Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Kenangan Persahabatan

Bila mengenang kembali peristiwa yang dilalui sepanjang hidup ini, maka timbullah kembali cerita-cerita lama yang dilalui bersama-sama insan yang bernama SAHABAT. Sama ada dia seorang sahabat karib, atau sempat berkenalan sekejap sahaja, ia akan tetap hidup dalam memori orang memahami "apa itu sahabat?"

Bila kita baca sirah hidup Rasulullah SAW, kita akan bertemu cerita-cerita insan yang dinamakan "Sahabat Rasulullah", mereka yang pernah bertemu dengan baginda semasa hayat baginda, termasuklah sahabat yang menyampaikan ajaran baginda kepada generasi seterusnya. Mereka begitu ikhlas menyampaikan dakwah Islam serta meneruskan perjuangan baginda, sehingga ada yang sanggup berpindah ke tempat lain semata-mata kerana ingin meluaskan dakwah baginda. Begitulah hebatnya sahabat Rasulullah saw.

Menurut sejarah pada masa kewafatan Rasulullah saw, baginda mempunyai lebih daripada 100 ribu sahabat. Namun begitu, Rasulullah cuma mempunyai empat orang sahabat sejati, yang betul-be…

Ilmu Allah itu Sangat Luas

Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud:
"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

Sememangnya ilmu-ilmu Allah itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak. Kadang-kadang kita merasakan bahawa orang lain begitu hebat, memiliki ilmu yang luas, tanpa melihat ke dalam diri sendiri.

Bila kita menilai diri sendiri, barulah terasa bahawa kita juga memiliki ilmu yang tidak ada pada orang lain. Pengalaman hidup kita itulah ilmu yang paling berharga. Jadi bila kita fikirkan balik, semua orang memiliki ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Bila kita b…

Petua atasi batuk dan demam

Alhamdulillah semenjak berada dirumah sebagai surirumah, anak-anak saya tidak mengalami masalah kesihatan, mungkin kerana emosi mereka terjaga, serta dah semakin besar.

Jika diingatkan semasa saya bekerja dulu setiap minggu ada saja yang demam, batuk dan selsema. Tapi saya memang tidak suka memberi ubat dan antibiotik kepada anak-anak walaupun mereka demam. Saya akan cuba mencari penyelesaian cara lain seperti petua-petua dan amalan tertentu.

Namun begitu pada peringkat awal kanak-kanak saya memberikan anak-anak ubat homopati, kemudian bertukar kepada CVT.Sekarang saya lebih suka mengamalkan petua untuk mencegah masalah tersebut daripada berlaku.

Alhamdulillah semenjak berpindah ke Oman, saya mencuba petua untuk menggantikan ubat-ubatan hospital kepada anak-anak, dan saya dapati ia amat berkesan kepada anak-anak saya.

Saya lebih suka menggunakan cara menyejukkan badan anak-anak setiap kali mereka demam. Apabila saya melihat mata anak-anak agak tidak ceria dan bersinar seperti biasa, saya …

Sekadar Berkongsi...makanan anak-anak

Bila melihat kandungan e-mail yang saya terima, boleh dikatakan bahawa selalu ada cerita tentang makanan dan minuman yang dijual diluar, ada yang mengandungi bahan-bahan syubhah, akan yang dicampur dengan bahan yang tidak boleh dimakan serta pelbagai lagi.

Hari demi hari masalah berulang, entah bila dapat diatasi... tapi informasi yang belum pernah saya terima ialah kesan negatif yang didapati daripada buah-buahan. Nampaknya cara terbaik yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan masalah ialah dengan memakan buah-buahan. Didiklah anak kita memakan buah-buahan yang begitu banyak dan murah di Malaysia.

Sebenarnya itulah yang buat kami "rasa kekurangan" bila berada disini. Maklumlah keluarga kami dah terbiasa dengan makan buah-buahan terutama ketika berada di Kuala Lumpur. Buah-buahan boleh didapati dengan mudah dan murah serta segar jika dibandingkan dengan keadaan di sini. Kebanyakan buah-buahan diimpot, telah disimpan beberapa lama sebelum dijual dikedai.

