Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Persoalan Teori Personaliti

Sekadar ingin berkongsi satu ilmu yang telah saya pelajari suatu ketika dulu, moga ia menjadi satu renungan buat kita semua.

Dalam mencari diri kita akan bertemu pelbagai ilmu, ada yang baik dijadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan. Satu ilmu yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama-sama disini ialah ilmu mengenal personaliti diri menurut CVT.

Bila dilihat kepada penjelasannya, ia begitu menarik sekali malah ia mampu menjelaskan pelbagai perkara yang mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Bila direnung perjalanan untuk sampai kesitu saya telah bertemu pelbagai cara untuk mengenali personaliti diri sendiri. Betul atau tidak itu persoalan selepasnya.

Walauapapun ilmu itu sama ada menurut perspektif timur atau barat, orang yang paling mengenali kita ialah ibubapa dan adik-beradik kita sendiri, kerana mereka telah lama hidup bersama-sama dengan kita, serta telah begitu lama bersama-sama susah senang dengan kita.

Itulah hebatnya ajaran Islam yang menyuruh kita mengh…

Apa yang Kita Cari di Sini?

Saya selalu terfikir apakah yang aku cari disini? Menghabiskan masa berblogging, membaca di sana sini, apakah ia memberi makna kepada hidupku ataupun ia cuma menjadi satu sebab untukku menghabiskan masa setiap hari.

Apakah ia begitu bererti sekali kepada diri ini? Apakah ia satu-satunya cara untuk aku meluahkan isihati? Ataupun aku telah berjaya dipengaruhi oleh teknologi ini?

Memang ramai yang telah berjaya ditarik oleh teknologi ini, begitu juga ramai yang telah mampu menghimpun kekayaan hasil daripada teknologi ini. Namun begitu apakah kita mendapat kepuasan hakiki? Apakah kita betul-betul beroleh ketenangan dengan menghabiskan masa disini?

Jawapannya terdapat dalam diri kita, fikirlah sedalam-dalamnya, apakah faedah positif yang mampu kita perolehi disini? Pastikan juga bahawa kita mampu membuat sesuatu dari sini. Juga pastikan ia tidak menjadi tempat untuk kita menghabiskan masa tanpa berbuat sesuatu yang berfaedah.

Peringatan buat diri, isilah masa lapangmu dengan melakukan perka…

Selepas Setahun Perang Gaza

Hari ini genap setahun perang Gaza berlaku, apakah kita masih mengingati peristiwa yang amat menyayat hati itu? Peristiwa yang banyak meninggalkan pengajaran buat umat Islam seluruh dunia.

Hari ini banyak laporan tentang kesan perang tersebut kepada umat Islam di Gaza, apatah lagi ia bertepatan pula dengan 10 Muharram, hari yang disambut secara besar-besaran oleh orang Syiah, bersempena pembunuhan Saidina Hussin, cucu Rasulullah saw.

Setelah setahun berlalu umat Islam Gaza masih lagi menderita, kepungan ke atas mereka tidak dimansuhkan. Sekarang masuk tahun ke empat mereka menderita, penderitaan yang tidak pernah kita rasai tapi amat berat buat umat Islam yang masih teguh mempertahankan tanahair mereka.

Semalam umat Islam di Nablus, Tebing Barat diserang oleh orang-orang Israel, ramai yang syahid termasuklah yang dibunuh dihadapan mata isteri yang sarat mengandung. Sesungguhnya askar Israel mengganas tidak kira masa, apa yang umat Islam Palestin ada hanyalah semangat dan doa.

Memang sed…

Program Hujung Minggu

Imej
Hadiqa Qurm - tempat rehat di hujung minggu

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik seminggu berlalu.
Alhamdulillah hari ini bermula lah rutin harian setelah berehat dihujung minggu iaitu Khamis dan Jumaat. Hujung minggu ini program kami seperti biasa, berkumpul ditaman dengan kawan-kawan Arab, ditambah pula piknik dengan kawan-kawan Malaysia di sini menyebabkan ia menjadi agak padat.

Seronok juga bila berpeluang berkumpul dengan kawan-kawan, cakap Arab ke Melayu ke semuanya sama. Yang penting ada kawan-kawan untuk bersembang dan meluahkan isihati. Tapi seperti biasa, saya lebih suka mendengar dan menyampuk sekali-sekala. Itulah sebabnya tak mahir cakap Arab lagi.

