Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Menyembunyikan Ilmu Allah

Bila kita bercerita tentang ilmu, terdapat pelbagai jenis ilmu yang mampu kita perolehi hari ini. Ada yang betul dan baik, ada pula yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada pendengarnya, ada juga ilmu sesat.
Jika kita terpilih untuk belajarnya, apakah kita mesti menyampaikan keseluruhannya agar kita tidak tergolong ke dalam golongan yang menyembunyikan ilmu-ilmu Allah? Itulah persoalan yang sentiasa bermain-main difikiran ini.
Ini kerana kadang-kadang kita terbelajar ilmu yang agak menarik tetapi ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada pendengarnya, jika tidak belajar betul-betul mengenainya ataupun tidak habis belajar.
Bagi saya sebaiknya orang yang belajar satu-satu ilmu menilai terlebih dahulu ilmu-ilmu tersebut sebelum menyampaikan kepada orang lain. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham mengenai ilmu tersebut.
Satu persoalan lagi ialah apakah setiap orang yang tidak menyampaikan ilmu yang mereka miliki termasuk ke dalam golongan yang menyembunyikan ilmu-ilmu Allah, walaupun beli…

Mengapa Wanita disalahkan?

Pagi-pagi lagi terbaca berita tentang "Wanita punca gempabumi di Iran", kemudian membaca komen-komen yang ditinggalkan bagi artikel tersebut. Macam-macam idea dilontarkan dan kebanyakannya menyifatkan Mufti Iran mengeluarkan kenyataan yang melucukan dan tidak adil bagi wanita.
Memang wanita selalu disalahkan, tapi bila tiba kepada kenyataan sebegitu, ia mendatangkan fitnah yang lebih luas kepada agama Islam. Mungkin juga ia hanya putarbelit penulis untuk memburukkan lagi kedudukan Iran di mata dunia serta pelbagai lagi kemungkinan....
Pelbagai andaian boleh kita keluarkan, namun positif dan negatifnya tetap kembali kepada agama.
Inilah dunia Internet, suka tak suka kita mestilah belajar menerimanya. Jika wanita disalahkan, apakah yang dapat kita perbuat? Apakah wanita mesti bangun menyedarkan dunia tentang ketidakadilan yang berlaku kepada mereka ataupun wanita kembali meneliti "apakah puncanya dan dimana silapnya".
Selalunya lelaki akan melihat kesilapan terletak di…

Kajian yang Bagus - Perubatan Islam

Sepanjang minggu lepas saya sibuk membaca buku tentang kajian yang agak menarik pada pandangan saya iaitu tentang kajian ilmiah berkaitan tenaga Al-Quran. Satu kajian yang dijalankan oleh beberapa orang pakar perubatan Muslim di Iran dan ditulis dalam bahasa Arab.
Yang menariknya kajian ini mendapat pembiayaan sebanyak setengah juta Aus Dollar daripada Kementerian Kesihatan. Kajian dilakukan ke atas pesakit-pesakit yang menderita penyakit yang tidak mampu disembuhkan oleh perubatan biasa. Dan kebanyakan penyakit tersebut berjaya disembuhkan dalam tempoh masa yang berbeza-beza dengan menggunakan teknik berkaitan penggunaan ayat-ayat Quran.
Sememangnya di Malaysia, cara ini sudah tersebar luas akan tetapi saya belum pernah bertemu dengan kajian ilmiah untuk membuktikan kesan positif penggunaan cara ini. Begitu juga teknik-teknik yang digunakan oleh ustaz-ustaz, pengamal perubatan Islam di Malaysia, juga begitu banyak tetapi tidak lari daripada penggunaan ayat-ayat ruqyah dan doa-doa tert…

Bersyukurlah dengan anak-anak kita

Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita dikurniakan anak-anak dalam kehidupan kita. Sesungguhnya kita bertuah kerana berpeluang untuk memiliki anak-anak, serta berpeluang memiliki insan yang banyak mengajar kita mengatur hidup.
Ada anak yang hebat semenjak kecil, setiap perjalanan hidup mereka hebat, dapat membaca awal, menghafal quran awal serta pelbagai kehebatan lain. Yang lain pula perkembangan pelajaran mereka agak perlahan serta mempunyai pencapaian yang agak mengecewakan ibubapa.
Memang terdapat perbezaan yang jelas diantara anak-anak kita, hanya ibubapa yang lebih mengetahui bagaimana untuk menangani perbezaan ini.
Sememangnya Allah menjadikan perjalanan hidup yang berbeza-beza antara setiap manusia, oleh itu bersyukurlah selalu. "Alhamdulillah 'ala kulli hal".
Bila kita mengimbas kembali perjalanan hidup kita, kita akan temui rakan-rakan yang begitu hebat semasa kecil, orang yang kita amat kagumi semasa kita di sekolah rendah, tapi dimanakah mereka kini?
Dalam ma…

