Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Peliknya Ramadhan Disini!

Ramadhan Kareem...

Bulan mulia ini sudah hampir ke penghujungnya, apakah perasaan kita disaat ini? 
Moga wujud perasaan baru, serta hati-hati yang baru yang  telah berjaya dididik sepanjang bulan Ramadhan kali ini.
Tulisan kali ini hanyalah sekadar ingin mencatat kata-kata dan komen anak-anak sepanjang menunaikan puasa tahun ini. 
Ia bukanlah untuk membanggakan anak-anak saya, tetapi hati saya begitu tersentuh dengan komen-komen mereka, biarlah ia dicatat disini agar ia menjadi panduan mereka suatu hari nanti.
Inilah kali pertama mereka berpuasa penuh ditanahair, dalam suasana yang cukup berbeza daripada Ramadhan yang lepas.
Alhamdulillah, selalunya komen positif yang  keluar berpandukan pengalaman mereka berpuasa selama ini. 
Alhamdulillah juga kerana amalan yang disemai selama ini mampu lekat dihati mereka. Saya tidak mementingkan jumlah ibadah yang dilakukan tetapi pemahaman mereka apakah erti berpuasa. 
Jika  kefahaman ini terus subur, insya Allah mereka mampu mendidik generasi s…

Qiam with Me...Istana Kubang Kerian

Imej
Alhamdulillah saya dan anak-anak sempat menghadiri program 'Qiam with Me' semalam 9/8/2012 bertempat di Istana Kubang Kerian, yang juga dikenali sebagai 'Istana Airmata' oleh penduduk setempat.

Memandangkan istana tersebut terletak tidak jauh daripada kampung, jadi kami tidak melepaskan peluang ini. Ia sekadar mengisi program percutian anak-anak kali ini agar hati mereka sentiasa terikat pada kampung halaman walaupun dimana mereka berada nanti.

Dalam masa yang sama, saya inginkan anak-anak saya lebih mengenali adat dan budaya orang-orang Melayu, terutama adat-adat orang Kelantan.

Biasanya mereka akan membandingkan dengan pengalaman mereka di Oman dan di Tunisia. Moga percutian kali ini memberi kesan positif kepada anak-anak.
 Alhamdulillah kami tiba agak awal iaitu pada pukul 9 malam, sedangkan program dijadualkan akan bermula pada pukul 10 malam.

Sebenarnya terlupa tentatif program, dalam masa yang sama untuk mengelakkan kesesakan jalanraya, memandangkan inilah kal…

Suatu Malam di Bahagian Terakhir Ramadhan

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah, kita akan memasuki bahagia terakhir Ramadhan, apakah ibadah-ibadah kita kali ini lebih baik daripada sebelumnya?

Moga kita dapat melipatgandakan usaha-usaha kita untuk meraih Rahmat bulan ini, dan berusaha menaikkan darjat kita ke golongan orang-orang muttaqin.

Bila menaipkan perkataan 'malam lailatulqadar', pelbagai posting muncul diskrin komputer. Ia adalah suatu malam yang ditunggu-tunggu dan dicari-cari oleh setiap umat Islam yang beriman.

Apakah kefahaman kita tentang malam ini? Dalilnya begitu kuat yang mana Allah swt menegaskan didalam Al-Quran dalam Surah Al-Qadr bahawa malam ini seumpama seribu bulan.

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri berkaitan malam ini, ada yang pelik-pelik, dan ada yang biasa-biasa. Jadi berusahalah untuk mendapatkan anugerah Ramadhan kali ini. Moga kita berjaya menemuinya.

Teringat pengalaman Ramadhan sembilan tahun yang lalu...terasa ingin mengongsikannya disini.

Ketika itu saya seperti anda semua, ber…

Pertengahan Ramadhan

Salam Ramadhan dan Salam Jumaat...

Alhamdulillah kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan sekali lagi.
Bagi saya, Ramadhan tetap Ramadhan...ia begitu istimewa walau dimanapun saya menyambutnya.

Namun begitu bagi anak-anak, Ramadhan mereka sentiasa berubah-ubah, beberapa  tahun di Oman, tahun lepas di Tunisia dan kali ini di kampung bersama Datuk dan nenek mereka.

Sekali fikir, kesian melihat mereka yang terpaksa menghadapi pertukaran waktu berpuasa, tetapi sebenarnya mereka bertuah kerana sudah dapat merasa pengalaman berpuasa dalam tempoh yang panjang ketika kami berada di Tunisia. Sesungguhnya itulah pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.

Alhamdulillah, anak-anak biasa melakukan aktiviti bersama-sama, jadi Ramadhan pun mereka sama-sama mengingatkan tentang puasa, serta berlumba-lumba untuk berpuasa.

Alhamdulillah, mereka juga tidak cerewet dengan makanan sewaktu berbuka puasa. Ketika orangramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan, mereka kehairanan keran…