Alhamdulillah pertemuan hujung minggu ini dihadiri oleh lebih banyak keluarga, menyebabkan suasana menjadi sangat meriah. Yang sangat seronok adalah anak-anak, kerana mereka berpeluang untuk bertemu dan bermain dengan kawan-kawan mereka.


Air Terjun buatan yang amat menarik bila dilihat dari atas bukit.

Anak-anak say…

Barangan Kitar Semula

Sekadar berkongsi idea yang diperolehi daripada program ibu-ibu di sekolah hari ini.

Dalam program tersebut ibu-ibu diberi idea bagaimana membantu anak-anak membuat aktiviti dengan menggunakan barangan yang lama dan tidak diperlukan lagi. Seronok juga melihat pelbagai produk hasil barang buangan, yang ada diantaranya tidak pernah kita fikirkan.

Sebenarnya program tersebut adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan mengitar semula barangan disekeliling kita. Ia akan lebih berjaya sekiranya kita memberi pendedahan lebih awal kepada kanak-kanak.

Begitu juga penggunaan barangan kimia ditukarkan kepada barangan daripada alam semulajadi, seperti pewangi tandas digantikan dengan bunga-bungaan seperti raihanah, lavender dan lain-lain. Ia bukan sahaja mewangikan rumah kita secara semulajadi, malah membantu kita menjaga kesihatan ahli keluarga kita.

Alhamdulillah kaum ibu diberi pelbagai pendedahan dalam usaha membantu anak-anak disekolah. Ini adalah usaha untuk menambah kemahiran berfikir …

Persoalan belum terjawab...

Setiap hari yang dilalui menambahkan lagi persoalan difikiran ini. Entah kenapa saya suka sangat berfikir tentang pelbagai persoalan disekeliling saya terutamanya kejadian alam ini.

Saya selalu bayangkan sekiranya saya berada di dalam sebuah perpustakaan saya akan mampu mendapat jawapan kepada setiap persoalan ini. Namun begitu belum tentu semua persoalan ini akan terjawab. Saya juga bayangkan betapa seronoknya jika saya bertemu dengan seseorang yang mampu menjawab segala persoalan ini tanpa perlu saya mengkaji sendiri.

Persoalan kali ini ialah umat Islam menggunakan kalendar hijrah dalam menentukan amal ibadat, sedangkan kalendar tersebut sentiasa berubah-ubah tidak seperti kalendar masihi yang tetap. Jika kita melihat perubahan musim dalam kalendar masihi kita akan dapati bahawa ia seolah-olah tetap, setiap kali datang bulan Jun bermulalah kepanasan di sini, begitu juga setiap kali Januari menjelma, kami akan merasa kesejukan yang amat sangat.

Namun sekiranya kita mengira mengikut k…

Berhati-hati menyebarkan Hadis

Bersempena Awal Muharram ramai yang menulis mengenai amalan yang digalakkan pada pada akhir dan awal tahun hijri. Dari situ keluarlah pelbagai hadis berkaitan dengan amalan membaca doa awal dan akhir tahun termasuklah fadhilat-fadhilatnya.

Ramai penulis blog yang  memasukkan doa-doa tersebut yang kemudiannya akan disalin dan diletakkan diblog lain. Sememangnya ramai yang berminat untuk membuat kebaikan, akan tetapi apalah maknanya jika usaha tersebut hanya menyebarluaskan lagi hadis-hadis yang tidak diketahui asalnya.

Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan kalendar tahun hijrah dimulakan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, iaitu selepas kewafatan Rasulullah saw, jadi dari mana datangnya hadis berkenaan kelebihan doa akhir dan awal tahun? Itulah persoalannya.

Memang tidak salah untuk kita berdoa kerana Doa itu senjata Mukmin, akan tetapi bila ia disertakan dengan kaifiat dan fadhilat tertentu, maka lain jadinya. Kita digalakkan berdoa sepanjang masa, akan tetapi persoalannya ialah ap…

Cerita Hujung Minggu

Cuti hujung minggu di Oman ialah Khamis dan Jumaat, sekiranya ada cuti lain maka akan diganti pada hari-hari sebelum ataupun selepas hujung minggu. Ini akan menjadikan cuti tersebut lebih panjang dan memberi peluang kepada anak rantau kembali ke kampung masing-masing untuk bersama-sama keluarga tercinta.