Itulah kelebihan yang t…

Sijil Menjadi Ibu

Alhamdulillah, saya merasa bertuah kerana telah dikurniakan sijil menjadi ibu, setelah berjaya menamatkan sijil sarjana saya. Walaupun tidak ada majlis konvokesyen rasmi tapi ia amat bererti bagi saya.

Pengalaman empat tahun berturut-turut menghadapi ujian ini memang mengajar saya pelbagai perkara yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Sememangnya kita hanya merancang tapi Allah telah menetapkan segala-galanya. Apakah kita mampu mengubah ketetapan itu?

Kemudian ditetapkan juga pelbagai ujian sampingan lain, yang agak berat bila difikirkan. Tapi jika dibandingkan dengan insan lain barulah terasa sedikit saja ujian yang dihadapi itu. Bersama-samanya disediakan anugerah lain yang tidak terbatas alhamdulillah.

Sijil menjadi ibu ini amat penting kerana ia dianugerahkan bersama-sama tanggungjawab yang amat berat untuk dilaksanakan. Apabila mendapat sijil ini maka bermulalah tanggungjawab yang tidak akan berakhir hingga akhir hayat kita. Tanggungjawab mendidik insan bukan seperti tuga…

Apa ada pada Sijil?

Manusia hari ini berlumba-lumba untuk memiliki pelbagai sijil yang dianggap tiket untuk menempa kejayaan. Ada sijil akademik, sijil kemahiran, sijil kursus serta pelbagai lagi sijil.

Teringat kisah lama dimana setiap pelajar akan sibuk mengumpulkan sijil, terutama ketika ingin mengisi borang permohonan untuk sambung belajar. Ketika itu kita akan terasa hebatnya kawan-kawan yang memiliki banyak sijil serta memiliki pencapaian yang baik. Masa itu sijil menjadi begitu berharga.

Jadi bila berada di universiti ramai pelajar yang berusaha mengumpulkan pebagai sijil, dengan anggapan dapat membantu mereka ketika tamat pengajian nanti. Malah ada pelajar yang sanggup ponteng kelas semata-mata membuat persediaan untuk program yang akan menjanjikan sijil kepada mereka. Itulah harga sijil...

Jadi dimana-mana saja orang akan bercerita tentang kehebatan sijil, tanpa menyedari apa yang ada disebalik semua sijil-sijil tersebut. Sebenarnya ada pelbagai kisah suka-duka sepanjang pencarian sijil-sijil terse…

Sekadar berkongsi...buku-buku tentang wanita dan pendidikan anak-anak

Alhamdulillah semenjak berada di rumah, saya berpeluang membaca beberapa buah buku tentang wanita dan anak-anak.

Buku-buku hasil kajian Syeikh Khalid Abdul Rahman Al-'Ak amat menarik hati saya. Ini kerana terdapat beberapa buah buku yang beliau hasilkan menurut Al-Quran dan al-Sunnah, antaranya adaab al-hayah al-zaujiyyah, binaa al-usrah al-muslimah, tarbiyatul abnaa wal banat, syaksiyyah al-mar'ah al-muslimah, al-muharramat 'ala al'ma'rah al-muslimah, dan 'wajibaat al-mar'ah al-muslimah'.

Pejelasan yang diberikan amat menarik serta disisipkan dengan dalil-dalil daripada al-quran dan al-sunnah. Namun begitu saya kurang pasti adakah terdapat terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Melayu.

Jadi bagi akhawat yang boleh memahami bahasa Arab, elok juga mendapatkan ilmu daripada buku-buku ini. Sekurang-kurangnya kita cuba memahami sendiri apa penjelasan Islam tentang perkara-perkara pokok dalam kehidupan wanita.

Sememangnya saya akui sebelum berada dirumah, saya…

Pentingkah Imaginasi?

