Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Perlukah Merancang?

Alhamdulillah bila duduk bercerita dengan anak-anak, macam-macam cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama, dalam masa yang sama sempat berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilalui. Moga mereka dapat manfaatkan pengajarannya dalam kehidupan mereka nanti. Anak sulung bertanya: "Umi, perlukah kita merancang sedangkan kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau tidak esok?" Jawapan saya ialah dengan menyoal balik beliau agak berfikir, "jika kita tidak merancang dan orang lain merancang, apakah kita akan berjaya seperti mereka?" Beliau menjawab: " tentulah tidak..." Kemudian saya mula bercerita mengenai pelbagai contoh kejayaan perancangan termasuklah perancangan kerajaan Malaysia suatu ketika dulu... Apa yang penting, jika kita merancang kita akan tahu halatuju kita, meskipun bukan semuanya mampu dipenuhi. Paling kurang kita akan mampu menyiapkan separuh daripada perancangan tersebut, berbanding keadaan kita tanpa ada apa-apa perancangan. Akhirnya k…

2012 - Pelbagai Kenangan

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah kerana diberi nikmat merasai hidup setahun lagi, yang akan berakhir beberapa jam saja lagi.

Bila di kenang kembali, banyaknya nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya sepanjang tahun ini...manis, masam, pahit semua ada...Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kadang-kadang kita merancang tapi sebenarnya rancangan Allah begitu unik dan sesuai untuk kita. Tugas kita ialah untuk memilih yang mana kita ingin laksanakannya...apabila sudah terlaksana, tinggallah kenangan yang boleh jadi pengajaran untuk perjalanan hidup selepasnya.
Bila berfikir sekali lagi, kita merancang, orang lain juga merancang, Allah juga merancang...tapi kita perlu sedar bahawa Allah adalah Perancang yang paling Hebat, kerana DIAlah yang akan menentukan kejayaan sesuatu rancangan kita. Bila digabungkan rancangan kita, dengan rancangan orang lain, ia akan melengkapkan perjalanan hidup kita, menjadikan perjalanan hidup kita lebih bermakna dan meriah. Alhamdulillah 2012 bermula dengan peru…

12.12.12 - 15 tahun berlalu.

Alhamdulillah...

Tarikh 12.12.12 dibicarakan sebagai satu tarikh cantik, moga kecantikannya zahir dan batin. Tarikh ini amat bererti buat saya, kerana ia adalah tarikh saya menukar status 'Cik' kepada 'Puan' lima belas tahun lalu. Satu tarikh yang dicadangkan oleh seorang sahabat, dan diterima tanpa memikirkan bahawa ia tarikh cantik, hari ini ia menjadi satu tarikh yang diperkatakan dimana-mana. Bagi saya, apapun tarikh tersebut, kita tetap mesti meneruskan kehidupan kita, hinggalah suatu ketika kita dipanggil balik oleh-Nya. 15 tahun juga segala suka-duka diharungi bersama...moga Allah merahmati hubungan kami, serta ia menjadi jalan untuk kami mendekatkan diri pada-Nya ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Penyelesaian Positif

Alhamdulillah sudah tujuh tahun lebih saya berada disini, pelbagai pengalaman dikumpul terutama berkaitan dengan pendidikan anak-anak di sekolah. Setakat yang saya tahu, sistem pendidikan disini mengaplikasi sistem yang diadun khusus berdasarkan kombinasi sistem pendidikan Arab, iaitu pengalaman Mesir, Sudan dan Tunisia dan sistem pendidikan barat. Selama tujuh tahun melibatkan diri melihat sendiri perkembangan positif anak-anak dalam pelajaran walaupun bermula daripada sifar bahasa Arab, kini berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik didalam kelas. Apa yang penting ialah bagaimana cara guru-guru memupuk sifat ingin tahu serta perasaan seronok belajar didalam jiwa anak-anak kecil. Kemudian diikuti sistem yang diamalkan di peringkat kementerian yang hanya memberi respon positif dalam perkembangan pelajar, yang mana guru-guru di peringkat asasi hanya disediakan dengan pilihan positif ketika ingin mengredkan pelajar. Bagi saya, ia adalah satu cara untuk mendidik guru-guru memandan…

Terlalu banyak Berhibur, Ibadah ke mana?

Alhamdulillah pagi ini sempat menulis lagi disini untuk berkongsi apa yang saya fikirkan pada saat ini.
Alhamdulillah semalam sehari suntuk aktiviti kami sekeluarga , bermula dengan aktiviti mingguan kami sekeluarga iaitu berenang, kemudian menghadiri jemputan rakan, seterusnya bersambung dengan aktiviti mingguan kedua, berkumpul dengan rakan-rakan Arab.
Memang Khamis merupakan hari kami keluar, menyedut udara bersih Muscat sambil berkongsi fikiran dengan rakan-rakan. Khamis juga merupakan hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk berehat setelah seminggu belajar.
Kadang-kadang fikiran negatif melintas, terasa bahawa kami begitu banyak berehat, sedangkan orang lain sibuk berjuang. Namun itulah realiti kehidupan kami disini, banyak berehat serta kurang stress.
Berhibur cara kami disini ialah dengan keluar ke taman-taman dan pantai untuk mencari ketenangan daripada kebisingan flat kami yang terletak betul-betul ditengah kawasan perniagaan di Muscat.
Dalam masa yang sama,…

40 tahun....dimanakah kita?

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu bernafas di bumi ini, serta masih mampu berkongsi sesuatu di blog ini. Bermacam-macam soalan bermain difikiran, yang mana satu nak didahulukan, mana satu yang lebih penting? Apakah yang telah aku lakukan selama ini yang dapat memberi manfaat kepada insan lain? Bila mengaji quran, terbaca ayat 15 surah al-ahqaf yang bermaksud "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa, " Ya Tuhan-Ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-anakku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada…