga belai anak dan suami.

Semasa saya bekerja di Johor, saya berjiran dengan satu keluarga, si isteri cuma memiliki satu tangan saja, tapi masya Allah beliau amat hebat, mampu memasak makanan yang sangat sedap. Sampai kini saya masih teringat lauk ayam masak pedas resepi beliau. Itu dah jadi kenangan...

Tapi yang nak diceritakan disini ialah tangan yang Allah berikan kepada kita ada pelbagai fungsinya. Itulah sebabnya orang yang berfikir mampu menghasilkan ilmu-ilmu khas berkaitan dengan tangan. I…

Ayat Pilihan (Nikmat Allah)

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah swt, nescaya kamu tidak terhitungkan"

Apakah kita pernah menilai segala nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada kita selama ini? Berapa banyakkah nikmat-nikmat itu? Apakah kita mampu menghitungnya?

Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada kita setiap waktu. Kesemua nikmat ini diberikan secara percuma tanpa meminta apa-apa balasan daripada kita. Allah swt menyediakan segala prasarana yang kita perlukan untuk kehidupan di dunia ini, kemudian DIA menyediakan syariat yang harus kita ikuti, agar bersesuaian dengan pemberian-NYA. Jadi adakah lagi perkara yang perlu kita bahaskan? Apakah kita ingin menyatakan syariat itu tidak bersesuaian dengan kita? Apakah kita ingin berhujah menyatakan bahawa syariat itu tidak bersesuaian dengan zaman ini? Itulah kesilapan kita.

Kita lupa bahawa Allah yang menjadikan kita, jadi DIA menyediakan segala sesuatu yang sesuai dengan kita. Sebagai makhlu…

Hikmah di Sebalik Perpecahan Ummah

Bila membaca tentang perpecahan dan fitnah yang berlaku kepada umat Islam pada zaman kerajaan Umayyah, saya selalu berfikir mengapa terjadi begitu? Mengapa umat Islam yang memahami Al-Quran dan mengetahui banyak hadis-hadis Rasulullah saw berkelakuan sebegitu? Mengapa mereka melakukan kekejaman tehadap cucu baginda Rasulullah saw serta pelbagai lagi rasa tidak puas hati?

Sebenarnya kita cuma membaca cerita-cerita sejarah ini, mengikuti tulisan ulama terdahulu melalui tulisan sahaja. Kita tidak berada tempat mereka, tidak merasai apa yang mereka rasa. Kita juga lupa itulah ketetapan Allah swt, yang menjadi pendorong kepada usaha mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah saw. Berikutan peristiwa tersebut, ramai para tabien berusaha keras untuk mengumpulkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada para sahabah baginda. Malah mereka berjaya menghasilkan satu ilmu mengenalpasti hadis-hadis Rasulullah saw. Satu ilmu yang sangat hebat untuk menilai mutu hadis yang diriwayatkan oleh periwayatan hadis.

Dilema Pelajar Jurusan Agama

Dalam masyarakat hari ini, pelajar jurusan agama sentiasa menghadapi dilema dalam hidup mereka, sama ada semasa belajar ataupun selepas keluar, iaitu semasa mencari pekerjaan. Apakah permasalahan utama mereka? Apakah ia boleh diatasi? Siapakah sebenarnya yang belajar dalam bidang agama?

Saya tertarik untuk membincangkan perkara ini hasil pemerhatian selama ini. Fenomena pertama ialah siapakah pelajar bidang agama? Adakah anda tahu bahawa kebanyakan pelajar jurusan agama di universiti adalah tergolong dalam golongan pelajar yang bernasib baik, kerana nasib baik ada bidang pengajian Islam, mereka mampu memasuki dan belajar di universiti. Mereka adalah golongan yang bernasib baik, sepatutnya mereka menyedari hakikat ini dan bersyukur serta berusaha lebih gigih lagi.