Alhamdulillah, tiba-tiba terfikirkan tentang imaginasi, mengapa ye? Perlukah imaginasi dalam hidup ini? Pentingkah kita memiliki daya imaginasi yang tinggi?

Mengapa persoalan ini timbul?
Bila berinteraksi dengan anak-anak, mereka selalu membayangkan pelbagai perkara yang tidak kita bayangkan. Bila mereka melukis, pelbagai hasil imaginasi mereka lukiskan, hinggakan garis-garis dimukapun mereka lukis.

Setiap orang memiliki imaginasi yang tersendiri, yang tidak boleh disamakan dengan imaginasi orang lain. Itulah kehebatan manusia.

Bila difikirkan balik dalam ajaran Islam kita diajar berimaginasi dalam banyak perkara. Bayangkan setiap kali kita mengaji al-quran kita dihidangkan dengan pelbagai tajuk imaginasi yang hebat-hebat seperti proses kejadian alam, kejadian manusia, keadaan manusia pada hari kiamat, keadaan manusia di syurga dan neraka.

Jadi mengaji al-quran adalah proses kita berimaginasi dan membentuk misi kita dimasa depan. Sekiranya kita mengaji al-quran setiap hari bermakna kita me…

Sedih Melihat Kisah Anak-anak Gaza

Semalam air mata mengalir lagi bila menonton cerita anak-anak Palestin di Gaza, sedihnya melihat penderitaan mereka. Tidak dapat saya bayangkan jika ia berlaku kepada anak-anak kita.

Anak-anak ini yang dah lali dengan bom tapi menjadi trauma dengan perang itu. Malah menurut pakar psikologi trauma ini akan mengambil masa untuk pulih sehingga kita tidak dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran anak-anak ini. Melihat dari luar mereka seperti kanak-kanak lain tapi bila disoal pelbagai reaksi negatif mula kelihatan.

Teringat pula kisah kanak-kanak yang disiarkan beberapa hari selepas gencatan senjata berlaku. Kanak-kanak yang kehilangan seluruh ahli keluarga kini yatim piatu. Apabila dibawa melawat runtuhan rumah beliau, kanak-kanak ini menceritakan tentang keluarga beliau yang semuanya syahid dibom dirumah sendiri sambil menunjukkan baju-baju dan barang-barang yang ditemui milik siapa. Akhirnya dalam kesedihan beliau bertemu dengan kucing kesayangannya di celah-celah runtuhan rumah. Itulah…

Lagi Pendidikan di Oman

Bila bercerita tentang pendidikan dimana-manapun ada sistem yang telah disusun oleh generasi terdahulu. Semua usaha tersebut dilakukan untuk memberi pendidikan yang tersusun kepada anak-anak.

Apabila anak-anak dihantar ke sekolah mereka belajar pelbagai perkara yang tak mampu ibubapa sediakan dirumah. Di situ mereka belajar bagaimana menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain, jauh dari ibubapa. Ilmu yang mereka dapat bukan setakat silibus yang diajar oleh guru-guru, tapi pelbagai cerita dan pengalaman kawan-kawan.

Kadang-kadang terlalu banyak cerita yang ingin mereka kongsi, kawan itu cerita tentang negara mereka, kawan lain cerita tentang adik-beradik mereka. Mereka berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing, berkongsi kemahiran masing-masing tanpa perlu diajar oleh ibubapa dan guru, alhamdulillah. Mereka juga belajar membawa diri dalam masyarakat kecil iaitu sekolah dengan disiplin tertentu yang mesti dipatuhi.

Manakala dirumah ibubapa berpeluang menambah ilmu kehidupan yang lai…

Pendidikan di Oman

Semalam anak sulung saya amat gembira ketika sampai di rumah dan memberitahu ada berita penting yang ingin dikongsi. Ingatkan apa, rupa-rupanya Cikgu di sekolah memberitahu bahawa minggu depan ada nazir dan pelawat akan melawat sekolah mereka.