Kadang-kadang cuti umum lain digabung menjadikan satu masa cuti yang agak panjang, jadi kita mesti mendengar pengumuman cuti yang selalunya dinyatakan berdekatan tarikh cuti tersebut. Sebagai contoh cuti raya haji digabung sekali dengan cuti hari kemerdekaan Oman menjadikan cuti tersebut seminggu. Itulah cara kerajaan disini memberi cuti kepada penduduknya, dalam usaha menjaga hubungan kekeluargaan penduduknya.

Hari ini kami masih bercuti untuk mengantikan cuti Maal Hijrah, jadi hujung minggu kali ini 3 hari, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Ramai yang bercuti ke tempat lain, tetapi bagi kami memadai berada disini serta meneruskan aktiviti hujung minggu bersama-sama rakan dan jiran.

A…

Fakta yang Mengelirukan

Apabila membaca buku, jurnal dan sebagainya kita akan bertemu pelbagai fakta yang akan kita ambil sebagai panduan. Ada fakta yang betul, ada yang mengelirukan malah banyak fakta yang masih perlu diperjelaskan lagi.

Jika kita meneliti fakta yang digunakan didalam buku-buku lama, banyak fakta sama yang diulang. Malah jika kita membaca buku-buku agama, kebanyakan fakta disalin tanpa diolah terlebih dahulu. Oleh sebab itu apabila membaca buku kita akan bertemu perkara sama diulang oleh berbagai-bagai penulis. Itulah situasi yang berlaku dalam bidang penulisan.

Bila berbicara mengenai fakta yang disalin tanpa diolah semula, saya teringat pengalaman ketika mengumpul maklumat untuk menulis tesis Phd dahulu. Memandangkan tajuk yang saya pilih ialah mengenai adat di Malaysia, agak susah untuk mencari buku-buku mengenainya, jadi pembacaan saya banyak difokuskan untuk meneliti tesis ilmiah pelajar universiti.

Jadi disitu saya telah bertemu pelbagai tajuk dibawah topik 'adat' serta kajian…

Awal Muharram dihati Kita.

Awal Muharram akan bermula sehari dua lagi, pelbagai perkara yang saya fikirkan disaat ini. Apakah membuat perancangan baru ataupun meneruskan matlamat lama yang masih belum tercapai.

Bila menyebut awal Muharram ramai yang seronok kerana dapat bercuti, tapi dalam masa yang sama berapa orangkah yang masih menggunakan kalendar ini dalam hidup seharian. Tidak ramai yang dapat memberitahu tarikh hijri dengan tepat apabila ditanya, malah tidak ramai yang menghafal bulan-bulan Islam jika dibandingkan dengan tahun masihi.

Sebenarnya bagi orang Islam, banyak amalan bergantung kepada kalendar hijri, termasuklah puasa hari-hari putih, iaitu 13,14 dan 15 haribulan hijri. Jika kita tidak mengambilkira kalendar hijri, memang kita akan terlepas daripada melakukan amalan sunat pada hari-hari tersebut.

Begitu juga kita akan terlepas daripada menghayati pelbagai sirah Rasulullah yang amat elok untuk dihayati kembali. Jadi bermulanya awal Muharram kali ini, seeloknya kita cuba menghayati kembali cerita…

Kepelbagaian cara mendidik Anak-anak

Bila bergaul dengan surirumah pelbagai bangsa, berbagai-bagai ilmu tentang pendidikan anak-anak dapat dikutip. Memang setiap orang memiliki cara tersendiri mendidik anak-anak, kerana mereka lebih memahami anak-anak mereka.

Dalam usaha mendidik anak dalam dunia yang mencabar hari ini kita tidak boleh bergantung kepada orang lain. Sesibuk manapun kita, pastikanlah hubungan dengan anak-anak terjalin erat kerana dari situ terserlah personaliti anak-anak kita.

Kadang-kadang terfikir bahawa tugasan ini bukan mudah untuk dilaksanakan, tapi kita tidak boleh lari daripada menunaikannya. Itulah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa.