Adakah orang lain tidak bernasib baik? Semua orang mempunyai rezeki masing-masing, tapi nasib pelajar jurusan agama lebih baik, kerana Allah swt menyayangi mereka maka mereka berpeluang mendalami bidang ini, yang tidak digemari…

Sekadar Berkongsi...Mahrajan Muscat

Jumaat lepas (13/02/2009) berakhirnya sambutan "Mahrajan Muscat 2009", yang berlangsung selama sebulan, program tahunan yang menonjolkan adat dan kebudayaan masyarakat Oman. Setiap tahun sambutan diisi dengan pelbagai program yang menarik penduduk menyertainya.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menghadirinya, sekurang-kurangnya dapat melihat kebudayaan mereka setahun sekali. Acara yang sentiasa meriah ialah persembahan nyanyian di tepi pantai, tapi sampai sekarang kami belum pernah menghadirinya, cuma menonton laporan di TV saja. Biasanya orang penuh sesak dalam pesta tersebut yang sentiasa menampilkan penyanyi terkenal dari negara Arab lain.

Di sini saya ingin berkongsi kemeriahan sambutan kali ini, yang saya anggap agak ok berbanding tahun lepas. Alhamdulillah kali ini pelbagai program disediakan, dengan keutamaan diberikan kepada "Persatuan Wanita Oman". Jadi fokusnya lebih kepada wanita dan sumbangan mereka kepada masyarakat Oman. Setiap hari persembahan d…

Kemelesetan Ekonomi

Bila membaca laporan tentang kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang memang begitu teruk sekali. Semua orang gerun untuk menghadapinya. Inilah kesan ekonomi kapitalis yang berkembang selama ini, sedangkan orang yang mengamalkan sistem ekonomi Islam tidak terasa dengan keadaan ini.

Kemelesetan ekonomi ini mampu mengubah sikap manusia, daripada seorang yang tenang selama ini kerana memiliki segala-galanya, kepada seorang mudah terasa. Apatah lagi sekiranya mereka tergolong dalam golongan yang dibuang kerja. Bila membaca apa yang terjadi di US, ditambah bila membaca pelbagai komen rakyat mereka, ternyata kemelesetan ekonomi kali ini betul-betul memukul mereka.

Kadang-kadang terasa kelakar bila membaca artikel-artikel yang ditulis pada masa kini, kebanyakkannya untuk mengajar penduduk US bagaimana cara untuk berjimat-cermat, terutama dalam perkara-perkara asas seperti pemilihan makanan, pakaian dan sebagainya. Saya terfikir sampai begitu sekali kah mereka perlu diajar untuk berjimat?. Apa…

CABARAN SURIRUMAH (PENGURUSAN MASA)

Tugas surirumah sepenuh masa memang mencabar, walaupun ia mungkin dianggap remeh oleh kebanyakan wanita. Maklumlah mereka dah terbiasa dengan kerja-kerja seharian, mengemas, membasuh, memasak dan lain-lain kerja. Memanglah bila dah terbiasa kerja ni menjadi satu kerja senang, otak dah fokus dengan segala-gala kerja sebegini. Namun bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan tugas ini sepenuh masa, ia akan menjadi cabaran hebat kepada mereka.

Sekiranya ketika bekerja, kita tak terasa tugasan ini, semua dapat diselesaikan dengan mudah kerana kita tertekan untuk menyelesaikan semua tugasan kita pada masanya. Walaupun terpaksa dihadapi dengan susah-payah kita mampu melepasinya.

Namun bila dah berada di rumah, ternampaklah pelbagai tugas yang mungkin tak pernah kita fikirkan secara serius semasa bekerja. Oleh sebab itu ia menjadi cabaran kepada kita, hinggakan kita tidak mampu mengimbangkan tugasan tersebut. Kadang-kadang suasana tenang tanpa tekanan dari pihak atasan juga menjadikan kita leka.…

CABARAN SURIRUMAH (LUARAN)

Dalam artikel lepas kita telah membincangkan tentang cabaran diri sendiri ataupun cabaran dalaman surirumah. Begitu lama artikel ini tertangguh kerana saya menganggap bahawa cabaran luaran tidaklah seberat cabaran dalaman. Selagi kita mengetahui siapa diri kita, mengapa kita memilih untuk berada di rumah, dan kita yakin dengan segala tindakan kita, selagi itulah segala apapun yang datang dari luar akan dapat kita atasi.