Jadi apa pulak yang menyebabkan anak saya terlalu gembira? Takkanlah ada nazirpun gembira begitu sekali, apa kena mengena dengan dia?

Kemudian dia berkata lagi: "Umi tak nak tahu ke siapa yang akan datang tu?" Abla (panggilan untuk cikgu di sini) kata pelawat tu orang-orang dari Malaysia. Rupa-rupanya itulah punca kegembiraannya. Maklumlah bila berada di negara orang, bila dengar tentang orang sama negara pun dah begitu mengembirakan, apatah lagi dia seorang saja anak Malaysia yang bersekolah di situ.

Anak saya dah jadi seolah-olah duta kecil di situ, bila sebut saja Malaysia, orang memandang tinggi kepada dia, alhamdulillah. Jadi saya sentiasa ingatkan agar dia belajar bersungguh-sungguh dan menjadi contoh orang Malaysia yang berjaya. It…

Bersyukur Selalu

Alhamdulillah moga-moga kita termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan-Nya kepada kita.

Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di alam ini, berpeluang memiliki kasih sayang-Nya, kasih sayang suami, anak-anak, keluarga dan sahabat-sahabat kita.

Bersyukurlah kerana kita mampu berada di rumah tanpa perlu bertungkus lumus seperti wanita-wanita yang bekerja.

Bersyukurlah juga kerana dikurniakan cahayamata yang mampu memberikan kegembiraan kepada kita setiap waktu. Rehdalah dengan anak-anak kita, terimalah kebolehan mereka seada mereka.

Redhalah menerima segala ketentuannya, kerana bila kita meredhai bermakna kita bersyukur diatas limpah kurnia itu. Semakin banyak kesyukuran kita, makin luaslah rahmat Allah kepada kita.

Sekiranya terdetik dihati akan kekurangan kita, ingatlah bahawa manusia tidak pernah sempurna, yang sempurna hanyalah Allah swt. DIA telah memberi sebaik-baik pemberian kepada kita, jadi bersyukurlah. Alhamduli…

Mengapa Kita Mudah Terpengaruh?

Satu persoalan yang selalu bermain-main dikepala saya sejak sekian lama ialah "mengapa kita mudah terpengaruh?". Boleh dikatakan setiap orang pernah terpengaruh dengan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mengapa begitu?

Itulah yang menyebabkan sistem jualan langsung mampu berkembang luas di Malaysia. Jual lah apa-apapun pasti laku kerana pasti ada orang yang terpengaruh dengan kempen yang dijalankan. Apatah lagi orang yang pandai bercakap, makin lajulah jualannya. Apakah begitu mudah untuk mempengaruhi orang-orang Melayu?

Alhamdulillah semenjak berada di sini, tidak pernah saya temui perniagaan sebegini dijalankan ataupun diperkenalkan kepada saya, sedangkan semasa di Malaysia, ke mana saja berkunjung pasti ada promosi. Terfikir juga apakah orang di sini tidak tahu tentang jualan sebegini ataupun mereka susah untuk dipengaruhi?

Seronoknya bila mendengar penerangan tentang jualan langsung, akhirnya terpikat dan membeli sesuatu, yang kadang-kadang kita tidak perlukannya. Itulah kesan…

Seronokkah Menulis?

Alhamdulillah seronok menulis, bila ditulis apa-apapun ia akan menjadi hasil tulisan kita. Jika diingatkan sepanjang tempoh pengajian pelbagai kertas kerja, penyelidikan dihasilkan tapi ia tidak sama dengan menulis sebegini. Ini kerana penulisan sebegini lebih dekat dengan hati.

Dah jadi tabiat saya, bila saya berbuat sesuatu saya inginkan ramai sahabat turut sama. Jadi bila saya dah menulis blog mulutpun sibuk menyuruh rakan-rakan menulis sama, agar kita dapat sama-sama menyumbang sesuatu. Tulislah...wahai sahabat.

