Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Hebatnya Teknologi Para Sahabat Rasulullah SAW

Imej
 Gambar empangan air di Qairawan Alhamdulillah...akhirnya dapat berkongsi sedikit gambar-gambar yang diambil semasa kami melawat bandar Qairawan, sebuah pusat pemerintahan Islam di Afrika Utara pada zaman pembukaan Islam yang dilakukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Bandar Qairawan terletak lebih kurang 50km daripada tempat tinggal suami saya di Sousse, Tunisia. Namun begitu ia merupakan tempat terakhir yang sempat kami lawati semasa kami ke Tunisia, iaitu sehari sebelum kami berangkat balik ke Oman semula. Bandar bersejarah ini amat menarik perhatian saya, namun begitu saya tidak sempat melawat kesemua peninggalan sejarah dibandar ini.  Empangan dari sudut lain Apa yang jelas kerajaan Tunisia begitu mengambilberat segala peninggalan sejarah dengan menjaga serta membaikpulihnya. Inilah bukti teknologi yang digunakan oleh para sahabat Rasulullah SAW untuk memudahkan penduduk yang diperintah Salah satu daripada kemudahan tersebut ialah empangan air. Empangan

Beranikan Diri Mengaji Quran

Bismillah...Alhamdulillah... Satu fenomena yang kerap saya temui ialah orang Islam yang takut untuk mengaji Quran kerana takut akan melakukan kesilapan bacaan.  Ini kerana ramai daripada kita didedahkan dengan maklumat bahawa sesiapa yang tersilap mengaji quran akan berdosa. Oleh kerana takut akan melakukan kesilapan bacaan, mereka rela tidak mengaji quran ataupun sekadar mengaji surah-surah tertentu sahaja. Ada juga yang sudah dapat mengaji sendiri, dalam kata lain sudah mengenal huruf serta asas-asas bacaan quran tetapi takut untuk mengaji quran bersendirian kerana bimbangkan kesilapan yang mungkin akan berlaku. Jadi bagaimanakah untuk kita atasi masalah ini?  Didalam dunia hari ini, kita boleh dapati pelbagai contoh bacaan Quran serta pelbagai kemudahan lain, jadi carilah masa untuk kita masukkan agenda ini ke dalam amalan kita sehari-hari.  Kita juga boleh amalkan mendengar bacaan MP3 Quran, sambil mengikuti bacaan tersebut. Jika mampu carilah guru-guru quran

'Ammi atau Fushah?

Alhamdulillah...mampu menyambung cerita lagi disini. Dan saya masih lagi ingin menyambung berkenaan penggunaan bahasa. Kalau di Malaysia, kita bercakap ikut loghat negeri masing-masing, itulah bahasa ibunda kita. Walau bertahun merantau, loghat itu jugalah penambat hati kita dengan tanah tumpah  darah kita. Perkataan 'loghat' agak sama  dengan 'lughah' dalam Bahasa Arab yang bermaksud bahasa.  Teringat ketika mula-mula tiba di Oman, saya tercari-cari orang yang berasal dari Tanah  Serendah Sekebun Bunga, hinggalah akhirnya bertemu dengan seorang kakak, orang  Terengganu. Bagi saya 'teganu pun teganulah...asalkan dekat dengan loghat aku'. Rupa-rupanya, bahasa ibunda kita seakan darah daging kita...jika tidak digunakan akan terasa kekurangannya. Itulah hebatnya bahasa... Bila dah sampai ke arena antarabangsa, kita masih juga bercerita tentang isu yang sama, iaitu bahasa. Apakah bahasa yang kita ingin gunakan sebagai alat untuk berhubung  dengan

Lemas dalam Maklumat

Teknologi hari ini mampu membantu kita untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. Ia juga mampu membantu kita menjimatkan masa dan perbelanjaan kita semasa mencari maklumat. Bayangkan jika selama ini kita terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk mencari satu fakta, tetapi hari ini dengan hanya menaip satu dua perkataan, kita mampu mendapatkan rujukan daripada pelbagai buku, termasuklah kitab-kitab asal. Bagi pelajar dalam bidang agama pula terdapat CD yang memuatkan kitab-kitab asal karangan ulama-ulama silam daripada pelbagai bidang, begitu juga terdapat website khusus untuk rujukan. Sememangnya semua perkara menjadi mudah dan teramat mudah. Bagi anda yang suka membaca sudah tentu berasa senang dan gembira dengan perkembangan ini. Namun begitu sebagai seorang ibu, apakah kebanjiran maklumat sebegini membantu kita dalam mendidik anak-anak? Apakah teknik yang kita akan gunakan untuk mendidik anak-anak kita? Apakah kita rela anak-anak kita menghabiskan masa menghafal segala m

Cerita Lucu lagi...Huut

Huut...perkataan biasa bagi sesiapa yang belajar bahasa Arab. Bukan nama Nabi Hud, tetapi perkataan yang bermaksud 'ikan paus'. Jadi hari ini anda dapat belajar dua patah perkataan Arab iaitu 'Huut' dan 'samakah' iaitu ikan. Mengapa pula saya bercerita tentang perkataan-perkataan ini? Sebenarnya ada kejadian lucu berkaitan dengan 'huut', yang tidak boleh kami lupakan sewaktu ziarah ke Tunisia pada tahun lepas. Jadi saya cuba coretkan disini sebagai kenangan... Sebelum berangkat ke Tunisia saya sempat balik ke Malaysia untuk menghadiri kenduri kahwin adik serta menziarahi keluarga dikampung. Jadi saya sempat membeli beberapa makanan kegemaran anak-anak untuk dibawa ke sana, termasuklah ikan bilis. (Anak2 saya suka makan nasi lemak..) Selepas beberapa hari disana, saya cuba menyediakan nasi lemak untuk anak-anak yang telah bosan makan roti setiap hari. Proses pertama ialah membersihkan ikan bilis. Ketika itu juga biras dan adik ipar ada bersama-sama.

Cerita Lucu bila berbahasa 'Ammi

Alhamdulillah kami sekeluarga dah terbiasa menggunakan bahasa Arab formal apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan disini. Anak-anak juga sudah biasa bila digelakkan oleh rakan-rakan mereka kerana menggunakan bahasa Arab fushah. Ini kerana syarat untuk bertutur bahasa Arab ialah menggunakan perkataan formal, sesiapa yang menggunakan bahasa 'ammi' tidak akan dilayan. Anak perempuan saya menyatakan bahawa beliau merasa yakin bila berbahasa formal, terutama semasa didalam kelas. Kelebihan ini membantu beliau untuk cemerlang dalam pelajaran beliau. Manakala anak lelaki pula memberitahu bahawa mulai tahun ini, guru bahasa Arab beliau mewajibkan penggunaan bahasa Arab formal, sesiapa yang menggunakan perkataan 'ammi' akan dirotan. Alhamdulillah beliau tidak menghadapi masalah kerana kebiasaan bertutur dengan struktur ayat yang betul semenjak kecil. Namun begitu ada juga cerita lucu berlaku berkaitan penggunaan perkataan 'ammi'. Disebabkan terlalu fokus kepada peng