Bagi saya, cabaran yang paling berat untuk diatasi adalah cabaran dalaman kerana ia menyangkut emosi, misi dan visi kita dalam hidup ini. Kemudian bagaimana cara kita mengendalikan urusan seharian kita dirumah. Sekiranya kita mempunyai misi dan visi yang jelas, serta kita mempunyai jalan untuk melepaskan ketegangan diri kita, insya Allah segala masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah. Di samping itu kita juga perlu memiliki motivasi dalaman yang kuat, kerana kekuatan dalaman inilah yang akan membantu kita dalam menghadapi cabaran dari luar.

Cabaran yang kedua pula d…

Kanak-kanak Perempuan dan Fesyen

Bila menulis tentang fitrah kanak-kanak perempuan, teringat pula budaya masyarakat Arab tentang pakaian kanak-kanak. Orang Arab amat mementingkan penampilan anak perempuan mereka terutama yang masih kecil. Masa inilah kanak-kanak perempuan berpeluang melaram dengan baju-baju yang cantik-cantik dan fesyen yang pelbagai terutama bila menghadiri majlis-majlis atau keluar ke taman-taman.

Begitu juga anak-anak perempuan India dan Pakistan. Mereka berpeluang memakai pakaian yang pelbagai corak dan amat menarik pada pandangan saya. Jadi bila keluar ke mana-mana, saya amat suka memerhati corak dan fesyen pakaian mereka, yang tidak pernah saya lihat semasa berada di Malaysia.

Sememangnya fitrah wanita sukakan pakaian yang cantik dan menarik, sebab itulah pengusaha butik tetap wujud dan sentiasa berkembang. Malah keinginan ini bermula sedari kecil lagi, tanpa ada sesiapapun yang mengajar mereka. Kanak-kanak perempuan akan tertarik untuk berbaju cantik dan bergaya di depan teman-teman mereka.

Tapi …

Personaliti Wanita dalam Quran

Alhamdulillah wanita hari ini telah mencapai kemajuan dalam banyak bidang, ramai yang telah mampu duduk bangun setanding lelaki dalam urusan keduniaan. Sayangnya ramai yang terikut-ikut dengan perjuangan wanita-wanita di barat, hinggakan mereka tersasar jauh dari ajaran Islam sejati. Ramai yang meremehkan anjuran al-quran dan sunnah serta tidak memahami asas syariah Islam berkaitan kehidupan wanita.

Sekiranya diteliti dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Quran, memang terdapat banyak wahyu yang diturunkan berkaitan dengan wanita, termasuk kewajiban dan hak-hak mereka. Ayat-ayat ini sekiranya dikaji dengan teliti mampu menjadi panduan ke arah hidup yang tenang didunia dan di akhirat. Wanita juga akan mampu membangun secara menyeluruh dari segenap sudut rohani, emosi, mental dan jasmani. Mereka juga akan mampu menjadi contoh dalam kekuatan aqidah dan urusan keduniaan.

Di dalam Quran, Allah swt menceritakan kisah-kisah wanita sebelum zaman Nabi Muhammad SAW termasuk juga kisah-kisah yang mel…

Apa Dah Jadi?

Sudah menjadi rutin harian, saya luangkan masa untuk membaca berita-berita tentang apa yang berlaku di Malaysia sama ada laporan online media pro kerajaan atau pembangkang. Sekurang-kurangnya tidak terasa berada jauh dari tanahair, serta memahirkan diri dalam penggunaan Bahasa Malaysia.