Teringat jiran Sudan terkejut bila saya menceritakan ramai surirumah Melayu menulis blog sebagai mengisi masa lapang. Beliau berkata: "Masya Allah jika begitu ramai surirumah terpelajar lah di Malaysia". Begitulah kira-kiranya..alhamdulillah. Beliau juga memiliki ijazah sarjana tetapi berada di rumah kerana mengikuti suami yang kerja di sini. Agak-agak macam saya juga le, belajar tinggi-tinggi berada di rumah...

Ada yang menyatakan tidak mempunyai cukup masa untuk m…

Pengalaman Mencari Diri 2

Alhamdulillah hari ini terasa ingin berkongsi pengalaman mencari diri lagi. Inilah di antara pengalaman yang memberi kesan yang amat mendalam kepada saya.

Saya memang suka belajar dan mengumpulkan maklumat (namun tidak sehebat pakar). Saya akan menghadiri program-program yang saya kira dapat memberikan input kepada saya. Alhamdulillah semasa mencari itu saya diketemukan dengan pelbagai ilmu, formal dan tidak formal.

Malah ada diantara ilmu tersebut masih pada peringkat penilaian sampai sekarang. Namun begitu ia tetap menjadi satu ilmu yang amat mahal kepada saya, yang tidak ada pada insan lain. Alhamdulillah.

Saya amat bersyukur kerana saya telah belajar ilmu asas sebelum belajar ilmu lain, jadi ilmu-ilmu tersebut menjadi pelengkap kepada ilmu yang telahpun saya pelajari iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun begitu ujiannya amat hebat, yang mana hanya penyerahan sepenuhnya kepada Allah yang boleh membantu. La haula wala quwwata illa billahi 'alayyil 'adzim.

Itulah kehebatan ilmu yan…

Mengapa Saya Menulis 3?

Alhamdulillah kali ini kita berkongsi lagi mengapa saya menulis? Apakah tujuan saya menghabiskan masa dengan menulis setiap hari, ada yang diposkan dan ada yang masih dalam draft folder.

Bagi saya tulislah sesuatu... kerana bila kita menulis kita akan terasa bahawa kita kita memberi sumbangan kepada masyarakat luar. Malah perkongsian ilmu akan membantu kita agar lebih mendalami dan memahami isu yang ditulis.

Ilmu tidak akan habis, malah akan semakin bercambah dengan menulis. Ini kerana setiap perkara yang kita tulis berkait dengan sesuatu, jadi perkaitan ini meluaskan pemikiran kita. Ini bermakna bila menulis kita akan meguatkan daya pemikiran kita.

Pilihlah sesuatu bidang dan tulislah apa-apa sahaja yang kita tahu ataupun persoalan kita mengenainya. Bila kita membaca balik kita akan berfikir kembali untuk memantapkan tajuk tersebut. Inilah satu cara kita meluaskan ilmu pengetahuan kita. Ingat..ilmu dapat membenteng kita ketika ditimpa musibah, jadi mulalah menulis.

Bagi saya, ia adalah &…

Mengapa Saya Menulis 2?

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi lagi apa tujuan saya menulis. Ini kerana bila ia dijelaskan saya akan terasa sesiapa yang pernah membaca tulisan diblog ini akan faham mengapa tulisan saya bercorak sebegini.

Sebenarnya saya sedang berlatih menulis dalam bahasa Melayu setelah mengabaikan bahasa ibunda ini semenjak menjejaki kaki ke UIA dari tahun 1989. Rupa-rupanya lebih kurang 20 tahun saya meninggalkan penulisan terutama bila tidak belajar karangan bahasa Malaysia.

Saya akui itulah kesilapan terbesar saya, walaupun bidang kajian saya semasa MA dan Phd berkaitan dengan masyarakat Melayu tetapi tulisan semuanya dihasilkan dalam bahasa Arab. Saya tidak tahu apakah ada orang Melayu yang mendapat manfaat daripada tulisan saya, namun saya berdoa agar usaha yang sedikit itu dapat menyampaikan ilmu tentang masyarakat Melayu kepada warga luar.