Kita dan Jiran

Masih terngiang-ngiang di telinga hadis yang dihafal oleh Solah, anak yang paling kecil tentang hubungan dengan jiran. ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثه yang bermaksud "dan Jibril sentiasa mewasiatkan ku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan mewarisinya'.
Hebatnya jiran, sampai begitu sekali Nabi Muhammad saw diingatkan tentang mereka, tentu ada kepentingannya buat kita hari ini.
Sememangnya jiran adalah sebahagian daripada kita, apakah kita mengendahkan kewujudan mereka ataupun kita tidak mengenalipun siapa jiran kita.
Inilah peringatan buat diri ini, bagaimana nak memastikan kita menjaga hak-hak mereka? Tambahan pula bila berjiran dengan jiran daripada pelbagai negara, semuanya mempunyai adat dan budaya yang berbeza. Mampukah kita memenuhi tanggungjawab ini?
Kadang-kadang tidak mampu nak berkomunikasi disebabkan masalah bahasa, jadi senyum adalah penghubung antara kita. Tak tahu nak buat apa lagi.
Alhamdulillah bila berada dirumah, kita mempunyai masa …

Mendidik guna Bahasa Formal

Sekadar berkongsi tentang penggunaan bahasa dalam perbualan sehari-hari, sama ada menggunakan bahasa formal ataupun loghat.
Kadang-kadang rasa nak tergelak bila melihat anak-anak berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa Arab fushah. Alhamdulillah kami dah dapat melihat perkembangan penggunaan bahasa mereka walaupun semasa tiba di sini dulu tiada seorangpun yang tahu perkataan-perkataan Arab. Pendek kata semuanya mereka perolehi dari sini.
Sememangnya rujukan utama mereka adalah kartun-kartun bahasa Arab yang menggunakan bahasa fushah semata-mata. Ini kerana syarat utama untuk mereka menonton TV adalah memastikan program tersebut menggunakan bahasa Arab Fushah.
Alhamdulillah syarat tersebut terlekat kuat dalam hati mereka, malah mereka amat menyukai bahasa Arab fushah, serta mempertikaikan kenapa orang Arab tidak mahu menggunakannya.
Alhamdulillah selepas memasuki sekolah mereka masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa fushah walaupun sentiasa diejek oleh kawan-kawan mereka. Ana…

Tadabbur Alam

Imej
Alhamdulillah semenjak berada disini, kami sentiasa berpeluang untuk menikmati keindahan kejadian alam ini. Walaupun kami tidak berjalan jauh tapi program hujung minggu benar-benar memberikan ketenangan kepada kami sekeluarga.
Seronoknya bila kita mampu berada dalam suasana tenang, jauh daripada kesibukan kerja dan kesibukan suasana di sekeliling rumah yang sentiasa sibuk. 
Sesungguhnya ketenangan itu tiada bandingannya, alhamdulillah atas kurniaan itu Ya Rabb. 
Ketika berada di taman ini, saya selalu bayangkan betapa cantiknya alam kejadian Allah swt.
Sesungguhnya kehijauan rumput benar-benar memberikan ketenangan kepada insan yang hidup di kawasan padang pasir. Subhanallah.
Bersyukur juga kerana insan mampu menggunakan teknologi terkini, yang mana padang pasir boleh ditukarkan kepada taman yang begini indah.
Buat masa sekarang pokok-pokok kurma mula mengeluarkan buah, insya Allah kami boleh mempelajari tentang perkembangan buah kurma pula. Yang nyata anak-anak selalu bertanya bilakah bu…

