Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Raya Kali ini.

Alhamdulillah tahun ini kami menyambut hariraya bersama-sama umat Islam di seluruh dunia, iaitu hari Jumaat. Namun begitu bezanya kami berpuasa 29 hari sedangkan umat Islam lain berpuasa 30 hari.
Anak-anak bertanya: "tak apa ke kita puasa kurang?". Sekadar persoalan mereka, sedangkan tahun lepas kami berpuasa 30 hari, umat Islam lain berpuasa 29 hari. Anak yang sulung berkata "adil lah tahun lepas kita puasa lebih".
Begitulah cerita tentang puasa dan raya, penetapan tarikh mulanya bergantung kepada cara melihat anak bulan. Jika anak bulan nampak, maka ibadat tersebut boleh dilakukan, jika sebaliknya kita mestilah menggenapkan 30 hari.  
Alhamdulillah tahun ini adalah kali ke 5 kami beraya disini, sambutan hariraya yang ala kadar, tanpa merasa kemeriahan seperti yang selalu kita rasa semasa ditanahair.
Raya kali ini tiada perjumpaan dirumah Duta Malaysia, kerana ketika ini Duta baru di Oman masih belum sampai, setelah Duta Besar yang lepas Datuk Zamri telah tamat tempo…

Ramadhan lagi...

Alhamdulillah hari ini kami masih berpuasa hari ke 29, esok belum tentu raya atau tidak. Malam ini baru ada pengumuman tentang anak bulan kelihatan atau tidak.
Ahli keluarga dan kawan-kawan dikampung sedang bersiap untuk raya esok. Jadi selamat berhariraya buat semua, moga amal ibadat yang diamalkan sepanjang Ramadhan ini tetap diteruskan sepanjang tahun.
Di sini Ramadhan tetap Ramadhan, tiada gantinya walaupun hariraya akan menjelma, siaran TV masih lagi mengingatkan kita tentang 'Ramadhan Kareem'. Sememangnya tidak terasa semangat Idilfitri, yang terasa hanyalah kesedihan kerana Ramadhan akan berlalu.
Memang banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ini, terutamanya pengalaman sama-sama berpuasa dengan anak-anak dirantau. Alhamdulillah kesemua anak-anak dapat berpuasa penuh tahun ini tanpa perlu menjanjikan apa-apa ganjaran, juga tanpa perlu mengingatkan mereka.
Apa yang sedih ialah kerana kita akan kembali meneruskan aktiviti-aktiviti biasa, penuh dugaan dan cabaran, ia bukan …