Jadi dalam tempoh ini saya cuba untuk menulis apa saja idea yang terlintas dalam kepala saya, logik atau tidak semuanya tidak penting, kerana s…

Mengapa Saya Menulis?

Alhamdulillah akhirnya saya beroleh kekuatan untuk menulis walaupun perasaan was-was sentiasa menganggu. Bukan senang untuk beroleh kekuatan meluahkan isihati kita jika kita tidak kuatkan hati.

Apatah lagi jika kita ingin menulis tentang satu area yang tidak diambilberat oleh orang lain. Tapi itulah perjuangan...menulis untuk meluahkan isihati agar boleh dijadikan panduan oleh orang lain.

Walaupun dah lebih 5 bulan berlatih menulis (Alhamdulillah), tapi persoalan 'mengapa saya menulis?' masih berlegar-legar difikiran saya. Untuk apa saya menulis? Apa manfaat yang orang lain dapat perolehi serta pelbagai lagi persoalan juga sentiasa berputar-putar dalam fikiran. Kadang-kadang terfikir buat apa menulis, bukannya boleh dapat pendapatan dari sini. Tapi kepuasan yang diperolehi dari sini lebih berharga dari wang ringgit.

Dulu-dulu saya nak boikot 'internet' sebab tak boleh nak tahan minat membaca, malah saya tidak benarkan suami masukkan line internet di rumah kerana takut mas…

Hebatnya Ciptaan Allah

Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh Allah swt untuk bernafas di alam ini. Peluang untuk mengatur hidup yang kita tidak tahu bila akan berakhir.

Jadi dalam mengharungi kehidupan ini kita akan bertemu pelbagai ragam manusia, yang memang akan menguji keimanan kita. Alhamdulillah itulah tanda Allah menyayangi kita. Itu juga tanda betapa hebatnya makhluk ciptaan Allah ini. Oleh itu sentiasalah berpandangan positif kepada setiap insan yang kita temui, moga Allah menimbulkan rasa kasih dihatinya terhadap kita.

Sekiranya kita ingin berfikir tentang kehebatan ciptaan ini, lihatlah dari mana-mana sudutpun kita akan bertemu jawapannya. Subhanallah. Melihat semut berbaris-baris dan bekerjasamapun sudah cukup mengajar kita. Apatah lagi lalat yang berterbangan, ulat-ulat yang memakan daun semuanya memberi gambaran kehebatan Allah swt.

Walaupun kadang-kadang kita terasa apa gunanya Allah menjadikan makhluk sebegitu. Namun DIA lebih tahu kegunaan setiap kejadian-NYA. Itulah kehebatan Allah yang tida…

Belajar di Rumah (Homeschool)

Bila dah sebut tentang Homeschool dalam tulisan lepas, terasa nak tulis lebih lanjut tentang "Homeschool" ni.

Apakah yang dikatakan "homeschool"? Menurut penjelasan yang saya faham ialah "homeschool" ialah:
"Students are considered to be homeschooled if (1) they are ages 5–17 in a grade equivalent to at least kindergarten and no higher than 12th grade; (2) their parents report them as being schooled at home instead of at a public or private school for at least part of their education; and (3) their part-time enrollment in public or private schools does not exceed 25 hours a week. Students who are schooled at home only because of a temporary illness are not considered to be homeschooled students." Dari fitragroup.com.

Dalam wikipedia homeschool ditakrifkan sebagai
"Homeschooling (also called home education and sometimes spelled home schooling) is the education of children at home and in the community, in contrast to education in an institution su…

Betul atau Tidak?

Setiap orang memiliki cara tersendiri untuk mendidik anak-anak, betul atau tidak itu terpulang kepada persepsi masing-masing.

Masyarakat dulu tidak menekankan pendidikan anak-anak pada peringkat awal, malah memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Jadi peringkat awal hidup kanak-kanak dihabiskan untuk bermain dan meneroka alam sekitar. Begitu banyak ilmu tidak formal yang mampu dikutip oleh anak-anak hasil daripada bermain-main dengan kawan-kawan dan alam sekeliling mereka.