Tapi akhir-akhir ini, banyak berita yang membuatkan saya berfikir "Apa sudah jadi dengan senario politik di Malaysia?" "ataupun kata-kata yang lebih mudah "Apa sudah jadi dengan Orang Melayu? Apakah objektif utama perjuangan orang-orang Melayu terkini? Mengapa kita tidak boleh bersatu?

Masing-masing cuba menegakkan bahawa parti mereka yang betul. Segala laporan yang disampaikan menunjukkan bahawa semua pihak tidak konsisten dengan kata-kata mereka. Apakah mereka tidak menganalisis setiap patah perkataan yang dikeluarkan, agar tidak mengelirukan orang awam.

Senario politik yang berlaku di Perak sekarang benar-benar mencabar semua pihak, istana, parti kerajaan dan pembangkang. Kepada sia…

Hebatnya Iran

Semenjak Iran melancarkan satelit buatan tempatan pada 3/2/2009, pelbagai pendapat negara-negara lain dapat didengari di sana sini. Satelit buatan negara Islam ke-2 selepas Iraq melancarkannya pada 1989. Iran menempatkan nama dikalangan negara yang mampu menghantar satelit ke angkasalepas.

Hari ini pula sambutan 30 tahun Revolusi Iran, umat Islam Iran begitu bersemangat menyambutnya. Setelah 30 tahun memulakan revolusi Iran mampu bangkit menunjukkan kekuatan mereka di kalangan negara2 Islam, walaupun di kenali sebagai sebuah negara Syiah. Sememangnya mereka begitu berani bersuara ketika negara lain begitu takut.

Pelancaran satelit tersebut membuka mata negara-negara barat bahawa Iran kini memiliki teknologi yang tidak kurang hebatnya. Tidak kurang ramai juga yang merasa gerun dengan Iran. Tidak diketahui apakah tindakan yang akan diambil oleh Obama terhadap pencapaian ini. Namun begitu US tidak akan berdiam diri dengan keadaan ini, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan tiada ne…

Muslim Rohinya

Beberapa hari ni, banyak laporan tentang Muslim Rohinya disiarkan di TV Al-Jazeera. Kisah kesusahan umat Islam di Arakan, Myammar menghadapi kekejaman junta tentera di situ. Memang kesian melihat keadaan mereka.

Teringat ketika mula-mula berlaku kekejaman ke atas mereka lebih kurang 20 tahun lepas, kisah tentang Rohinya ni banyak termuat dalam majalah (lupa namanya), pelbagai laporan diceritakan tapi kisah ini tidak dimuatkan dalam akhbar-akhbar harian di Malaysia. Jadi untuk mendapatkan laporan tentang Rohinya terpaksalah saya membeli majalah ni setiap bulan. Ada banyak juga la koleksi tentang penderitaan mereka.

Selepas tu, disebabkan kesibukan tugas dan susahnya untuk mendengar cerita tentang mereka ni, saya dah melupakan kisah saudara Muslim ini. Sememangnya mereka terpaksa menghadapi kekejaman kerana mereka beragama Islam, dinafikan hak untuk mempraktikkan ajaran Islam. Semua yang berlaku menyebabkan ramai yang tidak mendapat peluang belajar. Amalan Islam yang dilaksanakan pula cum…

Satu Kebetulan atau Ketetapan

Ramai yang menyangka apa yang berlaku kepada mereka hanyalah secara kebetulan. Selalunya kita menyifatkan peristiwa yang kita lalui hanyalah kebetulan. Sebagai contoh "Kebetulan bertemu dengan si A semasa di universiti, maka hubungan persahabatan terjalin di antara kami hingga kini", "kebetulan saya terjumpa Ani di kedai" serta pelbagai lagi kebetulan ini.

Pernahkan kita terfikir bahawa setiap detik yang berlaku ini adalah ketetapan Allah kepada kita? Ketetapan-ketetapan inilah yang menjadi plot-plot yang berlaku seharian, seminggu, sebulan dan seterusnya. Namun begitu kita masih boleh memilih ketetapan ini sama ada positif ataupun negatif. Kadang-kadang kita asyik bertemu orang yang sama, mengapa begitu? Kadang-kadang kita asyik bertemu dengan orang yang kita tidak suka, apakah tindakan kita? Semua ini adalah ujian kepada kita, untuk menangani hubungan dengan insan tersebut.