Diantara beberapa perkara yang saya pelajari daripada kawan-kawan ialah cara mendidik anak bersabar. Cara yang digunakan ialah setiap kali anaknya yang berumur 5 tahun marah, beliau menyuruh anaknya mengawal perasaan marah tersebut dengan mengawal pernafasan dan mengenggam kedua-dua tangan sehinggalah perasaan tersebut dapat dikawal. Hasilnya anak beliau mampu menga…

Perantau...apa yang dicari?

Perantau...itulah istilah yang diberikan kepada orang yang berada jauh dari tempat kelahiran.

Saya selalu berfikir, apakah yang aku cari daripada perantauan ini? Apakah keadaan ini akan berterusan ataupun kembali memulakan hidup ditanahair seperti kawan-kawan lain?

Bila dikenang kembali kisah perantauan saya bermula 20 tahun lalu ketika saya diterima masuk ke Matrik UIA, dari situlah saya berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Alhamdulillah banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang tempoh tersebut.

Namun begitu saya bukan pelancong dan saya tidak suka melancong. Saya lebih suka mengenali tempat tinggal saya secara lebih dekat, dengan cara bergaul dengan jiran-jiran sekeliling ataupun berjalan kaki meneroka kawasan sekitar.

Teringat pula kisah ketika kami tinggal di Shah Alam, alhamdulillah kami sempat berjalan-jalan mengenali tempat tersebut setiap kali hujung minggu, termasuklah kawasan Taman Pertanian Shah Alam yang terletak tidak jauh daripada asrama kami ketika itu. Sememan…

Indahnya Ciptaan Allah

Imej
Inilah anak-anak saya, sedang meneroka kawasan pantai Bustan yang selalu kami kunjungi. Kali ini mereka lebih suka bermain didaratan sebab cuaca yang agak sejuk sekarang, mereka sudah tidak mampu berenang lama-lama dalam air. Jadi haluan diubah untuk mendaki bukit yang terletak dipantai tersebut serta memerhati keindahan dan keunikan ciptaan Allah.


Ini pula pemandangan pantai Marjan dekat Ras Al-Hamra.
Anak-anak berjalan melintasi kawasan tinggi untuk ke bahagian hujung yang amat cantik. Dihujung kawasan tersebut mereka berpeluang berenang sambil melihat penyu berenang.


Ini pula kawasan pantai Marjan apabila air surut, anak-anak seronok melihat "kunfuz al-bahr" (kalau tak silap landak laut). Memang seronok bila berpeluang melihat keajaiban ciptaan Allah yang jarang kita temui ditanahair sendiri.


Ini pula bentuk batuan yang menganjur ke laut di Pantai Bustan. Yang uniknya batu-batu tersebut seolah-olah disambung dengan unsur lain berwarna putih. Biasanya apabila garisan putih y…

Rumah oh rumah...

Bila bercerita tentang rumah memang seronok. Sememangnya orang-orang Malaysia patut bersyukur kerana peluang untuk memiliki rumah memang terbuka luas dengan harga yang amat murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Inilah antara topik yang selalu dibincangkan sesama surirumah, cerita betapa sukarnya orang negara lain untuk memiliki sebuah rumah untuk berteduh. Ramai yang memilih untuk merantau semata-mata ingin memiliki sebuah rumah untuk keluarga. Sampai bila ingin menyewa, sedangkan keadaan kewangan tidak mengizinkan mereka memiliki rumah.

Kemudian apa akan jadi kepada generasi seterusnya? Ramai yang terpaksa membina rumah diatas rumah sedia ada, dengan kata lain menyambung tingkat atas rumah ibubapa mereka. Akan tetapi berapa ramai yang berpeluang untuk berbuat begitu? Rumah adalah keperluan asas setiap keluarga, disitulah kenangan anak-anak.

Namun anak-anak kami tidak berpeluang mengecapi keadaan begitu kerana kami adalah perantau, berpindah dari satu rumah ke rumah lain,…

Undang-undang Baru di sini

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menulis lagi, saja ingin berkongsi mengenai satu pindaan undang-undang disini berkaitan pekerja asing.