Sememangnya anak-anak bebas melakukan sesuka hati mereka hinggalah mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Tiada istilah cerdik atau pandai diberikan, malah tiada sesiapa mempersoalkan cara pendidikan sebegini. Malah sepanjang tempoh berada di sekolah rendah, mereka masih berinteraksi dengan alam sekitar, mandi sungai, memanjat pokok, masuk hutan serta pelbagai pelajaran tidak formal.

Anak-anak yang tidak pernah dikenalkan dengan huruf a, b, c... ataupun 1, 2, 3... ataupun alif, ba, ta... sedari kecil ini da…

Sehari Bersama Mufassir

Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Mufassir Ustaz Ahmad Sonhadji Ahmad, penulis kitab Tafsir Abr Al-Athir. Sebuah kitab tafsir dalam bahasa melayu yang menjadi rujukan ramai pelajar sekarang.

Lebih mengembirakan lagi saya juga diberi kesempatan untuk menginap di rumah beliau dan berkenalan dengan beberapa orang ahli keluarga beliau. Itulah ketentuan Allah ketika saya sedang menyiapkan tesis sarjana saya.

Entah mengapa saya teringin sangat untuk menulis tentang tafsir tersebut yang masih belum dibuat kajian lagi pada waktu itu. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah, malah perjalanan tesis tersebut juga begitu mudah. Alhamdulillah.

Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk bertemu beliau memandangkan saya perempuan, dan tidak pernah berkunjung ke Singapura, tempat tinggal ustaz Ahmad Sonhadji. Akan tetapi ketetapan Allah mengatasi segala-galanya.

Setelah berjaya menyiapkan bahagian pertama tesis, tiba-tiba saya dipertemukan dengan seorang…

Seronok Berada di Oman

Alhamdulillah semakin hari kami semakin seronok berada di Oman, maklumlah keadaan di sini yang agak tenang berbanding semasa berada di Kuala Lumpur dulu. Malah waktu kerja suami juga agak singkat iaitu dari 8 pagi hingga 1 tengahari, alhamdulillah. Jauh bezanya ketika berada di Kuala Lumpur keluar pagi bila nak maghrib baru sampai ke rumah semula. Waktu kerja sektor kerajaan di sini bermula 7.30 pagi hingga 2.30 petang.

Beberapa hari lepas saya terbaca satu tulisan dalam Berita harian Online yang bertajuk "Muscat Bandar Selamat". Terasa betul isi kandungan tulisan tersebut yang menceritakan tentang keadaan di Oman. Makin terasa sayangkan tempat ini walaupun bukan negara sendiri.

Saya terkejut bila membaca kriteria untuk menentukan keselamatan satu-satu tempat berdasarkan keadaan Duta US. Alamak betul ke? Dinyatakan bahawa di Muscat, Duta US boleh bersiar-siar ke sana sini tanpa pengawal pengiring seperti di tempat lain.

Bila dilihat kedutaan di sini kebanyakannya tidak berpenga…

Surat Berantai

Saya selalu menerima e-mail yang menyuruh kita meneruskan 'forward' e-mail tersebut kepada kawan-kawan lain. Kadang-kadang 7 orang, 9 orang, 1o orang, 12 orang serta pelbagai versi lain.

Yang tak sedapnya ia seolah-olah menakutkan penerima e-mail tersebut bahawa dia akan ditimpa bencana sekiranya tidak forwardkan e-mail tersebut. Ada jugak yang menggunakan tajuk "betul ke" bagi e-mail berkaitan amalan-amalan tertentu. Amalan tersebut memang baik, tapi cara penyebarannya yang tak betul.

Sebenarnya amalan yang dikirimkan tersebut amat baik jika kita amalkan, akan tetapi bila dikaitkan dengan jumlah penerima dan kesannya, ia menghilangkan nilai ilmu yang dikirimkan tersebut. Mengapa digunakan tajuk "betul ke" kepada amalan yang baik? Apakah kerana dikaitkan dengan mengirim kepada jumlah tertentu. Macam-macam..