Kadang-kadang kita asyik mengulangi peristiwa sama berulang kali, mengapa begitu? Dalam hidu…

Ketenangan dari Dalam

Alhamdulillah, seronok bila dapat mengikuti program ziarah bersama-sama anak-anak. Bukan apa anak-anak berkawan kita juga berpeluang untuk dapat kawan, berkawan dengan emak kawan anak. Begitulah kaedahnya supaya senang nak kawal anak-anak, bila kita dah kenal siapa ibubapa mereka, hati lebih tenang dengan anak-anak.

Begitulah adat di perantauan, nak kena selalu bermanis muka, kalau tidak bersendirian lah kita. Apatah lagi dengan jiran, kenalah jadi ramah walaupun ramai yang tak boleh berkomunikasi kerana masalah bahasa. Tapi inilah masalah kebanyakan surirumah yang datang dari pelbagai negara. Sekiranya mereka tidak bertemu dengan orang sebangsa dengan mereka, muncullah pelbagai masalah emosi. Kesian bila melihat mereka ini, yang rata-rata terpaksa memendam perasaan sendiri, dah lah jauh dari keluarga, jauh juga dari rakan senegara.

Memang berat untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya tidak tahu caranya. Bila bersendirian, pelbagai kenangan lama muncul, otak pun memikirkan macam-maca…

Penipuan Terkini

Dalam zaman serba canggih ni, orang sanggup lakukan apa saja demi wang. Di tambah lagi bila segala urusan boleh dilakukan secara percuma dan cepat. Lepas tu boleh hantar ke seluruh dunia dengan cepat dan tepat. Inilah fenomena yang berlaku hari ini, bagi orang-orang yang dah tak ada nilai dalaman.

Dulu-dulu nak poskan sesuatu kena bayar, paling kurangpun setem 20 sen untuk satu surat, lepas tu kena beli kertas, sampul surat, baru dapat teruskan niat dihati. Lepas tu kena pergi pejabat pos untuk uruskan pengeposan tersebut. Kira banyak peringkat juga perlu dilakukan sebelum melaksanakan hajat mereka. Hari ni buka je internet, hantar je apa-apa yang diingini free, tu yang menyebabkan perkara begini berleluasa. Tambah lagi ibubapa terlalu sibuk, anak-anak bebas melakukan apa saja.

Bermacam-macam cara mereka lakukan, tiap hari ada saja e-mail menang loteri, menang cabutan microsoft bagi e-mail paling bertuah dan sebagainya. Walaupun dah limitkan akaun untuk alamat-alamat tertentu, sampai ju…

Pengalaman "Mencari Diri"

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman "mencari diri", iaitu proses mencari identiti diri. Ia adalah diantara cabaran yang akan dilalui oleh setiap orang sama ada disedari ataupun tidak. Sekiranya cabarannya terlalu kuat, ia akan menyebabkan fikiran berkecamuk dan bercelaru untuk memahami situasi yang ditempuhinya itu. Malah ia juga akan menyebabkan kita menjadi keliru, murung dan tertekan sehingga merasakan diri telah gagal dalam kehidupan ini.

Sememangnya kita tidak boleh lari daripada situasi ini, terutama bagi orang yang mencari kasih sejati, kasih Allah swt. Biasanya kita terpaksa menempuh pelbagai ujian, yang betul-betul menguji keimanan kita. Mampu atau tidak kita melepasinya bergantung kepada kekuatan dalaman kita, sekiranya kita yakin terhadap qada' dan qadar NYA, serta berserah sepenuhnya insya Allah kita akan mampu melepasinya walaupun kadang-kadang ia mengambil masa.

Ada yang diuji ketika zaman kecil, seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, dan ramai lagi a…