Sebenarnya disini ada satu jenis visa yang dikeluarkan yang memberi kebenaran untuk warga Oman membawa masuk pekerja asing untuk bekerja dengan mereka atas nama "Free Visa". Biasanya mereka dibenarkan untuk bekerja dikebun-kebun, kedai-kedai serta pelbagai tempat lain, dengan syarat pekerja asing tersebut bekerja ditempat yang tertulis didalam visa mereka.

Malangnya ramai orang-orang disini menyalahgunakan kebenaran tersebut dengan membawa masuk ramai pekerja asing untuk melakukan kerja sendiri termasuklah menjadi pembantu rumah separuh masa. Pekerja-pekerja ini melakukan kerja dipelbagai tempat kemudian mereka terpaksa membayar kepada orang yang membawa mereka masuk (kafil) dalam jumlah tertentu.

Ekoran dari situ terdapat pelbagai masalah timbul, yang mana kadang-kadang pekerja ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kadang-kadan…

Jangan Mudah Buat Cerita...

Bila dah bercerita tentang kejadian semalam (kejadian kebakaran), maka ia akan menjadi kisah yang panjang. Saya ingatkan bahawa ia akan terhenti di situ, rupa-rupanya silap tekaan saya...macam-macam cerita tersebar, nasib baik saya tidak pandai lahjah Arab ni, susah lah untuk saya sertai cerita mereka. Sekiranya saya terdengar pun susah untuk saya memahaminya.

Entah kenapa, berat sangat hati ni nak memahami lahjah Oman, Sudan, Mesir, Tunisia, Jordan mungkin sebab banyak sangat perbezaan sebutannya. Akhirnya buat-buat faham walaupun tak faham sepenuhnya...

Mungkin juga kerana saya sudah tanamkan dalam diri cuma ingin menggunakan Arab Fushah. Cuma kadang-kadang kesian juga dengan kawan-kawan kerana mereka susah untuk menggunakan bahasa Arab Fushah. Dulu-dulu saya bayangkan bahawa semua orang Arab akan mampu bercakap Arab fushah kerana itu bahasa mereka, rupa-rupanya tidak.

Tapi susah mereka tidak sesusah kita, orang ajam untuk bercakap Arab kerana mereka mengetahui perkataan-perkataan ya…

Kisah Semalam

Semalam kita menyambut raya, ramai yang bergembira tapi ada juga yang tidak ceria terutama perantau. Ketika inilah kita teringatkan kampung halaman serta sanak saudara tercinta.

Alhamdulillah tahun ini kali pertama kami melaksanakan ibadah korban disini. Yang elok sistem disini ialah ada tempat penyembelihan disediakan, dimana kita boleh membeli lembu atau kambing untuk dikorbankan kemudian ditinggalkan sehingga hari raya. Kemudian tuan punya haiwan tersebut mesti datang mengambil nombor giliran dan beratur untuk proses penyembelihan.

Biasanya perantau yang menggunakan sistem ini, untuk memudahkan urusan tanpa memerlukan bantuan ramai orang. Alhamdulillah kali ini kami mendapat tahu dan cuba melaksanakannya.

Sewaktu tengahari ketika menziarahi jiran, terasa seolah-olah beliau tidak bergembira menyambutnya. Memang tiada perbezaan daripada hari-hari biasa menyebabkan hati ini amat tersentuh. Tiba-tiba terfikir untuk mengundang beliau dan keluarganya makan malam dirumah sambil memasak be…

Akhirnya Aku Mengalah...

Apa dah jadi...kata dah nak tutup blog ni akhirnya buka semula...begitulah manusia.
Rasanya nak motivasikan diri, tak termotivasi juga...jadi kena fikirkan semula bagaimana nak jadi efektif?
Mungkinkah efektif tu lebih sesuai buat diri ini...

Begitu juga dulu-dulu rasa tak nak join facebook, last last terpaksa join juga sebab ramai kawan-kawan yang ajak join. Moga-moga niat ikhlas ini beroleh keberkatan serta dijauhkan daripada kesan-kesan negatif. Moga dapat mengeratkan ukhwah sesama kita.

Apakah ini pengorbanan yang perlu dilakukan bersempena dengan Idil Adha kali ini? Mengorbankan sedikit prinsip untuk kebaikan yang maksimum.