Bagi yang sedar tentang kebaikan menyebarkan ilmu, tanpa perlu ditetapkan jumlahnya, dia akan terasa bertanggungjawab menyebarkannya. Sekurang-kurangnya b…

Surirumah Penganggur?

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan menonton perbincangan tentang "Pembantu Rumah: Penjenayah atau Dizalimi?". Memang menarik perbincangan ini kerana penonton disajikan dengan komen-komen dan panggilan secara langsung daripada penonton. Jadi kita mendapat maklumat dan berkongsi pengalaman mereka.

Menurut Ahli Panel (lupa nama dia...) 90% daripada rumah-rumah di Arab Saudi memiliki pembantu rumah. Maknanya ramai betul orang luar disitu, yang kebanyakannya dari Indonesia, Filipina dan India. Manakala 50% daripada rumah yang memiliki pembantu rumah menyerahkan urusan sepenuhnya kepada pembantu rumah, termasuklah urusan memasak dan mendidik anak-anak.

Bayangkan apa yang surirumah buat sekiranya tidak melakukan tanggungjawab utama mereka, iaitu mendidik anak-anak? Bayangkan keadaan anak-anak yang mendapat didikan pembantu rumah? Malah ada remaja yang menelefon memberitahu bahawa sebenarnya mereka lebih dekat dengan pembantu rumah kerana sikap ibubapa yang terlalu garang. Bayan…

Luahkan Sayang Anda

Alhamdulillah hari ini saya ingin bercerita tentang satu lagi sikap wanita-wanita Arab yang saya temui. Bagi saya sikap ini juga bagus untuk kita amalkan iaitu suka meluahkan perasaan sayang mereka sesama kawan-kawan. 'Astaqtu ilaiki' (saya rindu pada awak), 'uhibbuki fillah' (saya sayangkan anda kerana Allah) serta pelbagai lagi ungkapan-ungkapan yang sedap didengar.

Perkataan "hubb" inilah yang mengikat persahabatan sesama mereka. Malah ada yang meggunakan perkataan ini pada setiap ayat yang dituturkan, hinggakan kita yang mendengar turut terpesona. Sebagai contoh "uhibbu an aqul..." (saya suka menyatakan....).

Cuba lihat muka kita bila menuturkan perkataan ini "uhibbu", tengoklah memek muka bila menyebut perkataan ini, ia perkataan yang berakhir dengan senyuman. Bayangkan betapa manisnya muka orang yang mengucapkan perkataan ini dari hati dengan perasaan tulus ikhlas, Subhanallah. Inilah 'dhuq' bahasa Arab yang tidak ada pada ba…

Menangani Stress Belajar

Alhamdulillah hari ini saya berusaha untuk memenuhi janji berkongsi pengalaman menangani stress masa belajar. Moga ia boleh dimanfaatkan oleh adik yang bertanya dan kawan-kawan yang berminat.

Saya bukanlah pakar motivasi malah cara yang saya gunakan juga mungkin tidak sama dengan cara-cara yang disarankan oleh pakar motivasi belajar. Namun begitu cara ini banyak membantu saya menangani stress sewaktu belajar di sekolah dan universiti suatu ketika dulu.

1. Perasaan Seronok belajar
Bagi saya stress datang daripada pelbagai faktor, akan tetapi ia boleh diatasi sekiranya kita mempunyai perasaan seronok belajar. Sekiranya kita mampu menjadikan diri kita seronok untuk belajar dan diajar, kita tidak akan terasa stress. Ini kerana kita sentiasa seronok untuk hadir ke kelas setiap hari, dan dapat memberikan tumpuan semasa belajar.

Perasaan seronok belajar pula boleh didapati daripada banyak cabang, yang paling utama adalah diri kita, kemudian guru, kawan-kawan dan persekitaran. Niatkanlah bahawa k…