Kota-kota yang pernah Dilawati

Imej
Alhamdulillah pagi ini kita berkongsi sedikit maklumat mengenai Oman. Ia berdasarkan pemerhatian selama kami di sini iaitu mengenai kota-kota pertahanan yang terdapat di setiap bandar utama negara ini sama ada "husn (kota)" atau "burj (menara)".
Gambar-gambar ini kami ambil selepas hariraya Aidil fitri tahun lepas, semasa dalam perjalanan pergi dan balik "Rehlah ke Ibri". Jadi kami sempat singgah berehat di tempat-tempat ini sambil melihat keunikan tempat tersebut. Subhanallah.
Inilah keunikan Oman yang masih dipelihara sehingga ke hari ini.
Sememangnya itulah diantara ilmu yang diwarisi daripada generasi terdahulu, iaitu menyediakan kelengkapan pertahanan yang mampu menjadi tempat perlindungan setiap ahli kawasan tersebut.
Itulah corak pemikiran orang-orang dahulu, termasuklah sebelum kedatangan Islam lagi. Bentuk pertahanan yang disediakan bukan untuk keperluan sendiri tetapi lebih kepada keperluan masyarakat setempat.
Bila kami masuk ke dalam kota ters…

Masa Terbaik untuk Menulis

Alhamdulillah kita bercerita lagi pasal menulis, bilakah waktu terbaik untuk kita menulis. Setiap orang mempunyai masa yang tersendiri, ada yang menulis pada waktu pagi, petang, malam dan tengah malam.
Bagi saya waktu yang paling saya sukai adalah waktu pagi, selepas semua anak pergi ke sekolah dan suami pergi ke tempat kerja, waktu itulah saya gunakan sekejap untuk meluahkan isihati dan persoalan-persoalan yang sentiasa ada di kotak fikiran ini.
Memang semenjak masa belajar lagi saya sangat suka menggunakan waktu pagi untuk menimba ilmu ataupun menyiapkan tugasan menulis. Bila matahari dah meninggi, saya akan lupakan terus tentang bab menulis ni, serta tumpukan pada pekerjaan lain. Dah memang tak boleh nak fokus pada waktu-waktu sebegitu.
Begitu juga keupayaan saya untuk mengajar serta berkongsi idea lebih mantap pada waktu awal pagi. Sebab itulah saya tidak kisah jika jadual waktu belajar dan mengajar saya semuanya bermula pada jam 8 pagi.
Sebenarnya setiap insan mempunyai waktu kek…

Aplikasi facebook

Alhamdulillah setelah beberapa bulan menggunakan facebook, rasa terpanggil untuk menulis sesuatu mengenainya. Mungkin sudah ramai yang menulis tapi saya juga ingin meluahkan isihati mengenainya. Moga-moga dapat kita fikirkan bersama-sama.
Memang terdapat banyak keseronokan bila melayarinya, terutama apabila dapat berhubung kembali dengan teman-teman lama, ada antaranya yang sudah lebih 20 tahun tidak bertemu muka.
Akan tetapi disebalik keseronokan tersebut, perasaan negatif selalu muncul. Persoalan mengapa kita dipertemukan semula disitu, sedangkan realitinya kita tidak pernah mengingati sahabat tersebut. Apakah ada sesuatu yang perlu kita pelajari daripada kehidupan mereka? Ataupun ada persamaan antara kita, iaitu sama-sama melayari facebook.
Di situ juga kita boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang disediakan, termasuklah aplikasi menilik sesuatu yang berkaitan dengan nama, tarikh lahir, bulan kelahiran serta pelbagai lagi.
Pada permulaannya saya tidak berminat untuk mencubanya, aka…

Membaca dan Menulis

Alhamdulillah kita diberikan kelebihan oleh Allah swt pandai membaca dan menulis. Jika kita tidak tahu membaca masakan kita mampu menggunakan komputer, begitu juga jika kita tidak tahu menulis macammana kita boleh sampai ke sini.
Bersyukurlah kerana kita tidak tergolong ke dalam golongan yang "buta huruf". Moga-moga Allah memberi "Nur" kepada kita agar mampu memahami apa sahaja yang kita baca.
Dalam dunia hari ini semua orang berlumba-lumba untuk belajar membaca dan menulis. Semenjak lahir anak-anak diajar agar tahu membaca dan menulis. Itulah kehebatan ibubapa sekarang, terutama ibubapa terpelajar. 
Pernahkah kita terfikir bahawa bila kita terlalu ghairah mengajar anak-anak membaca, kita mengurangkan keupayaan mereka untuk berfikir. Sebab itulah di negara-negara Barat, anak-anak muda mesti diajar dalam setiap perkara walaupun ia hanyalah perkara-perkara asas dalam hidup mereka.
Bacalah pelbagai artikel tentang perkara-perkara yang sepatutnya tidak perlu diajar keti…