Moga Allah merahmati kita semua.

SALAM IDIL ADHA 1430H. KULLU 'AAM WA ANTUM BI ALF KHAIR

Dekat Setahun Menulis...

Alhamdulillah dalam beberapa hari lagi genaplah setahun usia blog ini. Ada pelbagai idea tertulis disini dan perlu dikembangkan lagi.

Bersempena dengan Syawal kali ini, Surirumah Efektif akan menamatkan blog ini,dan memulakan blog baru. Idea-idea yang ada di sini akan dikembangkan lagi secara ilmiah.

Kepada sahabat yang masih berminat untuk membaca penulisan saya, boleh mengunjungi blog www.suriummah.blogspot.com bermula pada awal bulan Oktober.

Moga dapat berkongsi idea dan pengalaman di situ.

Hari Raya Di Oman

Seronoknya mendengar cerita ahli keluarga di kampung sudahpun berhariraya, manakala negara jiran di sini juga sudah menyambut hariraya pada tarikh yang akan menjadi kenangan 20092009.

Namun begitu kami di Oman masih lagi berpuasa menyempurnakan hari ke-30 Ramadhan kerana anak bulan tidak nampak.

Memang telah diduga anak bulan tidak nampak berpandukan pengalaman ketika sampai di sini tiga minggu lepas. Keadaan udara di sini sekarang begitu berhabuk, macammana nak melihat anak bulan.

Teringat ketika kapalterbang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, keadaan terlalu berjerebu ketika itu, berbanding keadaan di Doha yang amat bersih dan jelas pada pandangan mata kasar saya. Sampai hari ini jarak penglihatan kasar masih kabur, mungkin itulah sebabnya anak bulan tidak dapat dilihat di sini.

Apa-apapun kami akan beraya juga esok, walaupun lewat sehari. Moga kita telah berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan jayanya dan semoga segala latihan yang telah dijalani akan ma…

Masih Ingatkah lagi Al-Quran itu?

Alhamdulillah dalam masyarakat hari ini ramai yang telah mempunyai kesedaran dalam mengamalkan ajaran agama Islam. Ramai ibubapa yang amat menitikberatkan ajaran ini menyebabkan wujudnya ramai remaja alim.

Bertuahnya anak-anak ini kerana dididik dengan sempurna oleh ibubapa yang mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka. Suasana ini amat berbeza daripada zaman kanak-kanak kami. Bak kata suami: "Kita tidak pernah diajar untuk berdoa sebelum berbuat apa-apa, malah ramai yang tidak diberitahu kepentingan solat dan mengaji al-Quran." Kita melakukannya apabila hati tercari-cari sesuatu.

Malah di negara beliau, yang amat jelas kesekularannya, anak-anak menjadi semakin jauh dari agama sendiri walaupun negara Arab. Alhamdulillah bahasa mereka masih membantu mereka mengaji dan menghayati al-quran walaupun tidak seperti kanak-kanak di negara lain. Namun begitu tidak ramai yang mendidik anak-anak mendirikan solat sehinggalah mereka mencarinya sendiri. Bayangkan remaja yang membesar tanp…

Susah-Payah Mengejar Ilmu

Sememangnya ilmu yang didapati setelah kita bersusah-payah amat berkesan dalam hati malah mempunyai nilai yang amat tinggi pada kita. Bayangkan seorang pelajar yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dalam jarak yang amat jauh, ditambahi kesukaran pengangkutan serta pelbagai lagi kesusahan, jika dia berjaya mengharunginya bermakna dia telah berjaya melepasi ujian tersebut.

Malangnya anak-anak hari ini terlalu manja untuk menempuhi kesukaran itu, seboleh-bolehnya mereka ingin dihantar ke pintu pagar sekolah dalam keadaan yang amat senang. Sekalipun mereka berfikir, jarang yang terfikirkan kesukaran anak-anak orang susah yang terpaksa berkorban untuk mendapat ilmu. Mungkinkah inilah penyebab ilmu yang tidak meresap ke dalam hati? Juga apakah ini penyebab wujudnya ramai anak-anak yang tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain?

Jika dikenangkan kisah hidup sebagai pelajar dahulu, teringatlah kisah-kisah betapa susahnya untuk keluar kampung untuk menunggu bas sekolah untuk sampai ke banda…

Hadis Pilihan

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a
yang bermaksud:
"Saya mendengar Nabi saw bersabda: "Ruh itu bagai tentera yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinganlah dia dan mana yang bertentangan berjauhanlah dia."

Kadang-kadang kita terfikir mengapa susahnya untuk kita berdampingan dengan seseorang?, mengapa orang lain mudah saja mendapat kawan?, apakah kekurangan kita dalam persahabatan?, apakah kita tidak pandai melayan orang lain sehingga begitu susah untuk mendapat sahabat ataupun orang untuk didampingi serta pelbagai lagi persoalan tentang hubungan sesama manusia.

Jadi bila membaca hadis ini kita akan lebih tenang kerana kita dapat memahami bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan tentangnya dalam hadis di atas. Jadi redhalah dengan apa yang berlaku kepada kita.

Sebagaimana kita fahami bahawa setiap insan memiliki roh dan jasad, sekiranya roh kita bersesuaian dengan orang yang kita temui maka kita akan senang berda…

Bahagian Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita mendekati bahagian terakhir Ramadhan, hari-hari yg ditunggu oleh kebanyakan Muslim yg ikhlas menunaikan ibadah puasa mereka. Hari-hari ini lah yang banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis, hari-hari yang digambarkan sebagai 10 hari terakhir Ramadhan.

Menurut hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari diriwayatkan dari Abu Salamah: "Saya bertanya kepada Abu Said sahabatku. Katanya: Kami iktikaf beserta Nabi saw pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan. Baginda keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan kami. Sabda baginda: "Diperlihatkan kepadaku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barangsiapa biasa iktikaf beserta Rasulullah saw, hendaklah dia kembali. Kerana itu kami kembali.
Dan tiada sepotongpun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan der…

Menulis Lagi...

Alhamdulillah kerana dapat menulis lagi di sini walaupun terpaksa menghadapi masalah laptop merajuk. Almaklumlah ditinggalkan dua bulan lebih tanpa sesiapapun menggunakannya. Bila start je terus keluar mesej mesti di boot balik. Alamak...namun begitu alhamdulillah masih mampu digunakan semula walaupun bermasalah. Laptop yang menjadi teman semasa bekerja dulu, masih setia memberi khidmat buat diri ini.

Bila membaca balik beberapa tajuk yang pernah difikirkan dulu, terasa perlunya tulisan tersebut diolah semula terutama setelah melalui pelbagai pengalaman bergaul dengan surirumah. Begitu juga hasil perbincangan dengan kawan-kawan lama yang juga merupakan surirumah.

Di antara tajuk yang perlu dibincangkan juga adalah "peranan suami di dalam pendidikan anak-anak", memandangkan contohnya yang teramat jelas di dalam al-Quran, iaitu kisah Luqman menasihati anaknya dan bagaimana Nabi Ibrahim mendidik anak. Jadi keharmonian rumahtangga akan terhasil apabila kedua-dua suami dan isteri m…

Pertengahan Ramadhan

Alhamdulillah kita telah tiba ke pertengahan Ramadhan, pejam celik pejam celik kita akan sampai ke 10 hari terakhir Ramadhan, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam yang berpuasa. Menunggu bertemu hari yang amat bermakna bagi umat Islam, iaitu malam lalilatul qadar.

Apakah keindahan yang dapat kita gambarkan sepanjang Ramadhan kali ini? Apakah ilmu yang dapat kita galas tahun ini? Apakah kita pernah berfikir tentang kehebatan Allah swt dalam mewajibkan ibadah ini kepada setiap Muslim?

Sesungguhnya Ramadhan, bulan mulia akan memberi pelbagai rahmat kepada orang-orang yang mahu berfikir. Ini kerana fitrah manusia mampu melakukan yg terbaik ketika perut kosong. Ketika inilah kita akan mampu menyusun atur serta menghubungkait segala ilmu yang telah kita pelajari, tanpa banyak masalah. Ini digambarkan oleh amalan Rasulullah dan para Sahabat baginda dalam bulan Ramadhan yg mana mereka berjihad dalam beberapa peperangan dalam bulan mulia ini.

Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada …